Khamis, 13 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Lynas bakal hilang lesen jika tidak pindah sisa

Posted: 13 Dec 2012 02:15 AM PST

Aktivis pro-Lynas. — Gambar oleh Save Lynas Save Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Pelombong Australia Lynas mungkin hilang Lesen Operasi Sementara (TOL) jika gagal memindahkan semua sisa dan bahan sampingan produk daripada penapisan nadir bumi kontroversi di Kuantan, menurut Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Jurucakap daripada perundangan memberitahu The Malaysian Insider minggu ini bahawa kegagalan mematuhi syarat tersebut yang diikat secara sah mungkin memaksa AELB menggantung lesen mereka.

Semalam, Kabinet menyokong kenyataan kementerian yang dikeluarkan awal minggu ini yang menyuruh Lynas untuk memastika semua sisa dan bahan sampingan produk dipindahkan keluar daripada negara ini.

Kenyataan dari Putrajaya itu dikeluarkan selepas pengerus eksekutif Lynas Nicholas Curtis berkata lesen operasi syarikat tersebut tidak memerlukan mereka menghantar keluar sebarang sisa di Malaysia daripada kilang di Kuantan, Pahang.

Curtis juga berkata Lynas akan meneruskan pelannya untuk membangunkan kemudahan pelupusan kekal (PDF) walaupun bahan merbahaya tersebut mendapat tentangan kuat.

Lynas kini dalam kedudukan sukar malahan Curtis juga berkata Malaysia melayan pelombong sebagai "bola sepak politik" memandangkan pilihan raya bakal diadakan tidak lama lagi.

Jurucakap tersebut juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka hanya berminat untuk mengetahui sisa tersebut dikeluarkan daripada loji di Kuantan dan tidak kisah tentang ke negara mana ia akan dieksport.

Pengkritik mendakwa sisa tersebut adalah radioaktif merbahaya dan mahukan ia ditutup.

Apabila ditanya sama ada Lynas telah memberikan AELB maklumat mengenai perancangan eksport seperti nama negara ke mana sisa itu akan dihantar, jurucakap yang enggan dinamakan tersebut menjawab "tidak".

"Belum, mereka belum sampai ke peringkat tersebut kerana mereka masih belum menghasilkan sisa... mereka belum sampai ke peringkat mengeluarkannya lagi," kata beliau menerusi panggilan telefon.

Beliau juga mengesahkan Lynas belum memulakan operasinya di Kuantan tetapi hanya menjalankan langkah percubaan.

Walaupun terdapat penentangan kerana kebimbangan pencemaran kepada alam sekitar dan kesihatan, kerajaan tetap memberikan pelombong Australia tersebut lesen operasi sementara yang dibenarkan untuk menjalankan percubaan operasi awal bulan ini.

AELB meluluskan TOL pada 1 Februari, tetapi TOL hanya dikeluarkan pada 5 September, yang bermaksud tarikh akhir bagi tempoh 10 bulan jatuh pada Julai tahun depan.

Kemarahan awam yang pernah berlaku sebelum ini ke arah loji Lynas bertukar menjadi kempen pilihan raya yang mesti diadakan pada April depan selepas mandat BN tamat.

Kumpulan anti-Lynas masih mencari jalan untuk menghentikan projek itu dan sudah membawa kes mereka ke mahkamah.

Perbicaraan seterusnya akan didengar pada 21 Disember.

LAMP disebut-sebut untuk menjadi kilang nadir bumi terbesar di dunia luar China dan bertujuan untuk memecahkan monopoli 90 peratus gergasi timur itu terhadap bahan penting untuk pembuatan produk berteknologi tinggi seperti telefon pintar.

Belia cenderung memilih parti berbilang kaum, tinjauan penyelidik

Posted: 13 Dec 2012 01:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Hasil kaji selidik oleh badan bukan kerajaan The Asia Foundation (TAF) mendapati majoriti belia di Malaysia lebih cenderung memilih parti berbilang kaum berbanding parti berteraskan kaum ataupun agama.

Dalam pembentangan laporan "The Youth Factor 2012" hari ini, panel penyelidik membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan dari 13 April hingga 9 Jun 2012 tersebut dan melibatkan seramai 2,105 belia di seluruh negara secara bersemuka.

Kajian bersama Taylor Nelson Sofres Malaysia (TNS) itu dijalankan ke atas rakyat Malaysia berumur lingkungan 17 tahun hingga 35 tahun.

Dalam laporan tersebut, sebanyak 71 peratus belia di Malaysia memilih parti politik yang mewakil kepentingan semua kaum tanpa memilih agama, manakala 11 peratus belia memilih parti berasaskan kaum dan 14 peratus lagi memilih parti agama yang mereka anuti.

"Perkara ini sesuatu yang positif, ia memperlihatkan rakyat Malaysia khususnya belia telah bergerak ke arah perpaduan negara," kata Nur Azrina Azhar,35, salah seorang penyelidik apabila ditanya oleh The Malaysian Insider.

"Saya rasa kesedaran dikalangan belia ini semakin meningkat terutamanya tentang isu demokrasi.

Kaji selidik yang diperoleh oleh The Asian Foundation ke atas belia di Malaysia terhadap kecenderungan memilih parti parti politik.

"Malahan, saya tidak tolak kempen oleh pergerakan seperti Bersih dan lain-lain badan bukan kerajaan memberikan kesedaran daripada pelbagai segi," tambah penyelidik senior program TAF itu.

Menurut Azrina lagi hasil penemuan kajian ini mungkin relevan dan mampu memberikan kesan kepada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

"Ya, penemuan ini mungkin relevan menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

"Malahan ahli politik mula membincangkan tentang kehendak belia dan bukannya lagi meminta belia yang mengikut kehendak ahli politik," terang beliau lagi.

Dalam pada itu, belia di Sabah dan Sarawak paling tinggi memilih parti berbilang kaum dengan sebanyak 93 peratus daripada keseluruhan responden yang ditemui.

Selain itu, kajian yang dijalankan turut mendapati belia di Sabah banyak merungut terhadap isu penggangguran.

Bagi belia di Sabah, isu pekerjaan paling mendapat perhatian apabila sebanyak 26 peratus malahan angka penggangguran juga meningkat ke 5.6 peratus pada 2011 berbanding 4.9 peratus pada 2008.

Seorang lagi panel penyelidik, Khaldun Malek, 39 pula mengakui penemuan tersebut agak menarik tetapi berpendapat aspek agama adalah lebih penting yang akan menjadi pilihan pengundi berbanding kaum.

"Penemuan ini menarik, tapi bagi saya apa yang lebih utama adalah aspek agama.

"Sebagai contoh golongan belia muslim akan bergaul dengan muslim, belia Cina akan bergaul dengan Cina dan lain-lain," kata felo penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Daripada laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), golongan muda yang berusia antara 21 hingga 39 tahun yang mendaftar kini mencecah 5,175,096 atau 40 peratus daripada jumlah keseluruhan 12,912,590 pengundi baru.

BN memperolehi 4.08 juta undi pada tahun 2008 berbanding dengan PR 3.79 juta undi - perbezaan sebanyak 290,000 undi - manakala PR pula berharap pengundi baru pada PRU akan datang boleh membantu menambahkan sokongan kepada mereka.

Selain itu, Najib tampak begitu bersungguh untuk mendapatkan sokongan belia kepada BN menjelang PRU kali ini terutama selepas kemenangan besar Proaspirasi dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 di institut pengajian tinggi.

TAF sudah beradadi Malaysia hampir lebih 50 tahun dan berperanan untuk menyokong negara dalam pembangunan sosial dan ekonomi masa depan.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved