The Malaysian Insider :: Bahasa |
Tiada masalah PM bertemu Soros, kata Soi Lek Posted: 16 Oct 2012 02:23 AM PDT Chua juga menjelaskan para pemimpin utama negara banyak mengadakan pertemuan dengan pemimpin besar dunia bagi tujuan diplomatik dan perhubungan dua hala sambil menyifatkan ia adalah perkara yang biasa dilakukan oleh mana-mana pemimpin. "Sebagai seorang pemimpin agung, dia (Najib) berjumpa dengan banyak orang. "Dahulu Tunku Abdul Rahman pun pernah berjumpa dengan pemimpin komunis Chin Peng, tapi beliau tidak dituduh pun sebagai seorang komunis," kata Chua (gambar) dalam sidang media selepas mesyuarat di Wisma MCA hari ini. Menurut Chua lagi, jika dilihat daripada aspek pemberian dana kepada NGO, maka perkara tersebut menjadi kesalahan memandangkan Soros pada suatu ketika dahulu pernah menjadi individu yang menyebabkan negara berhadapan krisis kewangan 1998 serta kerana dia merupakan seorang yang berbangsa Yahudi. "Apabila kamu mendapat dana daripada seorang yang terkenal di dunia dan juga berbangsa yahudi serta diiktiraf sebagai penyangak mata wang Malaysia maka dia akan mencetuskan pelbagai spekulasi. "Adakah perkara ini terdapat udang disebalik batu atapun dia mempunyai tujuan yang murni? "Jadi perkara ini akan mencetuskan banyak spekulasi," tambah pemimpin utama MCA itu. MENYUSUL LAGI |
Utusan patut didakwa kerana menulis fitnah, kata peguam Mat Sabu Posted: 16 Oct 2012 12:57 AM PDT GEORGETOWN, Oct 16 — Utusan Malaysia harus didakwa kerana menulis dan mengedarkan laporan memfitnah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu di mahkamah, menurut sidang mahkamah tinggi hari ini.
Timbalan presiden PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu (gambar), telah memohon untuk menggugurkan tuduhan ke atas kes fitnah yang beliau dakwa bercanggah dengan Artikel Lapan Perlembagaan Persekutuan. Muhammed memberitahu mahkamah di bawah seksyen 500 kanun keseksaan, sesiapa yang mencetak dan menyebarkan fitnah juga boleh didakwa. "Jika Mohamad didakwa dalam seksyen ini, Utusan yang melaporkan kenyataan fitnah juga perlu didakwa dalam seksyen ini. "Tetapi kenapa Utusan tidak didakwa, kenapa berat sebelah? Kenapa Mohamad didakwa tetapi Utusan dibebaskan? Ini bertentangan dengan Artikal Lapan Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan layanan sama adil tidak mengikut kaum atau agama," katanya lagi. Dalam menggulung perbahasannya tentang permohonan anak guamnya, Muhammed berkata kes Mohamad ialah menentang Artikel Lapan, jadi sebab itu kes itu harus digugurkan. Timbalan pendakwaraya, Suhaimi Ibrahim memberitahu mahkamah keputusan mendakwa Mohamad ialah kerana Mohamad menipu Peguam Negara. "Peguam negara mempunyai kuasa dalam memutuskan kes mana yang boleh didakwa di mahkamah, jadi mahkamah tidak boleh menyemak semula keputusan Peguam Negara," katanya lagi. Mohammed membalas, kuasa Peguam Negara tidak mutlak dan mahkamah tinggi boleh menyemak semula keputusan Peguam Negara, dan menggugurkannya jika keputusannya tidak mengikut perlembagaan. Mat Sabu didakwa di mahkamah sesyen Butterworth kerana memfitnah pegawai polis dan ahli keluarganya dalam insiden Bukit Kepong tahun 1950. Ini adalah permohonan kedua Mat Sabu yang memohon mahkamah tinggi untuk menggugurkan kesnya. Sebelum ini, dia telah memohon permohonan kepada mahkamah tinggi agar kes menentangnya sebagai tidak sah kerana mahkamah bukan tempat yang sesuai untuk membincangkan peristiwa sejarah. Permohonannya telah ditolak oleh mahkamah tinggi dan dia mengemukakan rayuan kepada mahkamah rayuan sementara menghadiri perbicaraannya. Permohonannya di mahkamah rayuan juga ditolak. Kini beliau memohon permohonan baru kepada mahkamah tinggi ke atas kesnya. Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Amin Firdaus Abdullah menetapkan 22 Oktober untuk membuat keputusan ke atas rayuan Mat Sabu. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan