Khamis, 15 November 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Isu pembantu rumah warga asing jadi tumpuan muslimat PAS

Posted: 15 Nov 2012 01:29 AM PST

KOTA BAHARU, 15 Nov — Isu pembantu rumah warga asing menjadi tumpuan pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-52 di sini, hari ini apabila usul itu dibahaskan pada muktamar kali ini.

Usul mengenai perkara itu dibawa perwakilan Indera Mahkota, Zuriati Muhammad yang mencadangkan langkah wajar diambil bagi mengurangkan pergantungan pembantu rumah warga asing.

"Rekod menunjukkan kira-kira 200,000 pembantu rumah warga asing di negara kita yang sebahagiannya warga Indonesia.

"Mengapa perlu menggaji orang luar. Pekerjaan ini jangan dianggap kelas terendah dan sudah sampai masanya kita mengambil pekerja tempatan," katanya ketika membawa usul sosial mengenai pembantu rumah itu.

Beliau mencadangkan agar kerajaan menjadikan kerjaya pembantu rumah sebagai pekerjaan menarik dengan menawarkan gaji berpatutan termasuk diberikan caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Sementara itu, perwakilan Bahagian Batu, Salbiah Abdul Wahab ketika membahaskan isu itu mencadangkan kerajaan mewujudkan institusi melahirkan tenaga kerja dalam bidang itu.

"Saya juga mencadangkan agar ada juga kolej-kolej yang turut menawarkan kursus pembantu rumah ini," katanya. — Bernama

Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman diumum tokoh Maal Hijrah

Posted: 15 Nov 2012 01:25 AM PST

PUTRAJAYA, 15 Nov — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman hari ini diumum penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada sambutan yang berlangsung di sini.  Hadiah wang tunai RM100,000; pingat; plak dan sijil penghargaan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada balu Allahyarham, Puan Seri Jamilah Mohd Said.  

Dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Sik, Kedah, Allahyarham terpilih menerima biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang perundangan Islam.

Pada 1977, Allahyarham dilantik Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama.

Selain itu, Allahyarham juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan dari 1981 sehingga 1984 selain mengetuai Pusat Islam di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam.

Allahyarham semasa hayatnya turut aktif dalam bidang politik dan pernah memenangi pilihan raya umum pada 1990 serta menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno.

Allahyarham dilantik menjadi penasihat kepada Perdana Menteri pada 2001 hingga 2009 dan penasihat Hal Ehwal Islam di Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd, sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 23 Dis 2011 akibat serangan agin ahmar, ketika berusia 72 tahun.

Sementara itu balu Allahyarham Jamilah meluahkan rasa terharu dan berterima kasih atas penghargaan yang diberikan.

"Saya berharap apa yang ditinggalkan oleh suami akan diteruskan oleh generasi kini dan sekiranya Allahyarham masih ada sudah tentu penghargaan itu amat bermakna sekali," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved