Jumaat, 7 September 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Sang Saka Malaya: Dua ditahan polis

Posted: 07 Sep 2012 02:48 AM PDT

Orang ramai mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa perhimpunan Merdeka di Kuala Lumpur. — Gambar dari singaselatan.blogspot.com

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Dua orang lelaki yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka minggu lalu ditahan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek 24 tahun itu ditahan pada jam 2.35 petang di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Kedua-dua lelaki yang ditahan disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan, tambah Aziz lagi.

"Kedua-dua suspek kini masih disiasat untuk tindakan susulan selepas mengibarkan bendera Sang Saka Malaya. 

"Berkemungkinan akan dibebaskan malam ini dengan jaminan polis. Kedua-dua mereka hadir bersama peguam," katanya dalam sebuah kenyataan.

MENYUSUL LAGI

Hentikan ‘kekasaran’ ke atas pelajar pijak gambar, kata peguam

Posted: 07 Sep 2012 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Pihak berkuasa perlu menghentikan "kekasaran" ke atas mereka yang memijak gambar pemimpin negara minggu lalu ketika sambutan ambang Kemerdekaan ke-55, kata peguam.

Seorang gadis semalam memohon maaf atas tindakannya memijak gambar perdana menteri, sehari selepas dia ditahan dan digari, yang mana pembangkang melihatnya sebagai tindakan "melampau."

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebelum ini berkata polis akan menyiasat insiden berkenaan di bawah Akta Hasutan – walaupun Putrajaya telah memutuskan untuk menyemak semula akta berkenaan kerana dikatakan digunakan untuk menyekat lawan politik.

Tambah beliau, memijak gambar Najib dan isterinya dianggap sebagai kesalahan di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak menganggu keamanan.

Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 290 boleh didenda sehingga RM400 manakala di bawah Seksyen 504 boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya.

Peguam Syahredzan Johan berkata, "saya merayu agar pihak berkuasa menimbang kembali tindakan kasar terhadap remaja berkenaan."

"Walaupun saya tidak menyokong tindakan mereka, kita jangan lupa bahawa mereka hanyalah remaja yang menyuarakan apa yang mereka rasa."

"Mereka mungkin tidak menyedari perbuatan itu tidak dapat diterima, namun layanlah mereka dengan adil dan tidak menggunakan kekasaran terhadap mereka," katanya.

Faisal Moideen yang juga merupakan seorang peguam turut menyuarakan pendapat sama, dan berkata," kita tidak perlu menyokong, namun saya rasa kita tidak perlu menghukum."

"Kerajaan juga perlu mengabaikan tindakan kebudak-budakan ini," katanya dan menambah, tiada faedahnya kita menghukum mereka."

"Dengan keadaan politik semasa ... dan menghukum mereka, kita menjadikan mereka mangsa, kepada hero."

Beliau turut menjelaskan hukuman hanya akan menyemarakkan emosi mereka yang menyokong tindakan remaja berkenaan, dan mereka yang menentang akan terus menetang dan akan memecah belahkan rakyat.

Edmund Bon, juga seorang peguam, menggelarkan tindakan itu sebagai "tidak menyenangkan" namun "mereka hanya melakukan tindakan yang tidak ganas yang mana dilindungi di bawah kebebasan bersuara."

"Jadi saya merasakan kita tidak perlu begitu serius berkenaan perkara ini, lebih baik kita fokus kepada mengurangkan kadar jenayah dan jenayah seksual."

Beliau juga menambah semua ahli politik adalah "public figure" yang harus beredia menerima sebarang kritikan termasuk pujian.

Semalan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menggesa tindakan keras diambil terhadap mereka yang memijak gambar pemimpin negara.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved