Khamis, 20 September 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ramalan ‘kerajaan lemah’ menunjukkan BN tidak yakin, kata Pakatan

Posted: 20 Sep 2012 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Ahli politik Pakatan Rakyat (PR) berkata bahawa ramalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir semalam yang menyatakan Barisan Nasional (BN) akan menjadi sebuah kerajaan yang lemah pada pilihan raya akan datang, menunjukkan bahawa gabungan parti pemerintah itu tidak yakin dalam pilihan raya akan datang.

Pemimpin PR juga berkata dakwaan Dr Mahathir tentang kerajaan BN memberikan wang kepada rakyat adalah seperti membeli undi, menunjukkan pentadbiran sekarang tidak mempunyai penyelesaian jangka panjang dan idea untuk negara.

Semalam, Dr Mahathir berkata, amalan memberi wang kepada rakyat adalah seperti membeli undi, dan menambah bahawa itu adalah keputusan yang mudah bila kerajaan sudah tiada masa dan pilihan raya semakin hampir.

Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, BN selalunya akan "yakin mereka akan dapat menubuhkan kerajaan dengan mudah."

Beliau berkata pemberian wang dari pentadbiran Najib dilakukan dengan "harapan rakyat akan memberi semula mandat kepada Najib".

"Sama ada membeli undi atau seperti membeli undi, Mahathir mengaku bahawa kerajaan PM Najib tidak diyakini rakyat," kata Saifuddin lagi.

MENYUSUL LAGI

Pemimpin BN tolak ramalan ‘kerajaan lemah’ Dr M

Posted: 20 Sep 2012 02:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sep – Pemimpin Barisan Nasional (BN) menolak ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengenai peluang gabungan itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, dan menjangkakan gabungan pemerintah itu akan mendapat keputusan lebih baik daripada semasa PRU 2008 apabila mereka hilang majoriti dua pertiga di parlimen.

Dr Mahathir (gambar) mengatakan semalam bahawa beliau menjangkakan BN akan menjadi kerajaan lemah selepas PRU 13 yang dijangka tidak lama lagi, akan tetapi pemimpin-pemimpin gabungan itu tidak bersetuju dengan penilaian beliau tentang peluang BN.

Mereka juga tidak bersetuju dengan dakwaan Dr Mahathir bahawa pemberian wang tunai oleh pentadbiran Najib adalah satu bentuk pembelian undi tetapi menegaskan bahawa veteran politik itu juga mengakui bahawa BN perlu untuk meningkatkan populariti bagi memastikan kerajaan yang lebih kuat selepas PRU akan datang.

"Dan kita pasti mahu mandat yang kuat, sebuah kerajaan yang kuat untuk membuat perubahan dan menambah baik Malaysia.

"Apa yang kita katakan ialah memberi (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) peluang.

"Dia akan memperbaiki apa jua kelemahan yang berlaku pada masa lalu," kata setiausaha agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada The Malaysian Insider.

Pemimpin Umno itu juga bersetuju apabila ditanya tentang kemungkinan BN akan menubuhkan kerajaan yang lebih kuat dari sekarang sambil mengatakan gabungan tersebut sudah diketahui menunaikan janji mereka.

"Dari segi persepsi… jika kamu dengar tentang persepsi – kami bekerja. Kami bekerja keras dan kami tunaikan apa yang kami kata, dan bukan hanya bercakap, bercakap, bercakap," katanya.

Sentimen yang sama dari rakan-rakan Tengku Adnan dalam BN.

"BN akan lakukan dengan lebih baik dalam pusingan ini," kata Datuk Seri G Palaneval, presiden MIC kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan pemberian wang tunai seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) harus dilakukan setiap tahun dengan menambah usaha tersebut harus perlu dijadikan program yang direka untuk memberi manfaat kepada mereka yang kurang bernasib baik.

"Jika bercakap secara realistik, BN akan bangkit dengan mandat lebih kukuh. Dan kita perlu itu untuk melaksanakan dasar-dasar jangka panjang," kata Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu.

"Sudah tentu kita benar-benar lebih kuat sekarang. Kami mempunyai Perdana Menteri yang baru. Kami mempunyai pelan transformasi yang berani. Kami berada pada kedudukan yang sama dengan pembangkang dalam perang siber," kata setiausaha Umno Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahalan.

Dr Mahathir meramalkansemalam dalam sebuah forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana bahawa BN akan terus memerintah Malaysia selepas PRU ke 13 sebagai sebuah kerajaan lemah dan ini tidak baik kerana gabungan pemerintah tersebut akan lebih memfokuskan kepada survival mereka lebih daripada membangunkan negara.

Menurut Dr Mahathir lagi, tindakan kerajaan pimpinan Najib memberikan wang tunai kepada rakyat adalah tindakan yang menyerupai "pembelian undi", akan tetapi mengakui usaha tersebut dalam membantu menggembalikan populariti BN dengan lebih cepat oleh kerana PRU semakin hampir.

Sebagai seorang pemimpin BN yang lantang, Dr Mahathir berkata BN memerlukan sebuah kerajaan kuat untuk membantu perlaksanaan dasar-dasar yang mungkin "tidak menyenangkan" tetapi akan memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.

Mana-mana kerajaan yang dibentuk dengan majoriti parlimen yang kecil boleh digulingkan dengan mudah melalui pembelotan massa, Dr Mahathir memberi amaran.

"Setiap negara memerlukan sebuah kerajaan yang kuat supaya dasar jangka panjang boleh dilaksanakan walaupun mereka mungkin membuat kerajaan tidak popular.

"Jika tidak, tumpuan adalah lebih kepada politik daripada dasar. Tetapi tanpa kerajaan yang kuat, ia akan menjadi sangat sukar untuk menjalankan perkara tidak popular.. seperti GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan).

"Kami sedang melakukan transformasi serius tentang sistem subsidi. Dan ia tidak dilaksanakan sebelum ini oleh kerana kemungkinan serangan balas politik yang dahsyat," kata Gan dari MCA.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved