Ahad, 14 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Mengkritik dan menikmati

Posted: 13 Oct 2012 04:02 PM PDT

14 Okt — Malaysia pasca pilihanraya 8 Mac 2008 mengalami perkembangan ekonomi, politik dan sosial budaya yang sangat menarik dan berwarna warni. Kehambaran yang mewarnai sebelumnya mulai perlahan-lahan terpadam dan diganti dengan keterujaan. Kemenangan terbesar 8 Mac bukan sekadar jatuhnya 4 negeri ke Pakatan Rakyat dan hilangnya majoriti 2/3 Barisan Nasional di peringkat pusat, tetapi lebih penting kembalinya keterujaan dan harapan untuk melihat Malaysia yang lebih baik.

Setelah lebih 4 tahun, persaingan politik kekuasaan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) terus berlangsung dalam suasana panas dan tegang. Sulit untuk mencari jalan tengah, kondisi politik memaksa rakyat secara tidak sedar memilih bersama BN atau PR. Suara-suara rasional yang berlawanan baik dalam BN atau PR akan segera mati dan mendapat tentangan dengan alasan belum tiba masanya untuk memilih posisi yang bebas ikatan.

Perlawanan pembebasan di Malaysia mempunyai banyak dimensi, kita bukan sahaja dihadapkan dengan pemerintah BN yang cenderung suka memberi dan menindas, tetapi juga pembangkang PR yang cenderung memutarbelit fakta dan menindas otak pendukungnya. Pembodohan baik dari BN mahupun PR sudah mencapai peringkat yang kritikal sehingga memerlukan muhasabah dalaman yang lintas politik kepartian.

Namun hal ini tidak sama sekali mengurangkan kudrat dan semangat untuk melihat BN ditumbangkan dan ditegakkan keadilan dan pemulihan demokrasi. Hanya saja dalam menuju kemenangan dan kemudian mengisinya jangan dibawa sekali tabiat membodohkan rakyat. Apa guna BN tumbang jika pembodohan dalam bentuk baru diwujudkan.

Sebagai respon kepada kehendak rakyat yang ingin sebuah kerajaan tidak syok parti sendiri sebaliknya syok kepada rakyat, BN di bawah teraju PM Najib Tun Razak telah melakukan pelbagai cara untuk menarik semula hati rakyat yang merajuk pada 8 Mac. Salah satu ciri khas PM Najib adalah membuat sesuatu yang tidak popular di mata rakyat seperti menaikkan harga barangan dan kemudian membatalkannya setelah mendapat bantahan. Ciri ini amat disukai rakyat kerana jelas menunjukkan kekuasaan sebenar terletak pada rakyat, bukan Najib.

Dalam hal ini, saya merasakan demokrasi Malaysia pasca-8 Mac berfungsi dengan lebih baik berbanding jiran kita sang jaguh demokrasi, Indonesia. Menurut Frischa Aswarini, penyair muda Bali, "Demokrasi di Indonesia adalah demokrasi prosedural bukan demokrasi esensial". Frischa menuturkan ini sewaktu diskusi sastera "Bali Beza" yang berlangsung di Kuala Lumpur beberapa minggu lepas.

Pengalaman saya tinggal di Indonesia mengiyakan pandangan beliau, demokrasi di Malaysia dengan segala cacat cela proseduralnya masih banyak memihak kepada rakyat sedangkan di Indonesia, proseduralnya kelihatan sempurna namun esensinya jauh dari tujuan utama demokrasi iaitu memberikan kedaulatan negara kepada rakyat. Di Indonesia rakyat bebas bersuara tetapi pemerintah bebas untuk tidak ambil peduli dan di Malaysia rakyat bebas bersuara dalam sekatan dan pemerintah terpaksa peduli kerana jika tidak nescaya hilang kuasa.

Salah satu usaha memujuk rakyat yang popular adalah pengenalan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) . Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan

2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

ETP pula merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP). Di atas kertas GTP dan ETP terlihat cantik dan seperti biasa PR sebagai pembangkang akan mencari celah-celah untuk mengkritik baik secara membina mahupun menjatuhkan. Begitulah politik di Malaysia yang masih totok hitam putihnya seolah-olah tiada sinar di baliknya.

Setelah meneliti dokumen GTP dan ETP, saya sudah menetapkan posisi untuk bersikap saksama dan adil. Di mana ada ruang untuk mengkritik saya akan lakukan tugas itu dan pastinya dengan membina. Kini setelah beberapa tahun, beberapa inisiatif di bawah GTP seperti "Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar" sudah mulai dirasakan impaknya. Pertambahan koc LRT dan komuter, terminal bas Puduraya berwajah baru, terminal bersepadu Bandar Tasik Selatan (ITT BTS), sistem pengangkutan awam yang semakin integrasi, pengenalan bas dalam bandar GO-KL dan banyak lagi. Memang ia masih jauh dari sempurna, tetapi kredit wajar diberikan.

Barangkali masih banyak hasil positif dari inisiatif lain (NKRA) seperti "Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah", tetapi sebagai penikmat pengangkutan awam bandar perubahan-perubahan yang dibawa GTP dirasai nyata.  Tidak salah berazam menumbangkan BN tetapi janganlah sampai menidakkan kebaikan dan perubahan yang dibawa. Jika berlaku ketirisan dan amalan rasuah di dalamnya kritik amalannya bukan inisiatifnya semborono.

Sejak mengenali politik azam saya hanya satu iaitu menumbangkan BN dan dorongan ini bukan kerana kemaruk kuasa melainkan untuk melihat Malaysia dipandu oleh politik matang yang didukung oleh sistem demokrasi utuh dan memihak kepada rakyat. Sebelum itu terjadi, teruskan tanggungjawab mengkritik dan jangan sampai lupa untuk menikmati apa yang diberi penerima kritikan kita. Jika tidak hidup mati kita penuh kemarahan dan kebencian yang pastinya menyiksakan.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Do you trust anyone?

Posted: 13 Oct 2012 03:45 PM PDT

14 OKT — Mike Tyson, Michael Jackson dan Lance Armstrong… nama-nama yang begitu sinonim dalam dunia sukan dan hiburan dunia.

Nama mereka cukup popular dan sering menjadi sebutan ramai.

Ke mana sahaja mereka pergi, nama mereka dijulang dan disanjung ibarat seorang hero yang telah banyak memberi sumbangan kepada sukan yang diceburinya.

Saban hari, mereka terus dikerumuni oleh orang ramai dan ruang mereka untuk bergerak sebagai seorang individu biasa amat terbatas.

Mereka adalah pencetus berita, mereka jugalah pencetus kontroversi menerusi setiap gerak-geri dan tindak-tanduk yang dilakukan.

Namun apabila mereka dilanda kontroversi dan kesukaran, bukan sahaja mereka ditohmah bahkan juga dilabel sebagai seorang pariah. Realiti kehidupan dalam dunia yang serba mencabar ini adalah cukup kejam.

Sama ada di tempat kerja, pergaulan dengan rakan sepejabat mahupun kehidupan berkeluarga, semuanya berkisar kepada satu perkara iaitu survival.  Siapa yang lasak dan kuat, dialah yang akan bertahan. Manakala yang lemah akan terus terpinggir.

Kekejaman resam hidup ini juga secara tidak langsung membuka pekung sikap sebenar manusia. Antaranya, hipokrasi, kepura-puraan dan pembohongan. Inilah wajah sebenar umat manusia!

Siapa sangka wira-wira sukan yang satu ketika dahulu kini dianggap sebagai sampah masyarakat. Kisah Mike Tyson dengan sikap panas baran dan selalu suka bergaduh. Michael Jackson pula sehingga akhir hayatnya pula dihantui dengan tuduhan meliwat kanak-kanak.

Kisah Lance Armstrong pula tidak banyak bezanya. Cuma beliau dituduh terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Dalam kes Tyson umpamanya, menuju ke penghujung kariernya, beliau terpaksa hidup keliling pinggang gara-gara dakwaan yang dilemparkan ke atas beliau.

Nasihat salah yang diberikan oleh orang terdekat membuatkan beliau hilang arah. Sebagai Raja Pop, Jackson pula sering menjadi sasaran dakwaan oleh golongan oportunis yang gilakan kekayaan beliau. Kebaikan Jackson dieksploitasi oleh golongan tidak bertanggungjawab ini. 

Kejayaan gemilang Armstrong dalam sukan basikal tidak disenangi banyak pihak. Apa tidaknya, beliau merupakan pelumba tunggal dunia yang meraih kejuaraan Tour de France sebanyak tujuh kali. Pendek kata, rekod yang dipegangnya tiada tolok bandingnya. Malahan, legenda sukan basikal dunia dari Sepanyol – Miguel Indurain pun bukan lawan Armstrong.

Namun, lihat apa yang terjadi kepada Armstrong sekarang? Beliau bukan sahaja dicap sebagai penipu bahkan sebagai "ringleader" dalam penyalahgunaan dadah. Dalam satu sesi pendengaran di mahkamah, hampir kebanyakan rakan sepasukan Armstrong berpaling tadah dan memberi keterangan negatif terhadapnya. Tiada siapa yang bersimpati.

Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari daripada episod hitam yang melanda figura-figura sukan dunia itu. Antaranya, kita tidak boleh mempercayai sesiapa. Setiap orang mempunyai sikap pentingkan diri sendiri. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan diri mereka selamat.

Itulah lumrah percaturan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sama anda mati dahulu ataupun lawan anda. Situasi sama boleh dilihat di tempat kerja anda. Sudah menjadi satu kebiasaan untuk melihat wujud puak-puak di tempat kerja.

Terdapat segelintir pihak yang akan cuba "mematikan" langkah lawan agar lawan itu tidak akan menjadi ancaman kepada survival mereka. Jadi, jika seseorang itu tidak berhati-hati, maka bersedialah untuk diserang bertubi-tubi.

Mahu tidak mahu, dunia ini penuh dengan hipokrasi bila mana segala janji manis dan azam hanya boleh diterima pada permukaan sahaja. Lagipun, berapa ramaikah daripada kita yang cakap serupa bikin?

Dalam kes membabitkan Armstrong, penulis berpendapat… sikap cemburu pihak tertentu mungkin menjadi faktor mengapa Armstrong dihukum. Ramai yang tidak tahan dengan kejayaan Armstrong. Ramai yang tidak mahu Armstrong berjaya…itu sahaja!

Yang menjadi persoalan sekarang, mengapakah baru sekarang kedengaran tuduhan bahawa Armstrong terlibat dalam penyalahgunaan dadah? Takkanlah ia berlaku secara sekelip mata sahaja?

Sekarang merupakan satu zaman gelap buat Armstrong dan Tyson. Mereka mungkin harus menggunakan tempoh ini untuk bermuhasabah dan mencatur strategi baru dalam hidup mereka.

Kehidupan kita tidak sentiasa indah. Adakalanya baik dan adakalanya buruk. Tetapi itulah cabaran hidup yang sebenar.

Pokoknya, berwaspada sebelum mempercayai seseorang!

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved