Jumaat, 2 November 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


NGO Islam Pahang bantah kenyataan presiden MCA

Posted: 02 Nov 2012 03:04 AM PDT

KUANTAN, 2 Nov — Kira-kira 150 individu dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Pahang berkumpul di Bangunan MCA Kuantan untuk menyerahkan memorandum bagi membantah kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini yang dianggap menghina hukum hudud.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata beberapa wakil pertubuhan terbabit telah memaklumkan kepada pihak polis sebelum itu untuk berkumpul menyerahkan memorandum berkenaan.

"Kami benarkan asalkan tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata perhimpunan itu bersurai sebaik wakil mereka menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil MCA pada pukul 2.15 petang.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Pahang, Mahadi Deraman, memaklumkan tindakan itu dibuat bagi membantah kenyataan Presiden MCA itu baru-baru ini yang mendakwa 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.

Justeru, mereka mendesak Dr Chua (foto fail) supaya menarik balik kenyataan itu dengan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam, katanya dalam kenyataan di sini. — Bernama

Kes BAFIA terhadap Rafizi harus kekal, kata peguam NFCorp

Posted: 02 Nov 2012 02:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Peguam Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) hari ini berkata, kes mahkamah melibatkan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli kerana tuduhan melanggar akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) haruslah dikekalkan, dan tidak diletakkan di bawah "akta pemberi maklumat".

Pada 1 Ogos, Rafizi telah dituduh kerana melanggar BAFIA kerana mendedahkan data bank NFCorp, di mana akta tersebut melindungi data bank pemilik akaun yang turut menyebabkan percanggahan dengan akta pelindung maklumat yang baru diluluskan.

NFCorp menjalankan Pusat Fidlot Nasional (NFC), iaitu projek penternakan lembu yang bernilai RM250 juta yang menjadi skandal kewangan terbesar dalam negara.

"Jika BAFIA boleh dilanggar atas alasan pemberi maklumat, seluruh struktur sistem bank akan jatuh," kata Shafee & Co, firma undang-undang yang mewakili NFCorp, dalam kenyataannya.

Dalam menerangkan kenapa tuduhan BAFIA ke atas Rafizi (foto fail) "patut dikekalkan", dengan firma undang-undang itu melakukan "kesalahan" melibatkan pendedahan dokumen.

"Rafizi mendedahkan dokumen bank tanpa kebenaran pemilik akaun, bank dan Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya lagi.

"Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia seharusnya tidak terikut dengan retorik politik tetapi terus menyiasat Rafizi kerana melanggar BAFIA .

"Sistem kewangan dan bank Malaysia dihormati dan ia tidak harus mengikut drama dan sensasi politik."

Ia juga menambah, beberapa pemimpin dalam sektor perbankan, termasuk pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia menegaskan kerahsiaan perlu dikekalkan walau bagaimana sekalipun.

Shafee & Co turut berkata Akta Pelindungan Pemberi Maklumat 2010, pemberi maklumat tulen mestilah melaporkan kepada pihak berkuasa untuk membenarkan mereka mengambil tindakan.

"Bagaimanapun, jika pemberi maklumat dibenarkan menyebarkan maklumat di bawah undang-undang BAFIA tanpa saluran yang betul, ia akan menyebabkan kekacauan dalam sistem kewangan kita," katanya lagi.

Pada 19 November, Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar permohonan Rafizi untuk membatalkan tuduhan BAFIA terhadapnya.

Rafizi telah dituduh dibawah seksyen 97(1) di dalam BAFIA, kerana membongkarkan empat akaun yang melibatkan NFCorp, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience and Industries Sdn Bhd, dan pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dua individu yang dikenali sebagai Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.

Di bawah Seksyen 103(1)(a) dalam akta yang sama, beliau akan didenda maksimum RM3 juta atau dipenjara selama tiga tahun jika didapati bersalah, akan dapat menjejaskan peluang Rafizi untuk menjadi calon dalam pilihan raya yang akan datang.

Bekas kerani Public Bank Johari Mohamad juga didakwa bersama Rafizi pada 1 Ogos yang lalu, kerana mendedahkan akaun yang melibatkan empat pemilik akaun, di bawah Seksyen 112(1)(a) BAFIA, dibaca bersama Seksyen 91(1) akta yang sama kerana mendedahkan maklumat rahsia bank.

Beliau akan menerima hukuman yang sama dengan Rafizi jika didapati bersalah.

Kedua Rafizi dan Johari mengaku tidak bersalah apabila dibacakan dakwaan di mahkamah sesyen Shah Alam pada 1 Ogos, dengan keduanya diikatjamin sebanyak RM15,000 seorang.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved