Rabu, 24 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Abdul Zaharin mohon maaf kepada Syed Abdul Rahman kerana memfitnah

Posted: 24 Oct 2012 02:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak Abdul Zaharin Mohd Yasin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi di Mahkamah Tinggi di sini kerana mengeluarkan kenyataan fitnah di laman Facebook.

Abdul Zaharin membacakan kenyataan permohonan maafnya semalam di hadapan Hakim Datuk Lau Bee Lan dengan disaksikan Syed Abdul Rahman dan peguam masing-masing.

Pada 20 Ogos 2010 Syed Abdul Rahman memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Abdul Zaharin dan memohon injuksi menghalang menerbitkan kata-kata fitnah tersebut.

Sementara itu, peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Syed Abdul Rahman ketika dihubungi pemberita berkata Hakim Lau telah membatalkan saman tersebut susulan permohonan maaf itu. — Bernama
   

Felda lunaskan pinjaman peneroka dan warga kerja Felda beli saham FGVH, kata pengerusi Felda

Posted: 24 Oct 2012 02:42 AM PDT

Felda lunaskan pinjaman peneroka dan warga kerja Felda beli saham FGVH, kata pengerusi Felda

TROLAK, 24 Okt — Felda telah melunaskan sepenuhnya pembiayaan bank yang dipinjam oleh seramai 94,219 peneroka dan 1,890 warga kerjanya untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) pada 5 dan 8 Okt lepas.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata langkah Felda mendahulukan bayaran balik pinjaman bank itu bertujuan untuk meringankan beban peneroka dan warga kerjanya dan mereka akan membayar semula kepada Felda secara ansuran tanpa faedah.

Beliau berkata pembayaran pinjaman peneroka berkenaan membabitkan sebanyak RM358 juta dan pinjaman warga kerja Felda membabitkan RM42.5 juta.

Katanya dengan langkah sedemikian, peneroka dan warga kerja Felda dapat melakukan urusniaga saham mereka tanpa sebarang masalah kerana bayaran balik pinjaman telah dilunaskan kepada pihak bank.

"...Kita (Felda) dahulukan supaya mereka tidak kena 'foreselling' atau jualan paksa dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis Graduasi 2012 di Maktab Rendah Sains Mara di sini, hari ini.

Beliau berkata peralihan saham dilakukan secara automatik dan pembayaran balik kepada Felda boleh dilakukan menerusi potongan pendapatan bagi tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan.

Berhubung saham FGV di Bursa Malaysia yang dilihat mengalami penurunan, beliau berkata perkara itu tidak menghilangkan keyakinan peneroka terhadap Felda.

"Penurunan seperti ini bersifat sementara apabila keadaan CPO (Minyak Sawit Mentah) baik, harga akan baik dan pastinya Felda Global punyai rancangan-rancangan tertentu yang tidak boleh dinyatakan sekarang," katanya.

Beliau berkata dalam perniagaan saham pastinya terdapat pihak tertentu yang membuat spekulasi bagi menimbulkan kekeliruan.

"Ada yang buat spekulasi dari segi perniagaan, yang lebih teruk buat spekulasi dari segi politik supaya makin ramai yang keliru dan makin berfaedah lah bagi mereka...tentunya yang menentang Felda akan buat spekulasi yang buruk untuk kurangkan keyakinan kepada Felda," tegasnya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved