Sabtu, 10 November 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Veteran Umno digesa bersedia bantu parti menangi PRU 13

Posted: 10 Nov 2012 01:49 AM PST

KUALA TERENGGANU, 10 Nov — Anggota Veteran Umno Malaysia harus sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.  Pemangku Pengerusi Veteran Umno Malaysia Datuk Mohd Zahid Sirat berkata ini kerana pilihan raya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga hala tuju bangsa Melayu.

"Pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan di negara ini.  "Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia ke-5, di sini hari ini.

Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan Barisan Nasional.

"Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara," katanya.

Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan.

"Melayu dan bumiputera mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam," katanya.  Beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan pelbagai gejala negatif termasuk tindakan cuba menodai kesucian agama Islam oleh pihak tertentu.

Sebanyak 545 anggota Veteran Umno dari seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini. — Bernama

Noh persoal tindakan kerajaan Selangor ambil tanah milik Yayasan Selangor

Posted: 10 Nov 2012 01:46 AM PST

KUALA LANGAT, 10 Nov — Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan tindakan dan tujuan kerajaan Selangor mengambil tanah milik Yayasan Selangor seluas 7.32 hektar di Klang.  "Saya tidak faham mengapa kerajaan negeri rampas tanah itu daripada Yayasan Selangor...kita terima ia gagal dibangunkan seperti perjanjian yang dibuat namun tanah berkenaan tidak sepatutnya diambil.

Beliau berkata alasan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri itu ekoran kegagalan sebuah syarikat membangunkannya, adalah tidak wajar kerana ia sepatutnya diberikan kepada Yayasan Selangor.

"Abdul Khalid selaku pengerusi yayasan itu sepatutnya lebih peka dan faham bahawa tanah berkenaan tetap milik Yayasan Selangor dan tidak sepatutnya dirampas oleh sesiapa termasuk kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) Negeri Selangor 2012 di Dataran Banting di sini hari ini.  Noh mendakwa Yayasan Selangor masih menjadi pemilik asal seperti yang tercatat dalam geran tanah berkenaan malah yayasan itu juga yang membuat bayaran premium tanah sebelum ini.

Semalam, Abdul Khalid dalam satu sidang media, memperjelaskan bahawa  tanah tersebut bukan lagi di bawah kuasa Yayasan Selangor kerana ia telah diserahkan kepada sebuah syarikat persendirian pada 2002 oleh kerajaan negeri BN.  Beliau menafikan dakwaan kononnya tanah tersebut akan dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina.

Beliau berkata buat masa ini lot tanah itu masih kosong dan pihaknya belum terfikir untuk melaksanakan sebarang projek pembangunan di situ. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved