Ahad, 9 September 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kit Siang: BN tidak hormati perjanjian 18 perkara tentang Sabah dan Sarawak

Posted: 09 Sep 2012 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menghormati perjanjian 18 perkara semasa Sabah dan Sarawak bersama Malaya membentuk Persekutuan Malaysia, kata penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ahli parlimen Ipoh Timur itu berkata, dengan membiarkan dua negeri itu mundur, rasuah berleluasa, rampasan tanah adat (NCR) dan tidak menghormati Borneonisasi, jelas sekali perjanjian 18 perkara perlu dilihat semula oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Lim Kit Siang: Hasil Sabah dan Sarawak dirampas oleh pemimpin BN. — Foto fail

"Seperti saya melawat Sarawak selama empat hari, saya melihat infrastruktur di negeri tersebut masih lagi terbelakang, terutamanya jalan raya, paip air dan bekalan elektrik," kata Lim dalam ucapannya di Bau, Sarawak, semalam.

"Kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan hasil bumi, tetapi hasil itu dirampas oleh pemimpin BN, menyebabkan dua negeri ini ketinggalan dengan tiada bekalan air dan elektrik di beberapa bahagian di negeri ini."

Selain itu, katanya, rampasan tanah adat, yang berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, jelas sekali melanggar salah satu  perkara dari perjanjian 18.

"Oleh itu, saya bersetuju dengan kenyataan ahli parlimen Sibu dan ahli dewan undangan negeri Bukit Assek, Wong Ho Leng, yang berkata, sebagai negeri yang terbesar di Malaysia, tidak seharusnya rakyat di negeri sendiri tidak memiliki tanah.

"Tetapi itu hanya boleh dilakukan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah, bukan BN," kata Lim.

Penasihat DAP itu berkata, walaupun menentang rasuah adalah salah satu dari enam teras dari Bidang Berkehasilan Utama Negara (NKRA), namun sejak tiga tahun kebelakangan ini rasuah makin berleluasa dan semakin buruk.

"Di Malaysia, Sarawak adalah negeri yang paling teruk berleluasa gejala rasuah," katanya.

"Setakat ini, tidak ada tindakan susulan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ketua menteri, Tan Sri Taib Mahmud."

Selain itu, kerajaan persekutuan juga tidak menghormati beberapa perjanjian lain yang melibatkan perkara-perkara Borneonisasi, terutamanya kenyataan Tun Dr Zaki Azmi yang berkata akan mengurangkan kuota untuk Dayak dan etnik lain dalam jawatan awam untuk keseimbangan antara kaum adalah kenyataan menghina etnik di Sarawak.

"Rakyat perlu melihat Zaki sebagai satu tanda bahawa kerajaan BN telah melupakan perjanjian 18 yang telah dipersetujui lima dekad yang lalu," kata Lim.

"Tema hari kebangsaan ke 55, dan hari Malaysia ke 49 tahun ini adalah 'Janji Ditepati', tetapi masih banyak lagi janji-janji yang masih belum ditepati," katanya lagi.

Sambutan hari Malaysia ke 49 tahun ini akan berlangsung di Bintulu, Sarawak, yang akan dihadiri oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta menteri-menteri kabinet.

PKR mahu bertemu KPN, hentikan keganasan politik

Posted: 09 Sep 2012 01:59 AM PDT

SHAH ALAM, 9 Sept — Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mahu bertemu dengan ketua polis negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar, bagi mencari jalan penyelesaian terhadap keganasan yang sering dilakukan terhadap parti tersebut dan turut menyebabkan ketua umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi mangsa, menurut pengarah komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi: Mengecam taktik samseng. — Foto fail

Terbaru semalam, Bas Jelajah #MerdekaRakyat PKR yang disertai Anwar dan pimpinan lain sekali lagi diserang semalam ketika siri lawatan di Jasin, Melaka.

Minggu lalu di Kota Bharu, bas yang sama telah diserang dengan lemparan batu dan cat merah.

"Sebelum itu, taktik samseng sama telah digunakan terhadap pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat," kata Nik Nazmi dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan sebentar tadi.

"Ini termasuk serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong Johor, kecederaan warga emas di Lembah Pantai apabila terkena batu yang dilontarkan terhadap YB Nurul Izzah Anwar dan pelbagai lagi kejadian lain.

"Pun begitu, sekalipun pelbagai laporan polis dibuat, sehingga hari ini pihak polis dilihat tidak serius dalam mengambil tindakan dalam hal ini."

Menurut Nik Nazmi, Datuk Seri Najib Razak, selaku perdana menteri (PM) terus diam membisu, seolah-olah memberikan lampu hijau untuk gejala samseng ini terus berleluasa.

 "Untuk menghentikan kejadian ini, Setiausaha Agung PKR akan menulis surat rasmi kepada KPN untuk bertemu dan memastikan polis memberikan perhatian terhadap amalan yang mengancam demokrasi negara ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Polis Melaka sedang menyiasat dakwaan bahawa ketua pengawal peribadi Anwar mengacukan pistol ketika kejadian menghalang bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat yang turut dinaiki ketua pembangkang itu di Jasin semalam.

"Pengawal peribadi yang berusia 37 tahun itu telah ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas selesai sesi rakaman percakapan kira-kira jam 9 malam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Jasin, malam tadi," kata ketua jabatan siasatan jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, dipetik dari laporan Sinar Harian.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan polis menahan lelaki yang ditugaskan untuk mengawal Anwar selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai  di Kampung Baru Rim, Jasin, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 37 tahun, yang  menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung tersebut.

Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.


Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved