Khamis, 27 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


BN dakwa rizab air Selangor terlalu rendah, tidak sampai satu peratus

Posted: 27 Dec 2012 01:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed mendakwa rizab simpanan air negeri tersebut kini berada pada tahap paling rendah iaitu satu peratus lebih rendah daripada tahap minimum.

"Dalam industri, kita perlu ada 20 peratus rizab air, atau paling kurang pun 10 peratus, tapi kita di Selangor tak sampai satu peratus rizab air, sebab itu masalah air sering berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikritik oleh Barisan Nasional (BN) Selangor kerana kedegilannya untuk menyelesaikan masalah air yang kerap berlaku di negeri tersebut.

"Saya nak tanya, adakah patut masa depan negeri terletak pada kedegilannya?

"Sekarang umur dia berapa? 67 tahun? Takkan nak tunggu umur dia 167 tahun baru nak selesaikan masalah air di Selangor?" kata Mohd Zin sebagai respon kepada kenyataan Abdul Khalid beliau sanggup menunggu selama 100 tahun untuk menyelesaikan isu air di Selangor.

Mohd Zin turut berkata jika BN memenangi Selangor semula dalam pilihan raya akan datang, kerajaan negeri pimpinan BN akan serta merta meluluskan projek Langat 2 untuk meningkatkan kapasiti air di negeri ini.

Beliau berkata, rakyat tidak perlu dikorbankan kerana kedegilan seorang Menteri Besar.

Khalid dikecam oleh seorang pemimpin persatuan pengguna negeri Selangor ekoran kenyataannya baru-baru ini bahawa beliau sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata kenyataan Khalid itu "tidak profesional" dan mengesahkan beliau mahu satu "perang politik" di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air.

"Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan dan kelukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri," katanya dalam satu temubual.

Dr George berkata apa yang terjadi ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air ialah "gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah", iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan.

Sebagai contoh, minggu lepas, beberapa kawasan di sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ia berpunca daripada permintaan bekalan air yang meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dan melibatkan lebih 9,000 pengguna.

"Ini mendukacitakan bila mereka keluar kenyataan iaitu 100 tahun pun mereka akan melengah-lengahkan walaupun mereka tahu pada tahun 2015 kita akan berhadapan dengan masalah bekalan air yang begitu besar," katanya dipetik dari agensi berita Bernama.

Beliau berkata kekurangan bekalan air di Selangor bukan sahaja berpunca daripada permintaan pengguna biasa tetapi lebih kepada industri-industri, projek-projek perumahan yang tumbuh seperti cendawan yang mengakibatkan pertambahan jumlah penduduk dengan mendadak.

Ribuan itik mati akibat virus baharu selesema burung di Jawa

Posted: 27 Dec 2012 01:53 AM PST

JAKARTA, 27 Dis – Ribuan itik di Yogyakarta, Jawa Tengah dan Jawa Timur mati akibat virus baharu selesema burung sejak empat bulan kebelakangan ini.

Perkara ini disahkan melalui ujian makmal dan penyelidikan yang dijalankan Pusat Veterinar (BBVet) di Yogyakarta.

Pakar epidemiologi BBVet Putut Djoko Purnomo berkata adalah disyaki virus baharu H5N1 itu juga menyerang spesies unggas yang lain termasuk ribuan ayam di  Yogyakarta.

"Ada laporan kematian ayam secara tiba-tiba, tetapi kami masih memeriksa jika ia disebabkan oleh virus baharu," Putut dipetik sebagai berkata oleh akhbar harian bahasa Inggeris, The Jakarta Post, hari ini.

Katanya virus baharu itu dikenal pasti sebagai H5N1 klad 2.3, yang dilaporkan hanya menyerang itik.

Ia digambarkan sebagai lebih malignan daripada H5N1 klad 2.1, yang menyerang ayam. Serangan awal virus baharu di tiga wilayah dicatat pada September lepas.

Setakat ini, 113,700 itik dilaporkan mati kerana virus ini di Yogyakarta, Jawa Tengah dan Jawa Timur, sejak empat bulan kebelakangan ini.

Kira-kira 64,000 itik mati di Jawa Tengah, 45,000 di Jawa Timur dan 4,700 di Yogyakarta.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Putut mengesyorkan supaya petani menggunakan bahan penyahjangkit, memusnahkan unggas yang dijangkiti dan memantau pergerakan unggas.

Katanya fumigasi tidak membawa hasil yang ketara.

Menurut Putut, Indonesia masih tidak mempunyai vaksin bagi virus baharu, yang pertama kali ditemui di Nepal pada 2010 dan kemudiannya disebarkan oleh burung hijrah ke India, China dan Jepun.

Ia tersebar ke seluruh Asia dan akhirnya sampai ke Indonesia menjelang akhir tahun ini. – Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved