Khamis, 6 September 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Jika PR berkuasa, rakyat tak berpeluang pilih BN kembali, kata Dr M

Posted: 06 Sep 2012 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang kerana mereka tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR telah memerintah.

Jelas mantan perdana menteri itu lagi,  pilihan untuk "merubah pemimpin" itu juga bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya mengingatkan berkemungkinan ia langkah yang amat teruk.

"Ada yang kata kita tukarlah (pemimpin) ... cuba yang lain ... kita cuba lima tahun, kalau tidak baik, kita tukar.

"Sekali mereka berkuasa, mereka akan buat untuk rakyat tidak boleh bertukar lagi kepada BN," kata Dr Mahathir (gamber) ketika program sepetang bersama beliau di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini.

Jelas beliau yang telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri, usaha mengubah pemimpin negara itu juga berkemungkinan akan menghancurkan negara ini jika kita hanya memilih mereka yang hanya "ingin menjadi perdana menteri."

"Jika kita menghargai keamanan dan kemakmuran yang kita ada, kita pasti akan dapat lebih lagi daripada pembangunan," kata Dr Mahathir lagi.

MENYUSUL LAGI

Peguam sedia bantu pelajar dibuang kolej buat rayuan

Posted: 06 Sep 2012 02:28 AM PDT

Perdana Menteri Najib Razak dalam gambar fail.

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Peguam parti DAP, Eric Tan menggesa pelajar yang dibuang kolej, Muhammad Ammar A. Rahman untuk membuat rayuan di mahkamah selepas insiden menunjukkan punggung kepada potret perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada malam ambang Kemerdekaan tempoh hari.

Eric berkata dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat DAP, bagi memberikan penjelasan ke atas penahanan dua lagi individu yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes memijak potret PM.

"Saya sangat berharap pelajar kolej yang dibuang daripada Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics tersebut menimbangkan untuk membuat rayuan di mahkamah bagi menarik balik keputusan tersebut.

"Kami sedia membantu dia dan memberikan khidmat guaman kepada pelajar tersebut," kata Eric.

Muhammad telah dibuang kolej tanpa diberi peluang untuk membela diri atau memberi penjelasan, malahan pelajar berusia 19 tahun tersebut tiada sebarang masalah disiplin, akademik serta bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum di kolej.

Malahan pihak pengurusan kolej dalam kenyataan kepada TV3 semalam juga menegaskan keputusan tersebut adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak boleh dikemukakan.

Eric selaku wakil peguam nasihat kepada Ong Sing Yee, 19 dan Lim Kian Peng, 20 yang ditahan di Johor dan kemudiaan dibawa ke Kuala Lumpur semalam juga mempersoalkan tiga perkara mengenai penahanan kedua-dua individu tersebut oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Kedua-dua individu tersebut tiba di IPD Dang Wangi dari Johor pada 10 malam dan dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 2 pagi hari ini selepas keterangan selesai rekod.

Timbalan ketua polis daerah Johor Baharu Selatan, Abdul Samad Salleh dalam kenyataan kepada Utusan menyatakan Ong dikehendaki polis berhubung satu laporan yang disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948, Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

"Perkara pertama yang sama ingin persoalkan ialah kenapa dia digari seperti seorang penjenayah dan mengapa dibawa dari Johor ke KL semata-mata untuk mengambil keterangan. Bukankah keterangan tersebut boleh saja diambil di Johor?.

"Perkara kedua pula mengapa pihak polis bersikap berat sebelah dalam isu ini dan mengapa dia disiasat dibawah Akta Hasutan?

"Kalau benar itu akta yang boleh digunakan untuk mendakwa orang yang memijak gambar, kenapa polis tidak ambil tindakan sama kepada mereka yang pijak potret Lim Guan Eng dan menteri besar (MB) Kelantan?.

"Yang ketiga, kenapa mereka dipaksa menandatangani keterangan tanpa diberi penjelasan tentang keterangan tersebut?," katanya lagi.

Ong semasa ditanya mengenai layanan pihak polis semasa diambil keterangan menyifatkan dua pegawai polis yang menemubualnya bersikap profesional dan banyak bertimbang rasa semasa sesi keterangan tersebut.

"Polis bersikap profesional dan banyak memberikan kerjasama semasa keterangan diambil.

"Saya juga ingin meminta maaf kepada semua orang ke atas tindakan tersebut dan ia dilakukan buat dengan berniat.

"Saya hanya melakukannya secara suka-suka tanpa diarahkan mana-mana pihak," kata Ong.

Eric yang mewakili kedua-dua individu tersebut juga menambah dengan meminta maaf kepada PM ke atas perbuatan Ong dan Lim tersebut sambil mengganggap ia bukan bertujuan untuk memalukan.

Dalam kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad serta beberapa individu peserta perhimpunan Janji Bersih menghina potret PM dan isteri dengan memijak selain mengibar bendera "Sang Saka", sejak daripada insiden tersebut polis telah menubuhkan tiga pasukan khas untuk melakukan siasatan.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved