Jumaat, 28 September 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib beri BR1M pusingan kedua, ‘gula-gula’ untuk penjawat awam, anak muda

Posted: 28 Sep 2012 01:58 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen hari ini. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Datuk Seri Najib Razak menawarkan "gula-gula" dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia.

Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai  dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.

Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa.

Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.

MENYUSUL LAGI

Najib bentang Belanjawan 2013

Posted: 28 Sep 2012 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, yang keempat bagi beliau sebagai Menteri Kewangan.

Berpakaian baju Melayu berwarna hijau lengkap bersamping, Najib mula membentangkan Belanjawan, bertema "Memakmur  Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" pada 4 petang, dan ia disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen radio dan televisyen utama.

Dengan pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja, rakyat Malaysia teruja untuk  mengetahui apakah berita baik untuk mereka dalam Belanjawan kali ini berikutan kebimbangan mereka terhadap punca pendapatan yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

Rakyat mengharapkan kerajaan akan menangani isu-isu berkenaan dan pada masa yang sama memastikan keadaan ekonomi negara kekal kukuh berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Menjelang pembentangan Belanjawan hari ini, pakar ekonomi, ahli politik serta rakyat biasa dan setiap lapisan  masyarakat telah menyuarakan pendapat mereka mengenai apa yang Najib patut masukkan di dalam Belanjawan.

Najib telah menulis dalam blog beliau bahawa Belanjawan ini disediakan selepas mengambil kira pelbagai pandangan daripada rakyat.

"Terima kasih atas input anda , ini benar-benar mewakili sesuatu yang disuarakan oleh rakyat, untuk rakyat — dan saya berharap semua lapisan rakyat Malaysia dapat melihatnya daripada isu-isu yang ditangani," tulis beliau.

Belanjawan ini akan dibahaskan dan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula 24 September dan akan berakhir pada 27 November.

Belanjawan ini juga adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan berikutan mandat kerajaan akan tamat pada 28 April, 2013. Najib boleh memohon membubarkan Parlimen pada bila-bila masa antara  sekarang dan akhir April. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved