Isnin, 5 November 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Rafizi desak Nazri bercuti, SPRM memulakan siasatan

Posted: 05 Nov 2012 02:33 AM PST

PUTRAJAYA, 5 Nov — Datuk Seri Nazri Aziz didesak mengambil cuti sebagai menteri Kabinet hari ini apabila pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas tuduhan menteri tersebut dikatakan mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan "dana politik" RM40 juta ke atas Umno Sabah.

Menteri de facto undang-undang minggu lalu mengakui beliau mengenali peniaga balak Michael Chia secara peribadi, tetapi menafikan mempunyai kepentingan ke atas dakwaan beliau membersihkan perasuah.

Menteri itu menerangkan bahawa beliau perlu menjawab soalan terhadap Chia, dan tuduhan terkini terhadap kes rasuah Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana tugasnya selalu menteri de facto undang-undang.

Tetapi Rafizi menyatakan kedudukan Nazri selaku menteri de facto undang-undang tersebut itu berselisih kepentingan dengan siasatan SPRM.

Rafizi memberitahu wartawan sebelum membuat laporan ke SPRM ke atas Nazri yang dituduh mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan "dana politik" RM40 juta diterima oleh Umno Sabah, dan melibatkan Nazri dengan Chia melalui anaknya Nedim.

"Tidak seperti Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) sebelum ini, Datuk Nazri bertanggungjawab terhadap SPRM itu sendiri," kata pengarah strategi PKR itu.

Dalam sidang media berasingan minggu lalu, Rafizi telah menerangkan hubung kait antara keluarga Nazri dan Chia dengan gambar-gambar yang menunjukkan anak menteri tersebut, Nedim telah menggunakan Hummer yang bernilai lebih kuramg RM500,000 dengan nombor plat WNX 9776.

Chia baru-baru ini dibersihkan dari tuduhan rasuah — kes dengan Musa selepas SPRM dan pihak berkuasa anti rasuah Hong Kong melaporkan bahawa wang bernilai RM40 juta yang cuba diseludup di Malaysia adalah "dana politik" untuk Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa.

Menurut laporan, Chia telah ditahan di Hong Kong pada 2008 dalam percubaan untuk menyeludup wang balik ke Malaysia.

Pada ketika itu beliau memberitahu wang tersebut untuk Musa, menyebabkan siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut dijalankan.

Rafizi berkata bahawa Nazri, yang menggelarkan dirinya selalu "menteri undang-undang No.1" mungkin didapati bersalah atas kesalahan rasuah kerana beliau memberitahu Parlimen baru-baru ini bahawa Musa telah bersih dari rasuah.

Dengan mengumumkan Musa bebas dari tuduhan terseut, Rafizi menerangkan, Nazri turut membersihkan tuduhan terhadap Chia, walaupun gagal menunjukkan kertas siasatan ke atas kedua-dua individu tersebut, sama ada dari SPRM atau Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC).

MENYUSUL LAGI

DPMM anjur rundingan meja bulat bincang resolusi Kongres Ekonomi Melayu

Posted: 05 Nov 2012 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Yayasan Kajian dan Pembangunan (YKPD) Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mempelawa dewan perniagaan dari semua bangsa dan persatuan perniagaan-perniagaan peringkat nasional untuk menyertai rundingan meja bulat 1 Malaysia bagi membincangkan serta mendapatkan maklum balas daripada rumusan resolusi Kongres Ekonomi Melayu 2012 yang diadakan baru-baru ini.

Presiden DPMM, Datuk Syed Ali Alattas, berkata rundingan meja bulat itu adalah satu pertemuan penting bagi membincangkan pelbagai isu dibangkitkan pada kongres berkenaan terutama dalam memastikan hala tuju perjuangan usahawan Melayu agar ia terus dipelihara.

"Rundingan meja bulat 1 Malaysia yang akan diadakan pada Februari tahun depan dijangka disertai oleh 88 perwakilan dari pelbagai dewan perniagaan dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia," katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata pertemuan ini juga bagi memberi penjelasan kepada salah faham banyak pihak yang menyifatkan DPMM "masih pandang ke belakang" menerusi rumusan resolusi baru-baru ini.

"Kami bersama dewan perniagaan yang lain akan mengkaji rumusan berkenaan dengan harapan dapat mencari langkah penyelesaian terbaik," kataya.

Syed Ali berkata antara fokus lain yang akan turut diberikan tumpuan ialah mengenai hilangnya peranan dan hala tuju agensi kerajaan yang dikatakan sudah tidak relevan lagi dalam membantu membangunkan masyarakat usahawan.

Beliau turut mengharapkan kerajaan memberikan arahan yang jelas kepada agensinya dalam memastikan Dasar Ekonomi Baru dijalankan dengan lebih berkesan.

Sementara itu, beliau berkata, DPMM juga akan mengadakan Kongres Ekonomi Melayu di peringkat negeri yang dibuat mengikut zon bermula Januari tahun depan, susulan kejayaan Kongres Ekonomi Melayu 2012.

Katanya, ia termasuklah penganjuran pameran bergerak dan penerangan bagi memberi kesedaran kepada usahawan Melayu berhubung perjuangan kongres dan kempen untuk mengajak rakyat melabur dalam Tabung Usahawan dan Pelaburan Bumiputera Bhd.— Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved