Rabu, 21 November 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Umno juga ‘rakyat’, tak salah untuk memiliki tanah awam, kata ADUN Kuang

Posted: 21 Nov 2012 02:44 AM PST

SHAH ALAM, 21 Nov — Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Selangor dari Kuang hari ini menafikan bahawa Umno menyalahgunakan kuasa mendapatkan tanah kerajaan negeri untuk orang awam, sebagai parti yang mewakili rakyat.

Kesemua 24 plot tanah di Selangor — yang dikatakan milik parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu semasa mereka memerintah — adalah untuk kegunaan awam seperti dewan serbaguna dan tadika, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus.

"Umno juga adalah rakyat, Umno mewakili 400,000 rakyat di Selangor. (Plot tanah) ini bukan untuk individu, ini untuk satu pertubuhan yang ramai.

"Tak boleh Umno gunakan tanah terbabit untuk kepentingan rakyat?" katanya, sebagai membalas kenyataan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam sidang dewan undangan negeri Selangor semalam yang menuduh BN terlibat dalam menyeleweng plot tanah ketika berkuasa.

Tuduhan itu melibatkan 24 plot tanah awam di tujuh dari sembilan daerah negeri terkaya itu, dimana dimiliki oleh cawangan dan bahagian Umno, MCA, MIC dan Gerakan sekitar tahun 2000 hingga 2008.

Plot tanah berkeluasan sehingga tujuh ekar setiap satu dan jumlah keseluruhan adalah 33.5 ekar, kebanyakannya di kawasan komersil.

Daripada 24 plot, 15 dimiliki bahagian atau cawangan Umno, dengan enam dimiliki oleh Umno bahagian Sungai Besar, yang diketuai oleh bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo.

MCA mempunyai lima plot, MIC tiga dan Gerakan satu.

Datuk Seri Samy Velly, bersama dengan S Subramaniam dan Allahyarham Tan Sri SOK Ubaidullah, salah seorang pengasas MIC, dinamakan sebagai pemegang amanah bagi tanah berkeluasan 2,832 meter persegi di Kuala Selangor.

Plot tanah terbesar ialah tanah berkeluasan tujuh ekar di Klang, yang dimiliki oleh Umno bahagian Kota Raja, dan 6.5 ekar tanah di Batu 14, Puchong, yang dimiliki Umno bahagian Puchong.

Adun Sekinchan Ng Suee Lim mencabar parti komponen BN untuk memulangkan kembali tanah tersebut kepada rakyat jika mereka benar-benar mahu menjaga kebajikan rakyat.

"Mereka perlu buktikan bahawa mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat, bukan kata-kata kosong, kata berjuang untuk rakyat, tapi merampas tanah mereka," katanya lagi semalam.

Peguam tidak perlu hadir ke Pulapol, kata polis kepada inkuiri Bersih

Posted: 21 Nov 2012 02:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Peguam tidak perlu hadir ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, tempat di mana peserta perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ditahan kerana tidak ada dakwaan yang dilakukan, kata saksi inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai keganasan yang berlaku pada perhimpunan 28 April lalu.

DSP Rajakopal Arumugam memberitahu inkuiri, polis membawa mereka yang ditahan dalam perhimpunan tersebut kerana tujuan dokumentasi.

"Mereka semua dibawa ke Dewan Pengaman dalam Pulapol, di mana dewan tersebut dapat menampung sehingga 1,000 orang pada satu-satu masa.

"Semasa mereka ditahan, mereka dibenarkan untuk bergerak di sekitar Dewan Pengaman, serta makanan dan minuman disediakan oleh polis," kata Rajakopal ketika memberi keterangan.

Rajakopal berkata, peguam tidak dibenarkan masuk ke dalam Pulapol supaya tidak mengganggu proses dokumentasi serta kehadiran mereka tidak diperlukan kerana tiada dakwaan dibuat.

"Saya rasa tak perlu benarkan peguam untuk masuk (dalam Pulapol) kerana saya belum dakwa apa-apa lagi, jadi buat apa saya nak benarkan peguam untuk masuk?" kata Rajakopal.

Rajakopal memberitahu inkuiri kesemua 512 orang yang ditahan dibebaskan pada jam lima pagi selepas proses dokumentasi selesai.

"Saya bebaskan semua wanita dan kanak-kanak dahulu, pada 12:30 tengah malam.

"Dan pada jam lima pagi, kesemua tahanan selesai dibebaskan," kata Rajakopal lagi.

Sebelum itu, inkuiri juga bertanya kepada Rajakopal kenapa tahanan perlu dibawa ke Pulapol.

"Ini adalah prosedur, dan selepas selesai, kita bebaskan mereka," kata Rajakopal.

Panel inkuiri diketuai Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu dengan ahli suruhanjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid and Detta Same, untuk menyiasat punca keganasan yang berlaku pada 28 April lalu.

Inkuiri seterusnya akan bersambung pada 5 Disember ini.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved