Selasa, 23 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Dr M pertahankan polisinya, mengatakan Yahudi pencetus masalah

Posted: 23 Oct 2012 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyalahkan Yahudi sebagai "pencetus masalah" dan menjelaskan polisi ekonomi yang dilaksanakannya yang dianggap anti Yahudi hanya untuk membantu membangunkan Malaysia.

Awal hari ini, bekas menteri kabinet Tan Sri Sanusi Junid berkata reformasi perbankan Tun Dr Mahathir Mohamad diilhamkan oleh polisi lalu negara Jerman untuk mengekang pengaruh kewangan Yahudi bagi membantu orang Melayu tetapi ia kemudiannya digagalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata  hari ini.

"Masalahnya ialah mereka (Yahudi) adalah pihak yang sering mencetuskan masalah kepada kita dan dunia kerana melanggar undang-undang antarabangsa dan melepaskan diri," kata Dr Mahathir ketika sidang media hari ini.

Beliau turut menjelaskan kemenangannya sewaktu pilihan raya 1999 disebabkan bukan Melayu, apabila Melayu tidak menyokongnya kerana menganggap tindakan yang diambilnya terhadap Anwar tidak adil.

Sanusi memberitahu forum ekonomi Melayu di PWTC hari ini bahawa Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin telah hilang harapan orang Melayu akan mengawal ekonomi.

Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi.

Akan tetapi rancangan tersebut gagal selepas Anwar menjadi menteri kewangan yang meluluskan lesen kepada kumpulan perbankan bukan Melayu — Aliance Bank dan Hong Leong Bank.

"Kami berpendapat bahawa jika kita tidak boleh mengawal ekonomi, kita akan mengikuti Jerman," Sanusi berkata di Kongres Ekonomi Melayu di sini

"Di Jerman lesen perbankan tidak diberi kepada orang-orang Yahudi."

Beliau berkata sementara lesen sedia ada telah diberikan kepada bukan Melayu, Daim memastikan bahawa semua bank mempunyai pengarah Melayu yang paling penting adalah untuk memastikan semua bank mempunyai pengaruh Melayu.

"Tetapi malangnya kecelakaan besar berlaku. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan beliau meluluskan lesen perbankan Alliance Bank dan Hong Leong Bank," katanya.

"Kami tidak mahu beri. Sudah lama kami kawal.

"Hasilnya sekarang terdapat "dua bank bukan Melayu tanpa pengaruh Melayu," katanya lagi.

Sanusi adalah bekas setiausaha agung Umno di zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Beliau berdiri teguh di belakang Dr Mahathir semasa krisis Umno yang menyebabkan Anwar yang pada ketika itu timbalan presiden Umno dipecat dari jawatan kabinet dan parti.

Sanusi juga merupakan pengasas kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kemudiannya dipimpin oleh Anwar sebagai presiden.

PKR dakwa hutan simpan Negeri Sembilan ditarah secara haram

Posted: 23 Oct 2012 12:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Umno di Negeri Sembilan telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar secara haram kerana tidak melanggar undang-undang yang diperuntukan.

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, pengambilalihan tersebut menurut PKR telah dilakukan melalui pewartaan membatalkan status hutan simpan kekal yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengeruskan oleh menteri besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Siasatan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan timbalan setiausaha agong PKR, T Kumar mendapati Negeri Sembilan sebagai negeri di Semenanjung Malaysia yang paling banyak menghapuskan hutan simpan bagi tujuan pembalakan.

Selain itu, dua pemimpin PKR tersebut juga membongkar aktiviti kerajaan Umno di Negeri Sembilan yang menjalankan pembalakan di hutan simpan tetap Jeram Padang Selatan  seluas 487.3 hektar yang diwartakan sebagai hutan simpan tetap sejak 30 Ogos 1918.

PKR mendedahkan kawasan di Jeram Padang Selatan telah dikategorikan sebagai Zon Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tinggi dan perlu dipelihara sepenuhnya dan tidak dibenarkan untuk sebarang pembangunan.

Mukasurat 5-77[6] Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002 — 2015 secara jelas menunjukkan bahawa Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan adalah berkategori KSAS Tahap 1 dan tidak boleh dibangunkan.

 "Oleh yang demikian, pewartaan membatalkan status hutan simpan tetap bertarikh 11 Mac 2004 adalah tidak sah disisi undang-undang kerana bertentangan dengan rancangan tempatan sedia ada, lalu melanggar Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa," tulis PKR.

PKR juga mendakwa dua MB yang mentadbir Negri Sembilan iaitu Tan Sri Isa Samad dan Mohamad bukan sahaja tidak menghiraukan undang-undang malahan membenarkan penerokaan sehingga menyebabkan kini kawasan tersebut kini menjadi kawasan penanaman kelapa sawit.

Dalam kenyataan tersebut juga menyatakan jumlah hutan simpan kekal yang telah dibatalkan meningkat secara sejak 2005 daripada 162, 075 hektar menurun kepada 153, 459 hektar pada tahun 2011.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved