Sabtu, 22 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Panel SPRM tiada kuasa untuk semak siasatan, kata Mat Zain

Posted: 22 Dec 2012 02:37 AM PST

PPO tidak mempunyai kuasa memantau keputusan kes akuan bersunpah Balasubramaniam (gambar), kata Mat Zain.

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Bekas pegawai polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, berkata bahawa ketua panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Hadenan Abdul Jalil dan Panel Pemantau Operasi (PPO) tidak mempunyai kuasa untuk menutup fail kontroversi akuan bersumpah P. Balasubramaniam tentang pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

"PPO tidak ada kuasa untuk memantau keputusan kes," kata bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar, memohon untuk bertindak ke atas dua akuan bersumpah Balasubramaniam yang bercanggah yang melibatkan beberapa pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik.

Mat Zain memberi respon tentang kenyataan Hadenan dua hari lalu mengatakan peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang juga berada dalam PPO -- tidak berada di dalam pasukan pemantau SPRM yang menutup fail bekas penyiasat persendirian mengenai akuan bersumpah keduanya tentang pembunuhan pada tahun 2006.

Hadenan berkata dalam kes ini, yang melibatkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan Rewachand, yang telah dibincangkan dalam mesyuarat PPO pada 8 November.

"Kenyataan Tan Sri Hadenan perlu dipersoal," kata Mat Zain.

Beliau menuntut Hadenan untuk menerangkan kuasa PPO untuk menrengkan kedudukan SPRM dan keputusan Timbalan Peguam Negara (DPP) berkenaan dengan akuan bersumpah kedua Bala yang berbeza dengan apa yang dilaporkan berbanding dengan apa yang beliau merayu kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tiga tahun lalu untuk mengkaji semula keputusan suruhanjaya pencegah rasuah itu berkenaan dengan laporan polis pada 1 Julai 2008 oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, seorang doktor perubatan dan Mat Zain sendiri dalam memalsukan bukti dalam insiden "mata lebam".

Beliau berkata surat rayuannya telah diserahkan kepada semua ahli LPPR, termasuk Hadenan dan beliau menerima surat balas dari sekretariat LRRP pada 23 Julai 2009 yang ditandatangani oleh pengerusi pengarah, Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara.

"Untuk maklumat Y Bhg Dato', bidang kuasa LPPR yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Akta 694) TIDAK  termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM dan Pendakwa Raya dalam sesuatu kes," kata Abdul Hamid dalam membalas surat Mat Zain pada 23 Julai 2009.

Mat Zain berkata beliau bingung kerana LPPR menyatakan mereka tidak ada kuasa untuk menyemak semula siasatan SPRM dan pendakwa dalam surat tersebut, tetapi masih mengadakan tiga mesyuarat untuk rayuannya, seperti di dalam suratnya, dalam rayuannya dalam surat yang sama, pada 20 April, 15 Jun dan 25 Jun pada tahun 2009.

"Adalah salah bagi saya untuk membuat kenyataan untuk jawapan untuk melindungi jenayah Gani Patail dan Musa Hassan untuk melindungi mereka dari dihukum undang-undang," katanya lagi.

"Jadi siapa yang bercakap benar dalam hal ini? Tun Abdul Hamid atau Tan Sri Hadenan?" kata Mat Zain lagi.

Beliau menerangkan kenyataan Hadenan tentang Abraham sebagai "cuba melindungi" dan perbincangan PPO tidak ada sebarang kesan terhadap keputusan SPRM dan DPP dalam kes akuan bersumpah Balasubramaniam.

Bekas pegawai kerajaan itu kemudian mengatakan siasatan ke atas PPO pada masa lalu perlu berikutan kenyataan terbaru Hadenan.

Beliau mencadangkan revie PPO ke atas keputusan Peguam Negara mengenai kes rasuah,dan tuduhan bedang Datuk VK Lingam dan MAS - yang mengalami skandal kewangan melibatkan tycoon Tan Sri Tajudin Ramli untuk memulakan penyiasatan.

Penyakit diabetes ancaman baru golongan muda di negara ini

Posted: 22 Dec 2012 02:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Seramai 300,000 golongan muda di Negara ini didapati menghidapi penyakit diabetes melitus jenis 2 atau dikenali sebagai 'T2DM', kata Pakar Endokrinologi Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Dr Wan Mohamad Wan Bebakar.

Beliau berkata jumlah penghidap golongan muda itu dikhuatiri akan meningkat sejajar dengan jangkaan peningkatan penghidap T2DM di seluruh dunia dari 230 juta kepada 440 penghidap menjelang 2030.

Katanya pertambahan bilangan penghidap muda T2DM bermakna risiko berdepan komplikasi penyakit itu pada usia yang lebih muda juga adalah tinggi.

"Hakikatnya, 20.8 peratus dari rakyat Malaysia ketika ini adalah penghidap T2DM. Apa yang kami khuatiri ialah jumlah penghidap muda yang berusia dalam lingkungan 20-25 tahun meliputi lima peratus dari jumlah itu.

"Bilangannya adalah lebih besar jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang hanya mempunyai dua peratus golongan muda menghidapi penyakit itu," katanya dalam kenyataan sempena pelancaran Kombiglyze Yze Xr, sejenis tablet baru untuk merawat T2DM.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan 2011, beliau berkata seorang dari lima penduduk di negara ini menghidapi diabetes dan Malaysia merupakan negara yang mempunyai penghidap diabetes dan pradiabetes tertinggi di Asia Tenggara.

Mengenai tablet baru untuk rawatan T2DM yang sudah digunakan secara meluas di Amerika Syarikat,  Wan Mohamad berkata ia boleh digunakan untuk rawatan penyakit dengan prespkripsi sekali sehari.

"Diabetes jenis ke-2 merupakan penyakit kencing manis yang kronik dan pantas merebak jika tidak dikawal.

"Dalam tempoh masa tertentu, penghidapnya seringkali terpaksa mengambil pelbagai jenis ubatan lain bagi merawat komplikasi yang timbul akibat penyakit ini," katanya.

Sementara itu, Pakar Endokrinologi Sime Darby Healthcare, Prof Dr SP Chan berkata apa yang lebih memburukkan keadaan adalah apabila lebih separuh dari penghidap T2DM seringkali gagal mengawal kadar gula dalam darah mereka.

"Walaupun pesakit dibekalkan dengan maklumat mengenai diabetes serta ubatan secara berterusan, kurang separuh daripada mereka yang mampu mengawal paras gula dalam darah untuk berada pada paras terkawal," katanya dalam kenyataan yang sama.

Beliau juga berkata bagi kesan jangka panjang, pesakit biasanya akan berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit kronik seperti kerosakan jantung dan buah pinggang. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved