Selasa, 2 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


SPRM cadang modul integriti dimasukkan dalam buku teks sekolah

Posted: 02 Oct 2012 02:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) mencadangkan agar Kementerian Pelajaran memasukkan modul integriti dan pencegahan rasuah ke dalam tiga mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah bermula tahun depan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan berkata cadangan memasukkan modul tersebut ke dalam mata pelajaran Pendidikan Agama, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral itu telah dihantar ke kementerian pada Jun lepas, malah pihaknya juga telah berbincang dengan Jabatan Kokurikulum kementerian itu berhubung cadangan berkenaan.

"Selain itu, kita juga telah berbincang dengan Institut Pendidikan Guru untuk menubuhkan sekretariat pencegahan rasuah di semua pusat latihan perguruan bagi melatih guru-guru pelatih berkaitan nilai-nilai murni seperi amanah, jujur, ikhlas dan integriti, iaitu antara elemen yang akan dimasukkan dalam modul itu," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan persidangan Pencegahan Rasuah bersama Pengetua, Guru Besar dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini, beliau berkata dengan adanya modul itu, peranan pihak sekolah dalam membentuk modal insan yang cemerlang juga akan menjadi lebih berkesan.

Sutinah berkata penekanan nilai-nilai integriti dari bangku sekolah mampu menjadi benteng kukuh dalam menghindarkan pelajar daripada terjebak dalam aktiviti rasuah setelah memasuki alam pekerjaan.

"Dalam membentuk modal insan yang cemerlang pihak sekolah juga mempunyai peranan penting dan sekiranya cadangan ini dilaksanakan, kita yakin pelajar-pelajar akan menjadi lebih berwibawa dan berintegriti apabila bekerja kelak," katanya. — Bernama

Merdeka Center: Pendatang haram, kekurangan infrastruktur isu utama pengundi Sabah

Posted: 02 Oct 2012 01:33 AM PDT

Merdeka Center: Pendatang haram, kekurangan infrastruktur isu utama pengundi Sabah

KUALA LUMPUR, 2 Okt —  Jumlah pengundi yang merasakan Sabah berada di landasan betul semakin menurun semenjak 2009 disebabkan jumlah pendatang haram tinggi, tahap rendah kemudahan insfrastruktur dan kurangnya pembangunan menjadi kebimbangan utama pengundi  menurut tinjauan Merdeka Center yang diedarkan hari ini.

Peningkatan kebimbangan dikalangan rakyat Sabah boleh dieksploitasi oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang, kata tinjauan tersebut lagi.

Menurut Merdeka Center, hanya 54 peratus pengundi yang mereka tinjau merasakan negeri tersebut sedang berada di landasan yang betul menurun 12 peratus berbanding dengan 66 peratus dalam tinjauan dilakukan pada November 2009.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved