Ahad, 28 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Malaysia memantau penahanan dua rakyatnya di Lubnan

Posted: 28 Oct 2012 01:28 AM PDT

Penunjuk perasaan Lubnan di Beirut, 25 Oct, 2012, yang dianjurkan oleh kumpulan masyarakat sivil, memegang lilin dinyalakan semasa "White Mac" menentang keganasan dan perjuangan politik di negara itu. — Foto fail Reuters

PUTRAJAYA, 28 Okt — Malaysia sedang memantau perkembangan penahanan dua rakyatnya di Lubnan yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata dua orang rakyat Malaysia itu masing-masing berumur 28 dan 21 tahun, telah ditahan di Beirut oleh pihak berkuasa Lubnan, pada 18 Okt lalu.

"Buat masa ini, siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa Lubnan dan Kementerian Luar sedang memantau perkembangan kes tersebut.

"Malaysia tidak menyokong mana-mana fahaman ekstremisme atau radikal yang boleh menjejaskan keselamatan sesebuah negara dan rakyatnya, dan dalam hal ini menghormati sepenuhnya undang-undang Lubnan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Anifah berkata, kedua-dua mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Tentera di Beirut pada 25 Okt lalu dan pertuduhan terhadap mereka telah dibacakan. Mereka akan dihadapkan semula di mahkamah pada Isnin (29 Okt).

"Kedutaan Malaysia di Beirut, Lubnan sedang mengambil langkah untuk bertemu dua rakyat Malaysia tersebut dan memberikan nasihat guaman," katanya.

Keluarga kedua-dua suspek juga telah dimaklumkan mengenai penahanan mereka, tambah beliau. — Bernama

Malaysia lihat kemasukan Laos ke WTO dapat tingkatkan lagi integrasai Asean

Posted: 28 Oct 2012 12:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Malaysia melihat kemasukan Laos ke dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dapat meningkatkan lagi usaha Asean ke arah integrasi serantau. 

Ia turut membuka jalan mencapai matlamat menjadi Komuniti Ekonomi Asean pada 2015. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad (gambar) berkata dengan kesemua anggota Asean menyokong kuat sistem perdagangan pelbagai hala, daya tarikan perkumpulan serantau itu sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan akan terus menonjol. 

"Saya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat pengesahan Laos untuk Protokol Kemasukan, iaitu langkah akhir dalam proses kemasukan untuk negara itu menjadi anggota sepenuhnya WTO. 

"Saya juga amat mengalu-alukan Laos sebagai anggota ke-158 WTO dalam masa terdekat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 

Mustapa berkata dengan termeterainya Protokol Kemasukan pada 26 Okt, Majlis Agung WTO secara rasminya bersetuju Loas menyertai pertubuhan itu. 

"Ia membuka jalan untuk anggota akhir keluarga Asean menyertai WTO menjelang awal 2013. "Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan tahniah kepada Laos kerana memuktamadkan langkah akhir dalam satu perjalanan yang panjang dan mencabar ke arah keanggotaan WTO," tambah beliau. 

Menurut Mustapa, Laos memulakan proses untuk menyertai WTO pada 1997. "Laos telah melaksanakan perubahan peraturan domestik untuk mematuhi syarat-syarat WTO. 

Ia turut membuat transformasi besar-besaran cara menjalankan perniagaan. 

"Difahamkan sejak 15 tahun lepas, 90 undang-undang dan peraturan telah digubal secara keseluruhan, lingkungan tarif pada purata 18.8 peratus untuk semua produk dengan komitmen akses pasaran dalam 10 sektor perkhidmatan, meliputi 79 subsektor. 

Pencapaian ini amat mengagumkan untuk negara yang berpopulasi 6.5 juta itu, kata beliau. 

Mustapa berkata adalah sesuatu yang menggembirakan untuk mengetahui yang usaha-usaha ini dibuat seiring dengan pembaharuan domestik yang dilaksanakan oleh Laos untuk memenuhi komitmennya di bawah agenda ekonomi rancak Asean. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved