Sabtu, 27 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Menteri arah siasat punca bekalan elektrik terputus di lapangan terbang KK

Posted: 26 Oct 2012 11:21 PM PDT

PUTRAJAYA, 27 Okt — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mahu siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Khamis lepas yang menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas.

Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan ini dan memberi amaran tindakan tegas terhadap "pihak yang cuai" tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang.

"Jika hasil siasatan menunjukkan ada unsur sabotaj, maka laporan polis akan dibuat untuk tindakan undang-undang selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kong (gambar) berkata beliau merasa amat dukacita atas kejadian itu yang menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan orang ramai yang bakal meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.

Beliau juga berharap pengendali lapangan terbang dapat memastikan wujudnya Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) jika perkara sebegini berlaku pada masa akan datang.

KKIA ditutup pada malam Khamis selepas lampu landasan tidak berfungsi sehingga memaksa beberapa penerbangan masuk dan keluar dibatalkan atau dijadual semula menyebabkan ramai penumpang terkandas. — Bernama

Perkasa bebas untuk boikot penyanyi Jaclyn Victor, kata menteri

Posted: 26 Oct 2012 10:22 PM PDT

Perkasa adalah bebas untuk boikot artis terkenal Jaclyn Victor, menurut Dr Koh Tsu Koon.

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Badan bukan kerajaan Perkasa bebas untuk memboikot artis terkenal negara Jaclyn Victor yang menyanyikan lagu "Harapan Bangsa", kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab menjaga portfolio perpaduan dan permuafakatan negara pada hari ini.

Khamis lalu, Perkasa menggesa umat Islam untuk memboikot artis tersebut atas dakwaan lirik lagu tersebut yang terselit dengan unsur Kristian telah menghina Islam dan menunjukkan "tidak sensitif dan menghormati" kepada mereka yang bukan penganut agama Kristian.

"Saya tidak mahu mengulas tentang itu. Mereka boleh memboikot kerana mereka suka. Ini sebuah negara yang bebas ...," kata Koh, yang juga menyelia kabinet khas panel antara agama kepada The Malaysian Insider hari ini ketika diminta mengulas mengenai gesaan Perkasa itu.

Berikutan serangan terhadap Jaclyn oleh umat Islam ke atas lagu berusia lima tahun tersebut, agensi kerajaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat lirik lagu terbabit.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi pada minggu lepas dilaporkan berkata bahawa kementerian maklumat dan kementerian dalam negeri perlu merujuk lagu tersebut dengan JAKIM bagi memutuskan jika ia "benar-benar menyentuh isu iman (akidah) ".

Serangan Perkasa menyusul serta menambah lebih tekanan dalam isu melibatkan agama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin dekat terutamanya selepas dua ahli Parlimen mendakwa terdapat satu plot untuk menukar Malaysia kepada sebuah negara Kristian.

Jaclyn pada minggu lepas berkata lagu "Harapan Bangsa" bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.

"Saya mencatat lagu yang sekitar 2007 khas bagi orang-orang Kristian di  Sabah dan Sarawak dan untuk gereja-gereja.

"Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut Kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.

 "Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?" 

"Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu. 

MENYUSUL LAGI.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved