Rabu, 31 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-
The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kit Siang: Kong Cho Ha letak jawatan jika 112 ahli parlimen sokong tangguh AES

Posted: 31 Oct 2012 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha perlu meletak jawatan sekiranya 112 ahli parlimen menyokong untuk penangguhan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Menurut Lim, dua orang ahli Umno telah bersetuju untuk menyokong penangguhan ini, selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) mengusulkan untuk menangguhkan AES untuk kesalahan jalan raya, dan memerlukan kajian yang mendalam sebelum dilaksanakan.

"Hari ini, ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang merupakan timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) juga menyokong dasar ini ditangguhkan terlebih dahulu.

"Kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor sudah menangguh pelaksanaan AES ini sehingga kaji selidik selesai.

"Persoalannya, adakah ada ahli parlimen dari MCA atau menteri atau timbalan menteri berani bersuara mengkritik pelaksanaan ini dari seorang menteri yang baru dua tahun menjawat jawatan tinggi kerajaan?" kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider.

Menurut Lim, apabila menteri pengangkutan tidak mahu mendengar apa kesannya terhadap AES, beliau menyeru agar ahli parlimen Barisan Nasional (BN) sama ada menteri, timbalan menteri atau ahli parlimen biasa untuk menyokong penangguhan pelaksanaan AES ini.

"Ahli parlimen boleh meminta penangguhan pelaksanaan ini pada perdebatan di peringkat jawatankuasa pada 20 November ini.

"Kami berharap ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil contoh ahli parlimen Kinabatangan tersebut dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menyeru agar ditangguhkan pelaksanaan AES ini," katanya lagi.

Pakatan Rakyat mempunyai 76 orang ahli parlimen dalam Dewan, dan memerlukan 36 orang undi dari BN untuk mendapat undi 112 orang, melebihi 50 peratus di dalam kerusi Dewan Rakyat yang berjumlah 222 orang, untuk memastikan majoriti ahli Dewan menolak pelaksanaan AES.

Lawan saman AES dengan tidak membayar, kata Mahfuz

Posted: 31 Oct 2012 01:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Pemimpin PAS hari ini menggesa pengguna jalan raya supaya tidak membayar saman yang dikeluarkan Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) sebaliknya menasihati mereka untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

"Sekarang saya mahu tanya, jika kerajaan masih enggan menangguhkan pelaksanaan AES dan menggugurkan semua saman yang dikeluarkan, semua yang menerima saman itu tidak perlu membayar kompaun RM300 itu. Tetapi mereka perlu mengikut arahan yang diarahkan untuk ke mahkamah..." kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media hari ini.

Beliau (gambar) turut berkata Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk menyediakan peguam bagi mewakili individu yang memilih untuk membawa kes ke mahkamah.

Semalam, PR berkata mereka akan menangguhkan kesemua kelulusan pelaksanaan AES di empat negeri yang mereka perintah iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai dan kajian lebih mendalam.

Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam berkata langkah yang diambil oleh PR ini bermakna sebanyak 331 daripada 831 kamera AES yang dirancang untuk dibina seluruh negara tidak akan dilaksanakan.

Kamera AES tersebut yang digunakan untuk mengecam kenderaan yang laju dan melanggar lampu isyarat ketika ini masih dalam pelaksaan fasa awal yang telah diletak di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved