Isnin, 24 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


DAP gesa BN benar perkataan ‘Allah’ dalam Bible sempena Krismas

Posted: 24 Dec 2012 01:42 AM PST

Lim menggesa kerajaan Persekutuan untuk membenarkan perkataan "Allah" dalam al-kitab penganut Kristian sempena musim Krismas.

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Kerajaan Persekutuan digesa untuk membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Bible berbahasa Melayu sepertimana yang dibenarkan di Malaysia Timur sejak 50 tahun lalu.

Dalam perutusan Krismas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini,  gesaan itu dibuat berikutan kerajaan Barisan Nasional (BN) jelasnya sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi termasuk juga integriti.

"Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.

"Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini ... mereka taat kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia," katanya dalam perutusan tersebut.

Akhbar The Herald menerima masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalamg penerbitan bahasa Melayu Bible - Al Kitab - daripada menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian.

Mahkamah bagaimanapun pada 2009 memutuskan tindakan KDN itu bercanggah dengan sistem perundangan, dan penghakiman tersebut menyebabkan siri serangan ke atas beberapa gereja di negara ini.

Kerajaan Persekutuan berhujah penggunaan perkataan Allah adalah eksklusif untuk komuniti Islam sahaja.

Ngeh pertahan dirinya terima pangkat ‘Datuk’

Posted: 24 Dec 2012 01:10 AM PST

Ngeh tetap mempertahankan penerimaan pangkat "Datuk" pada 2008.

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini mempertahankan dirinya untuk menerima pangkat "Datuk" pada 2008, berkata pimpinan parti telah membenarkannya menerima anugerah tersebut dari Sultan Perak.

Beliau menjawab kenyataan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh semalam, dimana pemimpin veteran tersebut berkata adalah menjadi polisi DAP untuk menolak semua anugerah kerajaan kecuali mereka yang diberi atas dasar keberanian atau apabila sudah bersara dari politik.

Karpal berkata Ngeh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim gagal "menyerahkan" anugerah mereka walaupun diminta melakukan sedemikian. Teng menerima anugerah "Datuk" pada 2010 dari Sultan Selangor.

Ngeh berkata sebelum beliau menerima pangkat "Datuk", isu ini pernah diketengahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dimana majoriti berkata beliau "harus menerima anugerah itu", tetapi Karpal menentang idea tersebut.

"Saya harap saudara Karpal Singh akan menerima keputusan majoriti CEC dan tidak menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan kepimpinan parti.

"Jika saudara Karpal Singh mahu bertegas dengan pandangannya, beliau seharusnya membawa isu ini kepada CEC," kata Ngeh dalam kenyataannya hari ini.

Karpal berkata semalam bahawa ahli parti DAP hanya boleh menerima anugerah selepas mereka bersara dari politik, dengan menyebut beberapa contoh seperti bekas ahli parlimen Bukit Mertajam Chian Heng Kai, bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pulau Pinang Batu Lanchang mendiang Tan Loo Jit, dan bekas ADUN Pulau Pinang Berapit Wong Hang Yoke yang menerima pangkat "Datuk". 

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata tindakan displin keras akan diambil kepada mereka yang melanggar polisi parti.

Beliau menolak dakwaan DAP menolak raja-raja Melayu dengan tidak menerima anugerah, dengan berkata polisi parti juga termasuk anugerah yang diberi oleh Yang Dipertua Negeri di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved