The Malaysian Insider :: Bahasa |
New South Wales cabar hukuman parol kepada rakyat Malaysia Posted: 22 Sep 2012 08:14 PM PDT MELBOURNE, 23 Sept — Kerajaan negeri New South Wales (NSW) mencabar keputusan memberi parol kepada rakyat Malaysia, Liew Chiew Seng, yang membunuh pakar bedah jantung Dr Victor Chang. Liew diberi parol minggu lepas, 21 tahun selepas dipenjara kerana menembak mati Dr Chang dalam satu cubaan memeras ugut berdekatan rumah mangsa di pinggir bandar Mosman, utara Sydney. Liew, 69, yang menderita penyakit Parkinson dan demensia, dijangka dibebaskan dari penjara selepas 3 Oktober dan dijangka dihantar pulang ke Malaysia. Bagaimanapun, Ahad lalu, Peguam Negara NSW Greg Smith mengumumkan kerajaan akan memohon kepada Mahkamah Agung untuk menyemak semula keputusan Pihak Berkuasa Parol negeri membebaskannya. "Saya menerima nasihat perundangan bahawa semakan kehakiman berhubung keputusan pihak berkuasa adalah wajar," kata Smith dalam satu kenyataan. "Pembunuh ini tidak boleh dikawal selia oleh pihak berkuasa Australia sebaik dia dihantar pulang, dan tidak ada cara untuk menguatkuasa syarat parol di Malaysia." "Saya percaya, ia bukan demi kepentingan awam untuk membebaskannya apabila dia hanya menjalani hukuman satu tahun daripada enam tahun tempoh parol," kata Smith. Beliau berkata Mahkamah Agung akan diminta untuk mempertimbang isu itu sebagai satu perkara segera. Rakannya yang terlibat dalam pembunuhan itu, Phillip Lim Choon Tee, dihantar pulang ke Malaysia pada 2010 setelah menjalani hukuman penjara 18 tahun daripada hukuman maksimum 24 tahun yang dikenakan terhadapnya. — Bernama |
Unsur ‘erotis’ tak terpisah dengan seni Posted: 22 Sep 2012 06:22 PM PDT Salah seorang penulis membacakan petikan daripada 'Sekuntum Pantun dan 99 Kelopak Cinta'. Selain risiko dilabel tidak bermoral, penerbitan karya sebegini juga dipandang negatif dan remeh. "Pandangan ini tidak tepat. Jika dilihat pantun-pantun lama memang sarat dengan nada erotis," kata Jimadie Shah Othaman, penyunting antologi Sekuntum Pantun dan 99 Kelopak Cinta kepada The Malaysian Insider semalam. Antologi 'Sekuntum Pantun dan 99 Kelopak Cinta' dijual dalam acara Arts for Grab di Pasar Seni, Kuala lumpur 22 September 2012. Antologi ini memuatkan sembilan karya asil penulis muda dilancarkan dalam acara "bazar buku" Arts for Grabs di Pasar Seni, di ibu negara semalam. Tambah Jimadie lagi, terdapat pantun lama antaranya mengunakan maksud berunsur erotis seperti: "Macam mana hati tak geram, melihat dada menolak baju". Katanya lagi, bentuk sastera begitu juga dalam dikesan dalam karya penulis seperti Salleh Ben Joned, malah sasterawan negara seperti Datuk Shahnon Ahmad dan Datuk A Samad Said. Selain Jimadie, lapan lagi penulis ialah Al-Abror Mohd Yusuf, Fazallah Pit, Hazlan Zakaria, Rusnizam Mahat, Fakrul Fadzin, Hafiz Hamzah, Shahrul Nizam Daud, dan Tengku Vida Tengku Azlan. Untuk maklumat berkaitan antologi ini boleh berhubung dengan penerbitnya Obscura Malaysia melalui e-mel obsura.malaysia@gmail.com. Kira-kira 100 orang peminat seni hadir dalam acara itu. Turut dilancarkan kumpulan cerita pendek (Cerpen) oleh Nadia Khan. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan