Selasa, 4 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-
The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Indonesia memberitahu rakyatnya tidak pilih Malaysia untuk jadi pembantu rumah

Posted: 04 Dec 2012 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Jakarta hari menasihatkan rakyatnya tidak harus bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia berikutan kes layanan teruk melibatkan warganya yang semakin meningkat.

Jakarta hari menasihatkan rakyatnya tidak harus bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia berikutan kes layanan teruk melibatkan warganya yang semakin meningkat. — Gambar fail

"Pihak pemerintah Malaysia harus ambil tindakan tegas, atau lebih baik pembantu rumah dari Indonesia tidak bekerja di Malaysia.

"Mereka (Malaysia) mahu pembantu rumah dari Indonesia, tetapi mereka tidak boleh melindungi pembantu rumah dari negara kami," kata Suryana Sastradiredja, jurucakap kedutaan Indonesia yang dilaporkan AFP.

Sabtu yang lalu, jabatan imigresen menyelamatkan 105 pekerja asing yang dikurung dalam agensi pembantu rumah di Bandar Baru Klang.

95 orang wanita, kebanyakannya warga Indonesia, telah didakwa dipaksa bekerja sebagai pembantu rumah selama enam bulan tanpa gaji.

Mereka mendakwa agensi tersebut melayan mereka begitu teruk dan makanan dicatu untuk mereka.

Jakarta telah meletakkan larangan kepada pembantu rumah dari negaranya pada tahun 2009 ke Malaysia, tetapi larangan tersebut dibatalkan setahun kemudian.

Tetapi pembantu rumah dari Indonesia semakin berkurangan untuk ke Malaysia walaupun pembatalan larangan tersebut, dengan mengatakan kurang dari 100 orang bekerja dengan cara sah.

Sastradiredja juga berkata, Indonesia bimbang ribuan pekerja warganya yang bekerja di Malaysia secara haram kerana dijanjikan bayaran lumayan sedang bekerja dalam keadaan yang berbahaya.

Laporan baru menunjukkan kes terbaru melibatkan warga Indonesia bulan lalu, apabila seorang pekerja restoran mendakwa beliau dirogol oleh tiga orang polis, dan seorang lagi berusia 15 tahun dirogol oleh majikannya.

Bulan lalu, menteri sumber manusia Datuk Dr S Subramaniam memberitahu bahawa Putrajaya terus mempunyai hubungan yang baik dengan Jakarta walaupun insiden itu berlaku.

Beliau kemudian menyalahkan media dan badan bukan kerajaan Indonesia kerana mensensasikan insiden tersebut "dengan begitu emosi".

Beliau menambah, langkah tegas akan diambil untuk menyampaikan mesej kepada pekerja asing bahawa mereka akan dilindungi melalui sistem perundangan negara.

Pada Ogos, pemerhati memberitahu The Malaysian Insider bahawa tawaran gaji yang lebih tinggi dan ekonomi Indonesia yang semakin meningkat menyebabkan Malaysia menjadi tidak menarik di kalangan pembantu rumah Indonesia.

Pembantu rumah Indonesia di Malaysia mendapat gaji minimum RM650, sementara gaji minimum yang dibenarkan di Singapura ialah S$450 (RM1,126) dan HK$3,740 (RM1,500) di Hong Kong.

Mereka juga mendapat cuti mandatori di Singapura dan Hong Kong dimana cuti mandatori untuk mereka di sini masih lagi diperdebatkan.

Tender AES dibuat secara telus, kata Ketua Pengarah JPJ

Posted: 03 Dec 2012 11:48 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menafikan dakwaan sesetengah pihak perlantikan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan tanpa mengikut tender dan dibuat secara tergesa-gesa.

Menurutnya, AES merupakan teknologi terkini bagi mendapatkan gambaran serta membuat penilaian keberkesanan sistem ini di negara-negara yang melaksanakannya.

"Lawatan ke negara-negara tersebut telah dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada tahun 2005. 

"Di antara negara yang dilawati adalah Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Perancis, United Kingdom dan Switzerland yang menggunakan teknologi AES, dan lawatan juga dilakukan ke negara China bagi meninjau dan menilai teknologi AES di negara tersebut," kata Solah dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Solah, hasil lawatan dimaklumkan kepada kerajaan pada Disember 2005 yang seterusnya bersetuju supaya AES dilaksanakan.

Satu Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan bagi meneliti keperluan pengguna, kaedah-kaedah perolehan dan pelaksanaan projek dengan dibantu oleh lima jawatankuasa kerja. 

"Berdasarkan kepada laporan lawatan, Kerajaan pada November 2006 bersetuju untuk mempelawa sembilan buah syarikat untuk menyertai Tender JPJ.

"Daripada sembilan syarikat tersebut, dua syarikat iaitu Hyundai Information Technology Co. Ltd. dan Tenix Solutions Pty Ltd tidak mengemukakan cadangan teknikal manakala tujuh pembekal teknologi telah mengemukakan cadangan teknikal melalui wakil syarikat tempatan masing-masing.

"Walaubagaimanapun, hanya enam buah syarikat sahaja menyertai ujian demonstrasi yang mengambil masa lebih daripada sebulan ini dibuat di Putrajaya, Shah Alam dan Lebuhraya Guthrie dari penghujung Jun hingga akhir Julai 2007, melibatkan demontrasi keupayaan sebenar sistem yang ditawarkan oleh pembekal teknologi dalam mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju, khususnya kadar pengesanan kesalahan dan ketepatan pengesanan.

"Sebanyak 43 senario perlanggaran peraturan had laju dan lampu isyarat yang biasanya berlaku di jalan raya Malaysia telah diuji.

"Sebanyak 63,640 imej telah dikeluarkan hasil daripada ujian berkenaan," katanya.

Menurut Solah, kriteria terpenting dan kritikal dinilai adalah imej yang dirakam hendaklah berupaya dijadikan bahan bukti diterima di mahkamah.

"Daripada penilaian ujian tersebut hanya dua buah pembekal teknologi sahaja yang melepasi kelayakan teknikal yang dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal terdiri daripada MIROS, SIRIM, MAMPU, Jabatan Peguam Negara, KDN, KKR, PDRM, PUSPAKOM, LLM, Jabatan Kehakiman serta disaksikan oleh SPRM (BPR) dan Jabatan Audit Negara. 

"Kedua-dua pembekal teknologi yang berkelayakan secara teknikal (technically qualified) adalah  Redflex Traffic Systems Pty Ltd yang diwakili oleh Beta Tegap Sdn. Bhd. dan  ROBOT Visual Systems yang diwakili oleh ATES Sdn. Bhd."

Menurut Solah lagi, kerajaan melanjutkan tempoh pada bulan Februari 2008 bersetuju dengan Laporan Penilaian Teknikal dan selanjutnya kedua-dua syarikat telah diminta untuk mengemukakan Cadangan Kewangan. 

"Selepas beberapa siri rundingan antara pihak kerajaan dan syarikat, termasuk persetujuan formula bayaran yuran perkhidmatan, kerajaan pada  9 Disember tahun lepas, telah menandatangani perjanjian dengan kedua-dua syarikat. Sistem ini mula beroperasi di 14 lokasi mulai 23 September tahun ini. 

"Ini bermakna, pemilihan dan pelantikan kedua-dua syarikat dibuat melalui proses tender dan tidak dilakukan secara tergesa-gesa bahkan dibuat secara teliti, telus dan melibatkan pelbagai pihak sehingga mengambil masa yang begitu lama iaitu hampir lapan tahun," kata Solah lagi.

Bulan lalu, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Teja, Perak, Chang Lih Kang berkata, tender pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diberikan kepada kroni Umno.

Chang mendakwa, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan, mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor.

Jelas Chang lagi, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atkah Abdullah, antara tokoh pemimpin Umno yang disegani di Johor.

"Tan Sri Redzuan merupakan bekas ADUN Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atkah pernah menjadi ADUN Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat.

"Sementara itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada ADUN Machap Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman," kata Chang.

Ekoran pendedahan yang dikemukakannya itu,  Chang mencabar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

Beta Tegap merupakan salah satu daripada dua syarikat swasta mendapat tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn Bhd.

Selain itu, ahli parlimen Selayang William Leong sebelum ini mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved