Jumaat, 7 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Seorang ‘Datuk’ antara dua didakwa menipu Maybank RM67 juta

Posted: 07 Dec 2012 02:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Dua bekas pengarah kumpulan Silver Bird iaitu Datuk Tan Han Kook dan rakannya Ching Siew Cheong didakwa secara serentak di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini kerana menipu pihak Malayan Banking (Maybank) Berhad sebanyak RM67,435,143.

Sebanyak 134 pertuduhan dibacakan kepada tertuduh yang dilakukan sekitar 3 Oktober 2011 hingga 24 Februari 2012.

Kedua-dua individu didakwa dibawah Seksyen 471 dan 467 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen dan menyebabkan pihak Maybank melakukan transaksi kepada tiga akaun.

Tiga akaun tersebut adalah Asia Food Link Sdn Bhd (anak syarikat kepada Silverbird Sdn Bhd), Violet Bonanza Sdn Bhd dan Stanson Marketing Sdn Bhd (kedua-dua anak syarikat kepada Koperasi Permodalan Felda Quality(KPFQ)).

Tan, 58 merupakan pengarah urusan Silver Bird manakala Ching, 50 adalah pengarah eksekutif KPFQ dituduh bersubahat memperdaya pegawai Maybank bagi permohonan tuntutan kemudahan 'Banker's Acceptance' (BA).

Sejumlah RM42 juta wang dipindahkan ke akaun Stanson manakala RM25 juta lagi dipindahkan ke akaun KPFQ dimana kedua-dua tertuduh mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Dalam pertuduhan yang dibacakan oleh pendakwaraya Dzulkifli Ahmad, "Bahawa kamu pada 19 Oktober 2011 di Malayan Banking Berhad, Tingkat 8, Menara Hap Seng bagi mencapai niat bersama kamu telah menipu pegawai-pegawai Malayan Banking Berhad dengan memperdayakan mereka bagi permohonan tuntutan kemudahan'Banker's Acceptance'."

Selepas pembacaan pertuduhan, ketiga-ketiga mengakui tidak bersalah dan minta dibicarakan dihadapan Hakim Rozilah Salleh.

"Saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan," kata Tan selepas pertuduhan dibaca.

Walaupun kes tersebut tidak boleh diikat jamin, pendakwaraya Dzulkifli memohon pertimbangan oleh Hakim bagi membuat keputusan untuk memberikan ikat jamin kepada kedua-dua tertuduh atau sebaliknya.

Hakim Rozilah kemudiaan memutuskan memberi ikat jamin RM800 ribu bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Kedua-dua mereka sebelum ini pada 24 Februari awal tahun ini digantung daripada jawatan oleh Silver Bird selepas juruaudit luar mendapati akaun kewangan syarikat mempunyai kesamaran dan diragui.

Malahan Silver Bird yang tersenarai dalam bursa Kuala Lumpur tersebut juga dikategorikan sebagai syarikat "Practice Note 17" (PN17) kerana pasaran saham syarikat yang semakin menjunam dengan teruk.

Kes ini ditangguhkan dan akan disebut semula pada 7 Januari tahun depan.

Jika disabit ke atas pertuduhan, kedua-dua mereka boleh dihukum penjara selama tempoh maksimum dua puluh tahun dan dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali.

Operasi Lynas akan diberhentikan serta-merta jika langgar peraturan

Posted: 07 Dec 2012 01:01 AM PST

Para aktivis menunjukkan untuk membantah loji nadir bumi milik syarikat Australia Lynas Corp ketika Himpunan Hijau di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 26 November, 2012. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Lesen Peringkat Pengendalian Sementara (TOL) dan operasi Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd boleh digantung dan diberhentikan serta-merta daripada beroperasi sekiranya syarikat pemproses nadir bumi Australia itu melanggar syarat pengendalian dan peraturan beroperasi  ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).

"Di bawah Seksyen 22 Akta 304, sekiranya pihak syarikat melanggar mana-mana syarat lesen atau melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta, LPTA boleh membatalkan atau menggantung TOL yang telah dikeluarkan kepada syarikat sebelum ini.

"Dalam hal ini, sekiranya berlaku perlanggaran kepada syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan, operasi syarikat akan diberhentikan secara serta merta sebelum tindakan selanjutnya diambil di bawah peruntukan akta yang sama," jelas Setiausaha Eksekutif, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, bagi mengawal selia kilang pemprosesan tersebut, pihak LPTA jelas Abdul Aziz menempatkan pegawainya di premis kilang secara sepenuh masa.

"Pegawai dari LPTA telah ditempatkan di premis kilang secara sepenuh masa bagi mengawal selia secara berterusan setiap peringkat proses ujian bahan untuk memastikan segala keperluan undang-undang kebangsaan dan standard keselamatan serta amalan terpuji antarabangsa dipatuhi sepenuhnya.

"Kawalseliaan secara berterusan juga dilaksanakan ke atas aktiviti pengimportan bahan mula pekatan lantanid ke Malaysia," katanya lagi.

Menurut Abdul Aziz, Lynas juga kini sudah memulakan ujian pemprosesan bahan mula pekatan lantanid secara terhad dan berperingkat selaras dengan syarat TOL.

Permit membenarkan kemasukan bahan mula pekatan lantanid juga dikeluarkan bagi tujuan menguji keselamatan peralatan dan proses pengeluaran.

Keputusan memberikan TOL juga jelasnya dibuat setelah Lembaga berpuashati bahawa Lynas telah "mematuhi kesemua aspek teknikal, keperluan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1994 (Akta 304) dan perundangan subsidiari di bawahnya serta syarat tambahan dan syarat khas yang telah dikenakan ke atasnya."

Operasi syarikat Lynas di Gebeng, Kuantan menerima kritikan banyak pihak termasuk parti pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) yang mendakwa operasi pemprosesan nadir bumi berkenaan akan membawa kesan radiasi kepada persekitaran, dan mencemarkan alam sekitar.

Malah, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) digelar Himpunan Hijau turut dibentuk untuk menghalang Lynas daripada beroperasi.

Pada 25 November lalu, The Malaysian Insider melaporkan Himpunan Hijau mengadakan demonstrasi di Dataran Merdeka membantah operasi Lynas dijalankan.

Perhimpunan dengan penyertaan sekitar empat ke lima ribu peserta Himpunan Hijau itu berarak dari Gombak ke Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan ke atas Loji Nadir Bumi di Lynas, Pahang.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved