Sabtu, 24 November 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bilangan anggota polis Sarawak pada tahap optimum, kata pesuruhjaya polis

Posted: 24 Nov 2012 02:22 AM PST

KUCHING, 24 Nov — Bilangan polis di Sarawak adalah pada tahap optimum dengan nisbah anggota polis berbanding penduduk sekitar 1:240, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryll Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata jumlah itu diperaku polis antarabangsa (Interpol) dengan mengambil kira jumlah anggota yang bertugas dengan kontinjen Sarawak, Pasukan Gerakan Marin dan Pasukan Gerakan Am di negeri ini.

"Polis Sarawak juga telah menambah seramai 900 anggota polis sukarela bagi membantu mengekang kegiatan jenayah di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas program Pencegahan Jenayah Kenali Jiran Kita di Dewan Perpaduan Batu Kawa dekat sini hari ini.

Acryll Sani berkata cabaran utama yang perlu dihadapi anggota polis ialah mereka perlu bertugas di negeri paling besar di Malaysia.

"Faktor geografi memang menjadi cabaran utama namun Polis Sarawak tetap berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik demi masyarakat," katanya. — Bernama

Pindaan undang-undang peruntuk penjara mandatori bagi perogol gadis bawah umur

Posted: 24 Nov 2012 02:14 AM PST

PADANG RENGAS, 24 Nov — Individu yang disabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori selepas Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipinda tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar).

Beliau berkata pindaan itu dicadangkan supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara mandatori tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.

Katanya pindaan seksyen berkenaan akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

"Saya telah minta kepada Peguam Negara dan dengan persetujuan beliau dan nasihatnya kita nak pinda Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya tidak diberikan budi bicara kepada hakim untuk memberikan hukuman yang ringan kepada pesalah melainkan mesti mengenakan hukuman yang ada iaitu penjara tidak lebih 30 tahun bagi kes hubungan jenis dengan wanita di bawah umur 16 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program "Kepimpinan Berkesan" anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Padang Rengas di sini, hari ini.

Pindaan itu dicadangkan supaya hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Mohamed Nazri berkata pindaan itu perlu bagi melindungi gadis bawah umur daripada terdedah kepada jenayah rogol. Beliau berkata sebanyak 6,000 kes hubungan jenis melibatkan wanita di bawah umur direkodkan dalam tempoh lima tahun sejak tahun 2007.

Katanya beliau juga menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Seri Zakaria Sam baru-baru ini yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setengah terhadap seorang juruteknik yang sebelum ini dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan merogol gadis bawah umur.

Zakaria menetapkan hukuman itu selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan ikat jamin RM25,000 pada Ogos lepas. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved