Selasa, 9 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Isu pengundi di Sabah adalah isu pembangkang, kata Dr M

Posted: 09 Oct 2012 02:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Oct — Isu pengundi di Sabah yang dibangkitkan dalam kaji selidik Merdeka Centre adalah isu pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bekas perdana menteri yang pernah mentadbir negara ini selama 22 tahun berkata, disebabkan pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, pembangkang juga akan menggunakan semua perkara untuk dijadikan isu.

"Isu-isu yang dibangkitkan itu isu pembangkang.

"Pilihan raya (umum) dah dekat ... jadi semua benda mereka akan jadikan isu," katanya kepada pemberita.

Dalam laporan kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center sebelum ini mendapati jumlah pengundi yang merasakan Sabah berada di landasan betul semakin menurun semenjak 2009.

Merdeka Center juga turut menjangkakan, peningkatan kebimbangan dikalangan rakyat Sabah itu boleh dieksploitasi oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang, kata tinjauan tersebut lagi.

Menurut Merdeka Center, hanya 54 peratus pengundi yang mereka tinjau merasakan negeri tersebut sedang berada di landasan yang betul menurun 12 peratus berbanding dengan 66 peratus dalam tinjauan dilakukan pada November 2009.

53 peratus dari pengundi berpendapat masalah pendatang tanpa izin adalah masalah paling utama dihadapi di negeri kubu kuat BN, mengesahkan keputusan perdana menteri untuk mengadakan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) bagi menyiasat perkara ini.

"Antara lima sebab penurunan sokongan kerana kekurangan pembangunan ekonomi dan infrastruktur serta kos hidup yang meningkat," kata Merdeka Center.

"Tinjauan juga menunjukkan ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan politik serta masalah pendatang tanpa izin."

Dalam bancian 2010 dalam negeri Sabah menunjukkan peningkatan 390 peratus dari 636,431 kepada 3,120,040 penduduk di Sabah pada 2010 - melebihi dua kali ganda dari pertumbuhan penduduk negara iaitu sebanyak 164 peratus.

Dari 3.12 juta penduduk Sabah hari ini, 27 peratus daripadanya adalah pendatang asing.

Menurut tinjauan, 87 peratus bersetuju dengan penubuhan RCI berkenaan isu pendatang tanpa izin.

Tetapi Merdeka Center turut mengatakan cuma 54 peratus sahaja yang yakin dengan suruhanjaya itu dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang mengatakan beliau sudah nyanyuk, Dr Mahathir dilihat enggan mengulas lanjut, sebaliknya hanya menyerahkan perkara itu kepada Tony Pua.

"Biarlah dia nak kata apa pun, terpulang kepada dia (Tony)," katanya menjawab soalan pemberita.

Dr M jangka sokongan kepada BN akan meningkat kerana Bajet 2013

Posted: 09 Oct 2012 02:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Oct — Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 akan meningkat dengan pembentangan Bajet 2013 pada 28 September lalu.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu juga turut memuji bajet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "baik" dan akan membantu BN dalam pilihan raya akan datang.

"Bajet (2013) itu baik ... Saya rasa sokongan kepada BN akan ada peningkatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penganugerahan kepada kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Beliau (gambar) yang sebelum ini berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun pernah mengeluarkan kenyataan BN akan menjadi kerajaan lemah selepas PRU 13 yang dijangka tidak lama lagi.

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah beberapa pemimpin BN, malah mereka juga tidak bersetuju dengan dakwaan Dr Mahathir bahawa pemberian wang tunai oleh pentadbiran Najib adalah satu bentuk pembelian undi tetapi menegaskan bahawa veteran politik itu juga mengakui bahawa BN perlu untuk meningkatkan populariti bagi memastikan kerajaan yang lebih kuat selepas PRU akan datang.

Dr Mahathir dalam sebuah forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana sebelum ini meramalkan bahawa BN akan terus memerintah Malaysia selepas PRU ke 13 sebagai sebuah kerajaan lemah dan itu adalah tidak baik kerana gabungan pemerintah tersebut akan lebih memfokuskan kepada survival mereka lebih daripada membangunkan negara.

Menurut Dr Mahathir lagi, tindakan kerajaan pimpinan Najib memberikan wang tunai kepada rakyat adalah tindakan yang menyerupai "pembelian undi", akan tetapi mengakui usaha tersebut dalam membantu menggembalikan populariti BN dengan lebih cepat oleh kerana PRU semakin hampir.

Sebagai seorang pemimpin BN yang lantang, Dr Mahathir berkata BN memerlukan sebuah kerajaan kuat untuk membantu perlaksanaan dasar-dasar yang mungkin "tidak menyenangkan" tetapi akan memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.

Mana-mana kerajaan yang dibentuk dengan majoriti parlimen yang kecil boleh digulingkan dengan mudah melalui pembelotan massa, kata Dr Mahathir sebelum ini memberi amaran.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved