Khamis, 11 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tiga lelaki bersenjata parang samun dua rumah dalam tempoh satu jam

Posted: 11 Oct 2012 02:56 AM PDT

ROMPIN, 11 Okt — Tiga lelaki bersenjatakan parang menyamun dua buah rumah di Kampung Bakong dekat sini awal pagi tadi, namun seorang daripada berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya, berkata pada mulanya mereka yang dipercayai warga Indonesia  memecah masuk sebuah rumah kira-kira pukul 3.35 pagi.

"Pemilik rumah yang nyenyak tidur hanya menyedari rumahnya dipecah masuk selepas kejadian, kira-kira 6 pagi selepas mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak akibat digeledah.

"Mangsa seorang wanita berusia 40-an melaporkan kerugian kira-kira RM6,000 selepas barangan kemasnya hilang," katanya.

Beliau berkata suspek kemudiannya memecah masuk pula sebuah lagi rumah tidak jauh dari situ kira-kira pada 4.30 pagi.

Mangsanya Rokiah Harun, 50, turut diikat dengan tali kasut dan mulutnya ditampal dengan pita pelekat, katanya.

"Ketiga-tiga suspek yang tidak memakai baju, berseluar pendek serta menutup muka dengan kain itu kemudiannya mengeledah rumah mangsa, sebelum melarikan diri bersama barangan kemas berupa rantai leher, gelang tangan, empat utas jam tangan, kamera digital dan telefon bimbit ke kawasan ladang sawit berhampiran.

"Jumlah kerugian dianggarkan RM8,000," tambahnya.

Johari berkata mangsa kemudian mengejutkan suaminya yang tidur di bilik bersebelahan sebelum mereka bertindak menghubungi polis.

"Suspek dipercayai masuk ke dalam rumah itu dengan mengumpil tingkap cermin di bahagian tengah rumah sebelum menyelinap masuk ke dalam rumah," katanya.

Beliau berkata pihak polis yang tiba di rumah mangsa, kemudiannya bersama beberapa penduduk kampung memasuki kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.

"Ketiga-tiga suspek ditemui sedang berehat di dalam sebuah kelambu yang di pasang di ladang itu. Suspek yang menyedari kehadiran polis, bertindak melarikan diri, namun seorang daripada mereka berjaya diberkas," katanya.

Beliau berkata pihak polis percaya ketiga-tiga suspek juga terbabit dalam kes pecah masuk di rumah pertama berdasarkan modus operandi mereka mengumpil tingkap cermin.

"Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, pihak polis masih memburu dua lagi suspek yang melarikan diri itu," katanya. — Bernama

Perincikan kaedah bayar hutang Talam, kata Tee Yong

Posted: 11 Oct 2012 02:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong, berharap langkah kerajaan Selangor yang akan membentangkan laporan Kertas Putih Talam pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) nanti dapat memperincikan kaedah mereka mendapatkan dana untuk menebus hutang anak syarikat kerajaan negeri tersebut.

Chua juga mempersoalkan kenapa selepas dua tahun baru sekarang Kertas Putih itu dapat disediakan dan mengapa Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil tempoh lama untuk mengeluarkan laporan tersebut.

"Saya tegaskan laporan tersebut mestilah memperincikan dengan jelas bagaimana kerajaan negeri Selangor memperoleh dana untuk membiaya hutang Talam," kata Chua.

"Kenapa ambil masa yang lama? Kenapa selepas dua tahun baru laporan ini dikeluarkan."

Ahli parlimen MCA itu juga berharap pembentangan laporan tersebut tidak menimbulkan permasalahan sama seperti yang dilakukan oleh badan audit bebas antarabangsa KPMG Transaction and Restructuring Sdn Bhd yang menimbulkan  banyak percanggahan.

"Satu lagi saya harap pembentangan laporan itu tidak sama seperti yang KPMG lakukan, saya sangat kecewa kerana ia menimbulkan lebih persoalan daripada jawapan," tambah beliau.

"Laporan KPMG hanyalah satu pembersihan bermotif politik."

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved