Sabtu, 22 September 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ngeh harap rakyat maafkannya, pandang ke depan

Posted: 22 Sep 2012 02:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Ngeh Koo Ham berharap rakyat dapat memaafkannya dan pandang ke depan dalam menyelesaikan isu yang lebih besar dihadapi negara.

Ngeh juga berkata keikhlasan dia meminta maaf bukan sesuatu wajar dipersoalkan kerana yang lebih penting ialah masa depan negara ketika ini.

"Kenapa nak buang masa persoalkan keikhlasan saya minta maaf? Bukankah saya sudah meminta maaf?

"Ada isu lain yang lebih penting seperti ekonomi, sosial dan kesusahan rakyat," kata pengerusi DAP Perak itu.

Tulisan Ngeh dalam laman Twitter yang mengatakan umat Islam membuang masa mengadakan protes terhadap Sam Bacile mengundang rasa marah dan kritikan terutamanya daripada pihak Umno.

Perdana Menteri Najib Razak juga bertindak mempersoalkan keikhlasan Ngeh meminta maaf dan menyifatkan ia sebagai sudah terlambat.

"Kalau macam tu senang. Kita boleh lempar kata-kata menghina, memburukkan agama lain, lepas tu minta maaf.

"Kalau macam ni, soalnya benar-benar ikhlas atas tidak," kata Najib dalam The Star.

40,000 siswazah IPT seluruh negara masih mencari pekerjaan

Posted: 22 Sep 2012 01:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun  selepas enam bulan tamat pengajian.

"Setiap tahun, kita buat kajian ini dan tahun lalu, menunjukkan peratusan graduan yang masih belum bekerja ialah 21 peratus terdiri daripada IPTA dan 27 peratus IPTS. Manakala, 28 peratus daripada Politeknik dan 35 peratus Kolej Komuniti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (My3L) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau terdapat segelintir siswazah ditawarkan pekerjaan secara sambilan memandangkan belum terdapat kekosongan jawatan tetap yang sesuai dengan kelulusan mereka.

Sehubungan itu, Omar berkata KPT mengambil beberapa inisiatif menyelesaikan permasalahan itu, antaranya giat bekerjasama dengan industri pekerjaan di negara ini bagi memudahkan siswazah mendapat akses peluang pekerjaan.

Namun menurut Omar, antara faktor penyumbang kepada siswazah tidak mendapatkan pekerjaan ialah kerana mereka ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, kelulusan siswazah tidak mengikut kehendak industri serta industri tidak memberi peluang kepada mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Omar berkata tahun ini kerajaan melalui 15 kementerian menyediakan 2,612 kursus di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Bagi memudahkan orang awam memperoleh maklumat berhubung program itu, satu Direktori PSH peringkat nasional sesi 2012/2013 dibangunkan dan bakal dilancarkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, katanya.   

Karnival My3L bertemakan 'Belajarlah Tanpa Henti' itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan menyediakan 100 ruang pameran dengan disertai 15 kementerian dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved