Khamis, 4 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Speaker larang ahli PAC keluar kenyataan sebelum tamat pembentangan

Posted: 04 Oct 2012 02:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Parlimen hari ini meminta Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga tamat pembentangan dalam Dewan Rakyat.

Dalam surat yang dihantar kepada media, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, undang-undang ini dibuat untuk melindungi "hak dan keistimewaan" Majlis Mesyuarat.

Beliau (gambar) merujuk kepada Peraturan 85 dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dengan berkata "menyatakan larangan bagi mana-mana pihak untuk menyiarkan keterangan yang diberikan di
hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat sebelum penyata mengenai perkara dalam siasatan sesuatu Jawatankuasa itu dibentangkan kepada majlis mesyuarat".
Beliau berkata PAC merupakan "lanjutan dari Dewan Rakyat dan fungsi  sebenar adalah mewakili majlis mesyuarat.

"Adalah keistimewaan dan hak majlis mesyuarat untuk diberitahu dahulu tentang dapatan mana-mana jawatankuasa. Maka, jika keterangan didedahkan kepada mana-mana pihak, ini akan menghakis hak dan keistimewaan majlis mesyuarat.

"….bagi melindungi kepentingan dan hak majlis, saya berpendapat ahli jawatankuasa khas harus tidak mendedahkan apa-apa keterangan atau perbincangan mengenai perkara-perkara yang disiasat atau dibentangkan oleh Jawatankuasa kepada pihak lain termasuklah dalam bentuk Kenyataan atau Siaran Media atau mengadakan Persidangan Media sebelum penyata Jawatankuasa selesai dibentangkan di dalam majlis mesyuarat," katanya dalam surat tersebut.

Menurut beliau, tindakan pencegahan akan diambil kepada mana-mana pihak yang engkar atau tidak mematuhi kehendak Peraturan 85 untuk mengelakkan sebarang manipulasi atau dieksploitasikan keterangan untuk kepentingan pihak tertentu.

Surat tersebut bertarikh 27 Jun, 2012 dan terdapat surat yang ditulis tangan bertarikh 2 Oktober dialamatkan kepada anggota PAC.
 

Putrajaya rancang bina rumah PR1MA di atas tanah yang tidak digunakan

Posted: 04 Oct 2012 02:20 AM PDT

Oleh Lisa J. Ariffin

SHAH ALAM, 4 Okt — Putrajaya akan menggunakan tanah yang tidak digunakan di seluruh negara untuk menjalankan skim perumahan mampu milik 1 Malaysia (PR1MA) bagi kumpulan berpendapatan sederhana, umum Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata rumah-rumah yang dibina dalam rancangan itu akan berharga dibawah RM300, 000.

"Sebagai contoh, lot tanah yang diperuntukkan untuk membina sekolah tetapi tidak digunakan boleh diguna untuk membangunkan projek PR1MA," kata Muhyiddin (gambar) pada perhimpunan bersama pemimpin belia NGO Selangor di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sejumlah 123,000 unit perumahan mampu milik akan dibina di lokasi strategik pada tahun depan.

Beliau berkata kerajaan akan memperuntukkan RM1.9 bilion kepada Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara untuk melaksanakan rancangan tersebut.

"Sejumlah RM500 juta akan dibelanjakan oleh PR1MA untuk membina 50,000 rumah di lokasi utama seluruh negara dengan harga jualan antara RM100, 000 ke RM400, 000 setiap unit," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata antara lokasi tersebut ialah di Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Baharu (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang).

"Kerajaan mengakui bahawa perumahan yang selesa dan berpatutan adalah keperluan asas penting untuk rakyat," katanya.

"Kerajaan komited dalam memastikan semua rakyat mempunyai peluang untuk memiliki sebuah rumah."

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved