Sabtu, 8 September 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Guan Eng: Kaji semula undang-undang mengenai rogol, perketatkan undang-undang mandatory

Posted: 08 Sep 2012 01:47 AM PDT

Guan Eng: Kaji semula undang-undang mengenai rogol, perketatkan undang-undang mandatory

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Lim Guan Eng hari ini meminta agar undang-undang rogol bawah umur di negara ini dikaji semula, dengan menghentam Jabatan Peguam Negara yang berkata mangsa tidak perlu menerangkan bagaimana kejadian rogol memberi impak kepadanya jika seks suka sama suka dapat dibuktikan.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata tidak ada "kebenaran" dalam kes rogol bawah umur, kerana mangsa di bawah umur mempunyai hak untuk membuat "pengakuan mangsa" sebelum penghakiman dibuat ke atas penjenayah.

"Ini menimbulkan satu persoalan ke atas kemampuan professional Jabatan Peguam Negara dalam memahami jenayah ini sedangkan orang kebanyakan pun mengetahui bahawa tidak wujud sebarang kebenaran dalam kes rogol bawah umur," kata Lim lagi.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star semalam telah menemubual timbalan peguambela negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang berkata bahawa kes rogol remaja 21 tahun, Chuah Guan Jiu, yang merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun, bahawa mangsa tidak diberitahu tentang haknya untuk membuat keterangan.

"Mangsa tidak diberitahu bahawa haknya untuk memberi keterangan bahawa tertuduh merupakan kekasihnya dan dia telah memberi kebenaran untuk mengadakan hubungan seks.

"Kenyataan dari mangsa mungkin mendesak untuk hukuman yang lebih berat," kata Tun Abdul Majid dalam kenyataannya.

Di Malaysia, undang-undang hanya memberikan definisi yang sempit terhadap rogol.

Dibawah seksyen 375 kanun keseksaan, "seseorang yang melakukan jenayah rogol ialah dengan melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya, atau di bawah 16 tahun."

Lim berkata peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya mengambil pendirian yang jelas mengenai kenyataan mangsa secara mandatori.

"Peguam negara seharusnya membenarkan mangsa untuk membuat kenyataan VIS supaya trauma itu dapat difahami dalam usia yang begitu muda," katanya dalam ucapannya sempena perasmian Women Centre For Change (WCC) di Pulau Pinang.

Ahli parlimen Bagan itu menekankan bahawa undang-undang rogol harus dikaji semula kerana penghakiman sering kali melepaskan perogol.

"Contohnya kes 18 tahun lalu, apabila saya dipenjarakan kerana mempertahankan mangsa rogol yang ditahan, bukannya perogol, dan lima orang yang mengaku melakukan hubungan seks dengan bawah umur dan didapati bersalah telah dibebaskan," kata Lim.

Awal minggu ini, pemilik sebuah tadika didapati bersalah merogol kanak-kanak berusia empat tahun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan melepaskan pertuduhannya selepas tiada bukti seksual dan kenyataan mangsa tidak diterima.

Ewe Peng Lip, 49, adalah orang ketiga yang dibebaskan dari pertuduhan rogol yang hukumannya penjara dan rotan mandatori dalam masa dua bulan - yang telah menyebabkan kemarahan orang ramai.

Minggu lalu, Chuah yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun, telah dibebaskan dengan ikat jamin di mahkamah sesyen di George Town.

Sebelum itu, bekas pemain bowling negara Noor Afizal Azizan, 20, juga dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000, selepas mahkamah rayuan membebaskannya dengan alasan dia mempunyai "masa depan yang cerah".

Kalahkan BN untuk tutup tapak Lynas, kata Guan Eng

Posted: 08 Sep 2012 01:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Lim Guan Eng memberitahu pengundi hari ini satu-satunya cara untuk menghalau keluar Lynas Corporation pulang ke Australia dan menutup kilamg pemprosesan nadir bumi di Kuantan adalah dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Setiausaha agung DAP (gambar) memberi amaran kepada pelobi anti Lynas bahawa pemberian lesen pengoperasian sementara (TOL) kepada pelombong Australia itu adalah petunjuk jelas bahawa jika BN menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, syarikat tersebut akan dibenarkan beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang halangan.

"Kerajaan BN tak ada jalangan untuk memberikan TOL kepada Lynas walaupun sebelum PRU menunjukkan mereka lebih mementingkan keuntungan BN berbanding kesihatan rakyat."

"Tempoh TOL dua tahun tidak memberikan rakyat Malaysia pilihan selain daripada memilih keselamatan berbanding keuntungan syarikat dan dua reaktor nuklear dengan menggantikan BN dengan Pakatan Rakyat (PR) sebagai kerajaan," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Lim membangkitkan tentang ketakutan berbangkit dengan Lynas – membuang sisa dari Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan walaupun syarikat Lynas telah memberikan komitmen untuk membuang sisa tersebut di luar Malaysia.

Lim membangkitkan walaupun Lynas telah menyatakan komitmen mereka, akan tetapi syarikat tersebut masih enggan memberitahu di negara mana sisa-sisa. Water Leach Purification (WLP) tersebut akan dibuang.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved