Sabtu, 6 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MCA perlu lebih banyak maklum balas mengenai pendidikan Cina

Posted: 06 Oct 2012 02:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Okt — MCA berharap pemegang kepentingan dalam pendidikan Cina akan memberikan lebih banyak pandangan dan maklum balas bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata ini adalah penting untuk mendapat konsensus bagi pelan tersebut. Bercakap di simposium Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di ibu pejabat MCA di sini hari ini, beliau yang juga Ketua Biro Pendidikan MCA berkata sehingga kini, Kementerian Pelajaran menerima 70 memorandum dari badan bukan kerajaan (NGO) terutama NGO Cina mengenai pelan itu.

"Oleh kerana pelan itu masih dideraf, kementerian akan mengadakan siri jelajah sehingga 20 hari bulan ini, untuk mengumpul maklum balas," katanya dan menambah maklum balas akan dimasukkan ke dalam memorandum yang akan dibentangkan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan laporan awal pelan tersebut yang menggariskan 11 anjakan strategi dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.

Laporan awal pelan itu mengandungi visi sistem pendidikan negara dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki, memperincikan anjakan yang dperlukan untuk mencapai objektifnya. — Bernama

Politik Malaysia tidak sama dengan negara luar, kata BN

Posted: 05 Oct 2012 11:17 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Pemimpin Barisan Nasional (BN) mendakwa tindakan menyamakan perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan PM Britain Gordon Brown adalah tidak masuk akal memandangkan situasi politik Malaysia adalah berbeza dengan negara tersebut.

Dalam satu rencana dalam majalah The Economist hari ini, Najib telah disamakan dengan Brown yang memegang tampuk pemerintahan selepas diberikan oleh PM terdahulu, Tony Blair, namun kelewatannya mengadakan pilihan raya menyebabkan Parti Buruh tewas pada tahun 2010.

"Ia satu tindakan yang salah dan tidak masuk jika membuat perbandingan antara Malaysia dengan Britain," kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (foto fail), apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

"Kerana situasi politik dan pilihan raya negara dengan mereka sama sekali tidak sama.

"Bagaimana mahu menyamakan Najib dengan Brown?"

Pandangan Tengku Adnan disokong Naib Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan, yang berkata corak pemerintahan dan politik Malaysia tidak sama dengan Britain kerana sejak merdeka negara hanya diperintah oleh BN dan tidak pernah bertukar tampuk kuasa banyak kali seperti di Britain.

"Di Malaysia, sejak merdeka hingga sekarang hanya BN yang menjadi kerajaan pusat," kata Mugilan.

"Bagaimana nak bandingkan Malaysia dengan Britain yang sudah banyak kali bertukar kuasa selepas pilihan raya."

The Economist juga menyatakan pemerintahan yang dipegang oleh Najib ketika ini bukan hasil daripada mandat yang diperoleh sepenuhnya tetapi sebaliknya hasil daripada pengambilalihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru itu ia  memberikan kebimbangan kepada Najib untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Keadaan Najib menurut The Economist semakin terdesak hingga terpaksa membuat pelbagai rombakan ke atas polisi kerajaannya dan pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini membuktikan ia bertujuan untuk menarik pengundi muda menyokong BN dalam pilihan raya nanti.

"PM tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut tetapi kerajaan komited untuk menunaikan janji terlebih dahulu kepada rakyat untuk keselesaan dan kemudahan masa depan," kata Tengku Adnan lagi.

"Bukan seperti pembangkang yang hanya menabur janji tetapi tidak ditunaikan. Lihat apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang."

Mugilan turut menegaskan langkah Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut kepada pembangkang tetapi sebaliknya mengatakan pembangkang yang takut untuk berdepan dalam PRU nanti.

"Kita lihat di Selangor, tindakan kerajaan negeri yang mahu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun)  berasingan dengan pusat membuktikan mereka yang takut untuk menghadapi PRU dan bukannya BN," kata Mugilan.

"Najib sebagai PM mempunyai kekuatan sendiri.

"Saya lihat masyarakat India sekarang sudah kembali memberikan sokongan kepada Najib hasil daripada polisi dan program yang memanfaatkan semua tanpa mengira perbezaan," terang Mugilan lagi.

Tarikh PRU ke 13 itu masih lagi menjadi teka-teki, namun rata-rata parti politik yang akan bertanding telah membuat pelbagai persiapan.

Di sesetengah tempat, sudah ada perang sepanduk dan bendera seolah-olah musim pilihan raya sudah tiba.

Tugas yang menanti BN pada pilihan raya kali ini dikatakan cukup berat.

Selain mahu memulihkan tsunami yang melanda pada 2008, asakan demi asakan yang dilakukan oleh lawan pada kali ini memerlukan jentera pilihan rayanya benar-benar bersedia.

Ada tiga keutamaan dalam amanat Perdana Menteri menjelang  PRU 13 iaitu mempertahankan Putrajaya, merampas kembali Selangor dan mendapatkan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen yang mereka hilang pada tahun 2008.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved