Rabu, 12 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PKR desak Zainuddin Maidin mohon maaf kerana fitnah Habibie, Anwar

Posted: 12 Dec 2012 02:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini mendesak bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin kerana memfitnah bekas presiden Indonesia, Prof B J Habibie dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah rencana di akhbar Utusan Malaysia pada 10 Disember yang bertajuk 'Persamaan B J Habibie dengan Anwar Ibrahim'.

Ahli parlimen Gombak itu berkata, rencana Zainuddin adalah amat memalukan, lantaran beliau menggambarkan prasangka keji kepimpinan Umno terhadap negara Indonesia.

"Hubungan diplomatik Malaysia — Indonesia yang melangkaui sempadan geografi. Persaudaraan antara dua negara berteraskan ikatan saudara serumpun yang akrab dari sudut budaya dan juga agama.

"Kenyataan Zainuddin yang dangkal dan bersifat fitnah keji terhadap B J Habibie, mantan presiden Republik Indonesia dan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dalam rencana yang ditulis beliau tidak langsung menjana pemikiran rakyat secara intelek tetapi sentiasa menjadi alat untuk menghambur fitnah dan cerca.

"Adalah tidak salah untuk kita menyatakan bahawa Zainudin Maidin ini sedang menghidap Sklerosis Intelek yang kronik sebagaimana sebahagian besar pimpinan Umno yang lainnya," kata Azmin dalam sebuah kenyataan hari ini.

Menurut Azmin, PKR mengecam keras kenyataan Zainuddin yang akan mempersulit hubungan dua hala Kuala Lumpur-Jakarta.

"Habibie adalah seorang reformis dan intelektual bangsa yang berjaya mengubah hala tuju pentadbiran negara ke arah sebuah sistem yang demokratik dengan memerdekakan rakyat dari belenggu pemikiran dan hegemoni yang sempit.

"Sebagai seorang negarawan, beliau juga seorang yang peduli rakyat dan memiliki semangat setiakawan yang luhur dimana saya sendiri menyaksikan secara dekat betapa Habibie dan isterinya, Ibu Ainun begitu prihatin semasa Datuk Seri Anwar semasa menjalani rawatan di Munich, Jerman pada tahun 2004, dan menjelaskan betapa akrab hubungan keluarga kedua-dua tokoh yang turut memperkukuh hubungan dua hala Malaysia - Indonesia," katanya.

Dalam rencana yang ditulis Zainuddin itu, beliau mengkritik Habibie sebagai 'gunting dalam lipatan' terhadap Presiden Indonesia Suharto, walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk kemudiannya menjadi wakil Presiden.

"Demikian juga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahahtir Mohamad ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah "dipungut" daripada Abim," kata Zainuddin dalam rencananya.

Zainuddin juga mempersoal tindakan Anwar menjemput Habibie, yang disifatkan beliau sebagai 'pengkhianat bangsa Indonesia' untuk berucap di Universiti Industri Selangor (Unisel).

"Dia tidak mempedulikan perasaan rakyat Indonesia kerana mungkin mereka telah sekata hendak menunjukkan kebesaran dan keagungan masa silam mereka untuk melindungi dosa besar mereka dan mungkin masing-masing berangan-angan bahawa zaman besar itu akan datang semula.

"Saya tidak tahu bagaimana terseksanya para hadirin di Unisel mendengar ucapan manusia yang egonya amat tinggi, apatahlah lagi mendapat peluang berucap kepada orang yang dianggap bodoh sesudah sekian lama tidak mendapat kesempatan berucap kepada rakyat Indonesia yang tidak lagi mahu mendengarnya dan tidak lagi menghormatinya. Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada "The Dog Of Imperialism"," tulis bekas menteri penerangan itu.

Pasukan bola sepak negara akan dirombak menentang Singapura

Posted: 12 Dec 2012 02:06 AM PST

VIENTIANE, 12 Dis — Posisi skuad bola sepak universiti negara akan dirombak bagi menghadapi perlawanan kedua menentang Singapura esok, kata jurulatih pasukan Azman Eusoff di sini hari ini.

Azman berkata pasukannya tiada pilihan lain dan perlu menang besar menentang skuad Singapura bagi melayakkan diri ke pusingan separuh akhir temasya Sukan Universiti Asean (AUG) yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Nasional, Vientiane, Laos, esok.

Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan semalam, skuad negara mempamerkan aksi hambar apabila tumpas 0-3 kepada pasukan tuan rumah, Laos.

"Kita perlu layak ke separuh akhir, bahagian tengah dan hadapan akan ada perubahan untuk menentang Singapura.

"Saya mengharapkan pemain yang ada mampu memberi kemenangan di atas padang esok," katanya kepada pemberita  di sini hari ini.

Azman berkata beliau juga mahu pasukan memberi sokongan dan komunikasi yang baik kepada pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), K Reuben ketika beraksi di atas padang.

"K Reuben sebagai pemain tengah adalah posisi yang terbaik buat pasukan, saya meletakkan beliau di posisi itu disebabkan faktor fizikal dan pengalamannya tetapi beliau tidak mendapat sokongan yang baik daripada pasukan ketika beraksi semalam," katanya.

Pada Ogos 2008 di Kuala Lumpur, pasukan negara berjaya meraih pingat perak, bagaimanapun terkandas setakat peringkat kumpulan pada edisi 2010 di Chiang Mai, Thailand. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved