Sabtu, 1 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Khairy: Anak muda sudah kembali kepada Umno

Posted: 01 Dec 2012 01:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno sudah memenangi sokongan anak muda dan golongan ini kembali menyokong parti, kata ketua pergerakan pemuda, Khairy Jamaluddin (gambar) dalam ucapan penggulungannya hari ini.

Dalam ucapannya, beliau berkata program transformasi dari pimpinan presiden menunjukkan kerajaan adalah "mesra orang muda".

"Perdana menteri kita mesra orang muda. Ini dibuktikan dengan Bajet 2013 yang memang mesra anak muda, seperti pemberian BR1M, skim bantuan perumahan dan banyak lagi, kita tidak pernah ada bajet yang begitu mesra untuk orang muda," kata Khairy.

Tambah ahli parlimen Rambau itu lagi, pemuda Umno hari ini menggerakkan tenaga intelektual untuk membantu kerajaan.

"Kita sudah ada Kelab Penyokong Barisan Nasional yang ditubuhkan di IPTA dan IPTS kerana kita tidak mahu Umno hanya banyak kuantiti, tetapi kualiti juga," kata Khairy.

MENYUSUL LAGI

Kesaksamaan jantina hasil usaha Umno-BN, kata Shahrizat

Posted: 01 Dec 2012 01:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan penghargaan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan status wanita di Malaysia dan berterima kasih di atas usaha mereka wanita hari ini tidak perlu "membakar bra" atau menjadi aktivis bagi mencapai kesaksamaan jantina.

"Terima kasih kepada lelaki di Malaysia, terutamanya lelaki Umno kerana selalu menyokong wanita," kata Ketua Wanita Umno tersebut semasa ucapan penggulunggan di Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.

"Ia adalah kerana pencapaian kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) kita... maafkan kata saya... kami tidak perlu menjadi aktivis, kami tidak perlu bakar 'bra' kami untuk capai kesaksamaan jantina," katanya dihadapan lebih 2,000 delegasi yang berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Bekas menteri hal ehwal wanita tersebut juga memuji pemimpin Malaysia terdahulu dan perdana menteri kerana mengiktiraf peranan wanita dalam pentadbirannya terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana polisi yang mementingkan wanita.

Beliau (gambar) turut menegaskan atas usaha mereka, seramai 31.7 wanita hari ini terlibat dalam "membuat keputusan" di perkhidmatan awam.

"Hari ini, sejak Najib menjadi PM, enam wanita pelbagai agama telah memegang jawatan ketua setiausaha kementerian

"Dibawah Najib, berlaku banyak transformasi kepada wanita luar bandar.... Sekarang, lebih 30 peratus jawatan pembuat keputusan dalam syarikat berkaitan kerajaan mestilah wanita," tegas Shahrizat lagi.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved