The Malaysian Insider :: Breaking Views |
Coe formally elected BOA chairman Posted: 07 Nov 2012 07:51 AM PST Sebastian Coe, chairman of the organising committee for the London Olympics speaks at the Conservative Party conference in Birmingham, central England October 10, 2012. — Reuters pic The double Olympic 1,500 metres champion, who stood unopposed after British hockey chief Richard Leman stepped aside last month, will serve a four-year term. "Following the tremendous impact of the London 2012 Games, the BOA has an important role to play in ensuring the growth of the Olympic movement throughout the UK and the continued success and support of Team GB at future Olympic Games," Coe said in a statement. "I am committed to making sure the benefits of hosting the Olympic and Paralympic Games are maximised and this role gives me an excellent platform to continue to serve and promote British Olympic sport both in the UK and globally." — Reuters |
Insentif untuk pelajar ambil aliran sains disambut baik Posted: 07 Nov 2012 07:47 AM PST KUALA LUMPUR, 7 Nov — Pelbagai pihak menyambut baik cadangan pemberian insentif kepada pelajar yang mengambil aliran sains seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata antara insentif itu ialah penimbangan pemberian cukai kepada ibu bapa dan biasiswa serta dermasiswa kepada pelajar.
Menyambut baik langkah itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Datuk Dr Ali Hasan, berkata kerajaan bagaimanapun memerlukan perancangan yang teliti untuk mencapai sasarannya. "Pendekatan melalui kokurikulum perlu diberikan penekanan supaya ia menjadi lebih menarik dan mengubah persepsi pelajar bahawa sains ialah mata pelajaran yang susah dan membosankan. "Bukan itu sahaja, cara mengajar sains juga perlu diubah dari pembelajaran secara teori kepada amali bagi memberikan pelajar merasai sendiri pengalaman mengendalikan bahan sains secara lapangan," katanya. Selain itu menurut Ali, berkata bukan sahaja pelajar, malah guru juga perlu diberikan insentif istimewa seperti diberi peluang lawatan sambil belajar atau menjalani latihan di jabatan berkaitan sains bagi menimba pengalaman. "Pengalaman yang mereka dapat ketika mengikuti latihan di jabatan tersebut akan memberikan lebih pengetahuan berguna kepada mereka untuk berhadapan dengan para pelajar, memandangkan mereka memainkan peranan penting dalam sesi pembelanjaran pelajar," katanya. Di samping itu, beliau berkata para guru juga perlu dihargai dengan menawarkan mereka dengan gaji yang lebih lumayan lebih-lebih lagi kepada guru mata pelajaran sains. Dengan nada yang sama, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata usaha mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar mengenai aliran sains perlu dipertingkatkan. Ini adalah kerana kesedaran pelajar untuk mengikuti aliran sains masih rendah, katanya. "Di samping menggalakkan mereka dengan pemberian insentif seperti buku percuma dan biasiswa, makmal sains yang lengkap dengan kelengkapan canggih juga penting supaya dapat memberi semangat kepada mereka untuk belajar," katanya. Hashim berkata beliau mendapati buku mata pelajaran sains kebanyakannya dijual dengan harga yang tinggi dan ini sama sekali membebankan ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah. "Dengan pemberian buku sains secara percuma, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan mereka," tambahnya. Walau bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim mencadangkan agar insentif lebih lumayan diberikan kepada pelajar daripada insentif pengecualian cukai kepada ibu bapa mereka. Katanya ini kerana tidak semua ibu bapa perlu membayar cukai, jadi insentif tersebut tidak memberi manfaat kepada mereka secara menyeluruh. "Selain itu, insentif menghantar pelajar yang cemerlang dalam bidang sains ke universiti luar negara adalah lebih bermakna dan memberi semangat kepada mereka untuk menyelami bidang sains dengan mendalam. "Dengan insentif yang lumayan sebegini, mereka akan lebih berusaha kerana tidak ramai ibu bapa di negara ini yang mampu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara ekoran yuran pengajian yang tinggi," katanya. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: ALL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan