Ahad, 16 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pak Lah: Melayu boleh berjaya tanpa perniagaan haram

Posted: 15 Dec 2012 11:01 PM PST

Pak Lah berkata kejayaan bergantung kepada kemampuan dan kebolehan sendiri. — Gambar fail

SUBANG JAYA, 16 Dis ― Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menepis dakwaan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mengatakan larangan dalam Islam menghalang kejayaan Melayu, sebaliknya beliau menegaskan agama bukanlah penghalang kepada kejayaan individu.

Veteran Umno yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah itu menjelaskan pembaharuan dilaksanakannya terhadap Islam ketika pemerintahannya, dilihat sedih dengan tindakan Datuk Ibrahim Ali menggunakan agama bagi mengukuhkan tindakan affirmatif.

Ibrahim sebelum ini pernah berada di dalam Ahli Majlis Tertinggi Umno bersama Pak Lah, namun dipecat pada November 2003 dan keahliannya dilucutkan.

"Apa lah, itu yang dia nak ambil jadi satu hujah pula.

"Kita jangan katakan kalau itu maka kita tak boleh berniaga ... Tak bermakna kita tak boleh jadi usahawan.

"Ada juga syarikat Melayu yang maju ... Semua bergantung kepada kemampuan dan kebolehan untuk dia menguruskan perniuagaan dia tanpa mesti ada bahan haram," katanya.

Semalam, Ibrahim berkata jutaan ringgit tidak dapat dinikmati masyarakat Melayu kerana mereka tidak boleh menjalankan perniagaan yang haram di sisi Islam, sedangkan usahawan bukan Islam mengutip jutaan ringgit daripada perniagaan perjudian dan arak.

"Judi, arak, premis hiburan ... Melayu tidak boleh menjalankan perniagaan seperti itu, boleh kita bersaing?" kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu ketika Persidangan Agung Tahunan Ketiga Perkasa semalam.

"Kami menggesa kerajaan meneruskan tindakan affirmatif untuk memastikan keselamatan negara."

MENYUSUL LAGI

DAP lantik dua pemimpin Melayu anggotai CEC

Posted: 15 Dec 2012 09:29 PM PST

GEORGE TOWN, 16 Dis — Dua pemimpin Melayu dilantik secara terussebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) hari ini walaupun tiada seorang daripada enam calon berjaya menang.

Senator Dr Ariffin SM Omar dan pendatang baru Zairil Khir Johari (gambar) antara 10 orang yang dilantik secara terus ke dalam jawatankuasa tertinggi itu.

Semasa mengumumkan barisan CEC yang baru tersebut, yang kebanyakkan hampir sama seperti terdahulu, setiausaha agung Lim Guan Eng berkata kesemua 20 ahli sepakat dalam perlantikkan kepimpinan jawatankuasa pagi tadi.

Lima ahli lain yang dilantik terus ke dalam CEC adalah Dr Tan Seng Giaw, Dr P Ramasamy, Jimmy Wong Sze Phin, Dr John Brian Anthony, Dr Edwin Bosi, Leong Nga Nga, V.Sivakumar dan Thomas Su Keong Siong.

Dan bagi jawatan tertinggi, Karpal Singh masih kekal sebagai pengerusi kebangsaan manakala naib pengerusi sebelum ini Tan Kok Wai telah dinaikkan ke jawatan timbalan pengerusi.

Teresa Kok, yang sebelum ini adalah setiausaha organisasi kebangsaan juga mendapat kenaikkan apabila dilantik menjadi naib pengerusi.

Barisan baru tersebut juga melibatkan beberapa muka baru dan pertambahan daripada Timur Malaysia, mengukuhkan pendirian parti untuk memastikan ia meliputi semua rakyat Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak.

Delegasi Sarawak, Dr John Bryan Anthony dan setiausaha DAP Sabah, Dr Edwin Bosi antara dua muka baru dalam jawatankuasa daripada Timur Malaysia, turut menyertai mereka ialah setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang memperoleh undian tertinggi keempat (1,211) semalam.

Pertambahan dua delegasi tersebut menyaksikan bilangan anggota CEC daripada Timur Malaysia meningkat kepada tiga.

Lim juga mengumumkan penubuhan gabungan Biro Pakatan Rakyat (PR) dibawah CEC untuk mengendalikan semua hal ehwal PR dan memastikan kerjasama yang lancar antara gabungan ketiga-tiga parti.

Naib pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim akan mengetuai biro tersebut manakala ahli bukan CEC, A. Sivanesan telah dilantik untuk mengetuai Biro Buruh.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved