Jumaat, 30 November 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kemaluan disimbah asid disyaki perkosa gadis bawah umur

Posted: 30 Nov 2012 03:10 AM PST

GEORGETOWN, 30 Nov — Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.

"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang  memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.— Bernama

Lynas kata ia telah mulakan pengeluaran di Kuantan

Posted: 30 Nov 2012 02:59 AM PST

MELBOURNE, 30 Nov — Pelombong bumi nadir Australia, Lynas Corporation, akhirnya telah memulakan pengeluaran di kilang pemprosesan Malaysianya selepas menang perbicaraan mahkamah baru-baru ini.

Dalam satu kenyataannya hari ini, syarikat itu berkata suapan pertama konsentrat bumi nadir telah disuap ke dalam relau Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kuantan, Pahang.

Langkah itu adalah berikutan timbulnya kontroversi dan kelewatan disebabkan bangkangan kuat mengenai kemungkinan ancaman kepada kesihatan disebabkan pencemaran.

Satu Mahkamah Malaysia baru-baru ini menolak permohonan Kumpulan Selamatkan Hentikan Lynas bagi menyekat lesen mengendali Lynas tetapi cabaran perundangan itu masih diteruskan.

Lombong bumi nadir di Mt Weld di Australia Barat mengandungi elemen logam yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti televisyen digital, pemain MP3 dan lampu kalimantang.

"Ini merupakan satu mercu tanda bagi Lynas."

"Operasi LAMP kini adalah satu realiti dan LAMP akan menyediakan data sebenar yang akan menjamin rakyat bahawa LAMP secara keseluruhannya adalah selamat bagi komuniti tempatan dan alam sekitar," kata Pengerusi Lynas Nicholas Curtis dalam satu kenyataan.

Ia akan memakan masa kira-kira dua bulan sebelum jualan pertama produk siap dilakukan dan menjana tunai. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved