Sabtu, 20 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pemuda MCA mengkritik pasangan blog seks

Posted: 20 Oct 2012 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Ketua pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong hari ini berkata Pemuda MCA menolak sikap pasangan muda Malaysia yang membuat blog seks yang gempar baru-baru ini.

Ketua pemuda itu berkata, Alvin Tan dan Vivian Lee tidak seharusnya menunjukkan hubungan peribadi mereka di Internet semata-mata mahu mendapat perhatian kerana budaya Malaysia ini yang konservatif.

"Mereka tidak seharusnya menggunakan platform ini untuk jadi popular, atau menjadi pelakon video lucah.

"Ini bukan caranya untuk mendidik masyarakat muda," katanya (gambar) apabila ditemuramah pada perhimpunan agung pemuda MCA hari ini.

Wee berkata, hak kebebasan individu ada hadnya, terutamanya dalam negara ini yang menolak keterbukaan dalam hal ehwal seksual.

Beliau berkata Lee dan Tan seharusnya berfikir kesan atas tindakan mereka memuatnaik gambar dan video lucah mereka.

Di dalam blog lucah mereka, Lee, 23 tahun dan kekasihnya Alvin Tan Jye Yee, 24 telah meletakkan video dan gambar lucah mereka ketika melakukan hubungan seksual.

Blog tersebut telah ditutup oleh pasangan terbabit, cuma meninggalkan beberapa tulisan dari 20 September hingga 15 Oktober, tetapi gambar dan video tersebut telah disiarkan di Gutter Uncensored.

Ini menyebabkan blog tersebut, Sumptuous Erotica menjadi terkenal dan dilaporkan dalam media Singapura.

MENYUSUL LAGI

Jabatan Penerangan sudah bersedia hadapi PRU13, kata Ketua Pengarah

Posted: 20 Oct 2012 12:51 AM PDT

TAWAU, 20 Okt — Jabatan Penerangan Malaysia sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13, baik dari segi tenaga kerja mahupun logistik, kata Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata jabatan itu telah lama bersedia dan kini melakukan penyelenggaraan bagi memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik untuk digerakkan apabila perlu.

Persiapan jabatan termasuk penyediaan maklumat yang hendak disebar kepada rakyat serta program komuniti yang dilaksana secara berterusan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat warga Jabatan Penerangan Sabah dan taklimat isu semasa, di sini hari ini.

Katanya sebagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawab menyampaikan dasar kerajaan, pihaknya terus meningkatkan aktiviti turun padang bersama masyarakat bagi memastikan rakyat memahami dasar berkenaan termasuk Belanjawan 2013.

Antara perkara yang diberi fokus ialah penjelasan berkaitan pelbagai bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia, Tayar 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia, katanya.

Ibrahim berkata menjadi tanggungjawab pegawai jabatan itu untuk menterjemahkan dasar kerajaan kepada bentuk yang mudah difahami golongan sasar.

Mengenai kefahaman akar umbi berhubung dasar transformasi kerajaan, Ibrahim berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, kefahaman rakyat berada pada tahap amat tinggi.

Katanya kajian yang dijalankan mendapati penghayatan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia serta penerimaan mereka kepada pelbagai program dan dasar yang dilaksana begitu baik.

Bagaimanapun beliau menegaskan rakyat perlu diberi penjelasan berterusan oleh semua agensi kerajaan kerana ada pihak tertentu suka memutar belit fakta untuk mengelirukan rakyat.

Mengenai pusat media bagi wartawan yang bertugas pada pilihan raya akan datang, Ibrahim berkata setiap Pejabat Penerangan negeri akan menyediakan kemudahan seperti komputer dan alat telekomunikasi bagi memudahkan wartawan melaksanakan tugas. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved