Ahad, 25 November 2012

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Gerakan Sabah optimistik penduduk Cina akan pilih BN

Posted: 25 Nov 2012 08:24 AM PST

KOTA KINABALU, 25 Nov — Pengerusi Gerakan Sabah Datuk Gordon Leong yakin bahawa masyarakat Cina di negeri itu akan membuat keputusan bijak dan berpandangan jauh apabila membuat pilihan pada pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata masyarakat itu akan mengundi dengan kebijaksanaan dan bukan mengikut emosi atau mudah terpengaruh dengan janji kosong pembangkang.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di sini hari ini ketika diminta mengulas gesaan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa masyarakat Cina yang suka dengan kepimpinannya harus memberi sokongan padu kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) jika mereka mahu beliau membawa lebih banyak kejayaan kepada negara melalui program transformasi negara.

Perdana berkata demikian dalam temuramah khas menjelang Perhimpunan Agung Umno ke-66 bermula Selasa ketika diminta mengulas kenyataan oleh pemerhati politik bahawa beberapa pihak dalam masyarakat Cina meminati kepimpinan Najib tetapi bukan partinya dan BN serta sokongan mereka berpecah.

Leong berkata kerajan BN mempunyai pencapaian baik dengan membawa lebih banyak pembangunan kepada negara. — Bernama

Mustafa yakin sokongan anak Kelantan diterjemahkan dalam bentuk undi untuk BN

Posted: 25 Nov 2012 08:19 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin anak Kelantan yang berada di luar negeri itu akan menunjukkan sokongan kepada Umno dengan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata walaupun pelbagai tohmahan dan dakwaan dilemparkan pembangkang, aura Umno masih utuh dalam kalangan anak Kelantan. "Menerusi strategi mengumpulkan anak-anak jati Kelantan di perantauan dalam program tertentu, kita dapati sokongan mereka yang berada di Lembah Klang begitu kuat," katanya kepada pemberita selepas majlis Memasak Bubur Asyura di Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.

Kira-kira 2,000 anak Kelantan menyertai majlis anjuran Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau yakin pengundi "atas pagar" yang mahukan keamanan, silaturahim dan perpaduan, bijak membuat penilaian dan menolak tuduhan tidak berasas.

"Kita harap pengundi 'atas pagar' ini menggunakan akal untuk menilai mana yang baik dan tidak. Sudah tentu mereka akan menolak kumpulan ekstremis yang mahu menghancurkan Umno dengan menuduh kita murtad dan tolak Islam kerana tuduhan itu sememangnya tidak berasas," katanya.

Beliau berkata selain perlu bersatu padu, semua anggota Umno harus akur dengan calon-calon yang bertanding atas tiket BN dan memberi sokongan kepada mereka pada pilihan raya umum. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved