Jumaat, 23 November 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kerajaan Kedah, P. Pinang tiada persefahaman tentang isu air mentah — Ahmad Bashah

Posted: 23 Nov 2012 02:52 AM PST

Kerajaan Kedah, P. Pinang tiada persefahaman tentang isu air mentah — Ahmad Bashah

ALOR SETAR, 23 Nov — Penafian Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa Pulau Pinang bersetuju untuk membuat bayaran air kepada Kedah sedangkan sumber jualan air telah dimasukkan dalam Belanjawan Negeri Kedah 2013 membuktikan kerajaan pakatan pembangkang tiada persefahaman.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sewaktu pembentangan Belanjawan Negeri Kedah 2013 baru-baru ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yakin beliau boleh menjual air mentah tersebut sedangkan ia tidak mendapat persetujuan daripada kerajaan Pulau Pinang terlebih dahulu.

Katanya berdasarkan pengalaman pemerintahan Barisan Nasional(BN) sebelum ini sumber air mentah itu adalah hak bersama dan tidak perlu dikenakan sebarang bayaran.

"Azizan cakap beliau minta seorang Exco kerajaan negeri untuk berjumpa dan berbincang dengan kerajaan Pulau Pinang dan berharap Guan Eng akan bersetuju," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Futsal Gelombang Merah 2012 anjuran Pemuda Umno Kedah di Titi Gajah di sini hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan Negeri Kedah 2013, kerajaan negeri menjangkakan hasil sebanyak RM20 juta setahun daripada jualan air mentah kepada kerajaan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Lim berkata kerajaan Pulau Pinang tidak pernah bersetuju untuk melakukan bayaran bagi air mentah yang mengalir dari sungai negeri Kedah.

Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata berkata kenyataan Lim jelas menunjukkan mereka dengan pendirian enggan berbuat demikian memandangkan bekalan air mentah adalah hak bersama yang dimeterai sejak dahulu lagi.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata Azizan menghalalkan pembalakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri di Tasik Pedu, Gunung Inas dan Jeniang dengan dakwaan untuk melakukan pelbagai projek untuk rakyat.

Beliau berkata penjelasan Azizan dalan sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini tidak jelas, sebaliknya penjelasan tersebut hanya mahu menghalalkan penebangan hasil balak secara berleluasa di negeri ini.

"Kalau aktiviti ini terus berjalan ia akan menjejaskan sumber air dalam jangka masa panjang bukan sahaja di negeri ini malah turut berlaku di Pulau Pinang dan Perlis," katanya ketika mengulas kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang mahu kerajaan Kedah menghentikan pembalakan di sekitar Tasik Pedu.

Mengulas mengenai pemecatan dua anggota Umno Bahagian Semporna, Sabah dan penggantungan selama tiga tahun terhadap seorang lagi anggota kerana kesalahan sabotaj parti, Ahmad Bashah berharap anggota Umno di negeri ini menjaga kelakuan dan sikap agar tidak dikenakan tindakan yang boleh menjejaskan parti terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Beliau turut berharap anggota Umno di negeri ini tidak mensabotaj parti dancalon serta tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan imej Umno sendiri.

Pertandingan Fiesta Futsal Gelombang Merah 2012 tersebut disertai oleh 120pasukan lelaki dan 30 pasukan wanita bermula hari ini sehingga esok.

Johan kategori lelaki akan membawa pulang wang tunai RM3,000, RM2,000 untuk tempat kedua, RM1,000 (ketiga) dan RM500 (keempat). Johan kategori wanita akan membawa pulang RM2,000, RM1,000 (kedua) dan RM500 (ketiga). — Bernama

Umno Kelantan dedah penyelewengan Pas pada perhimpunan agung Umno

Posted: 23 Nov 2012 02:50 AM PST

BACHOK, 23 Nov — Umno Kelantan akan mendedahkan penyelewengan akidah PAS serta kegagalan parti pembangkang itu membawa pembangunan di Kelantan pada Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 26 November hingga 1 Disember depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin (gambar) berkata Kelantan tidak seharusnya terpinggir dalam arus pembangunan perdana dan ia ketinggalan jauh berbanding negeri-negeri lain akibat kegagalan PAS menjana ekonomi.

Isu kemudahan asas terutama lebuh raya, stadium, peluang pekerjaan, pelaburan dan bekalan air bersih juga akan didedahkan oleh perwakilan dari Kelantan pada perhimpunan itu, katanya kepada pemberita selepas menyambut peserta Konvoi Jelajah Janji Ditepati di Kampung Beris Lalang di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kemenangan Barisan Nasional di Kelantan pada pilihan raya ke-13 akan datang amat penting bagi kelangsungan orang Melayu dan agama Islam.

Pada majlis itu, lebih 100 kenderaan termasuk bas dan motosikal berkuasa tinggi menyertai jelajah itu yang membawa slogan "Gelombang Merah" yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved