Sabtu, 8 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Aktivis bidas dakwaan MCA kaum Cina menerima loji Lynas

Posted: 08 Dec 2012 02:46 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Aktivis alam sekitar membidas dakwaan MCA yang mengatakan masyarakat Cina sudah menerima kilang nadir bumi kontroversi Lynas Corp di Kuantan dan menyifakan ia bermotif politik kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir.

Pengerusi Gabungan Henti Lynas (SLC), Andansura Rabu menggambarkan kenyataan sedemikian sebagai sebuah kenyataan politik dan "kempen" oleh MCA untuk mendapat undi daripada kaum Cina.

"Mereka tidak ada data untuk menyokong kenyataan mereka," kata beliau kepada The Malaysian Insider, sambil mengakui kebanyakkan kumpulan anti-Lynas adalah daripada masyarakat Cina.

Malahan Andansura berkata rata-rata peserta yang turun pada Himpunan Hijau di Dataran Merdeka bulan lalu majoritinya daripada masyarakat Cina.

Beliau merujuk kepada perhimpunan 25 November lalu semasa peserta berjalan daripada Kuantan ke ibu kota dengan jarak perjalanan 300km selama 13 hari.

"Ia bukti kaum Cina menentang Lynas, mereka tidak menerima," kata beliau dan menambah masyarakat Cina tempatan sering bertanya tentang langkah susulan selepas ini.

Selain beliau, pengerusi Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas Tan Bun Teet menyuarakan pandangan serupa dengan mendakwa kenyataan tersebut "tidak berasas" sama sekali.

"Bagaimana mereka boleh buat kesimpulan begitu? Adakah terdapat referendum, pengundian, inkuiri orang awam yang dijalankan oleh badan bebas?" soal Tan.

Beliau berkata MCA sebelum ini menubuhkan satu kumpulan pemantau dalam isu Lynas yang dituduhnya sebagai cubaan memecahkan sokongan kaum Cina terhadap pergerakkan anti-Lynas tetapi mendakwa penduduk tdak akan melupakan "pengabaian" yang dilakukan oleh parti utama kaum Cina tersebut.

"Macam mana mereka boleh katakan masyarakat Cina beransur-ansur menyokong Lynas?" soal beliau, sambil menuduh parti MCA tersebut menubuhkan sebuah kumpulan pemantau yang tidak melakukan apa-apa.

Selain masyarakat Cina, Tan juga menegaskan bahawa pergerakkan mereka mendapat sokongan daripada segenap masyarakat dengan mengatakan masyarakat bukan Cina juga menentang loji Lynas tersebut.

Kedua-dua Andansura dan Tan berkata kumpulan anti-Lynas diterajui oleh penduduk tempatan.

"Tapi penduduk tempatan masih peneraju utama dalam perjuangan menentang Lynas..." kata Andansura yang menyatakan bahawa perjuangan tersebut "diusahakan" dan "diketuai" oleh penduduk Kuantan.

Beliau juga mendapati isu tersebut sudah menjadi topik nasional dengan banyak warga daripada negeri lain menyertai mereka untuk memberikan kesedaran dan tekanan kepada kerajaan.

Tan bersetuju adalah perkara biasa apabila bukan penduduk tempatan menyokong isu nasional dan memberitahu The Malaysian Insider bahawa kumpulan utama SMSL adalah dari Kuantan.

Kenyataan Tan tersebut bertujuan membalas laporan oleh pengerusi MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker yang mendakwa masyarakat Cina telah diperdaya oleh pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang kebanyakkannya bukan berasal dari Kuantan.

"Suruh dia beri bukti yang katakan kami perdaya... kami boleh buat penilaian sendiri..." kata Tan, sambil mendakwa mereka yang menentang terdiri daripada golongan berpelajaran dan disokong menerusi kepakaran masing-masing.

Selain aktivis, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh turut menyatakan bahawa masyarakat Cina masih lagi menentang loji Lynas tersebut.

Wanita Umno hanya berebut untuk jadi “calon”, kata Fuziah

Posted: 08 Dec 2012 01:07 AM PST

Fuziah berkata Wanita Umno hanya berebut menjadi "calon", manakala wanita Pakatan Rakyat berjuang demi martabat dan penghargaan untuk golongan tersebut.

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Sikap Wanita Umno semasa perhimpunan agung minggu lalu yang meminta perdana menteri (PM) Datuk Seri  Mohd Najib Razak mengutamakan calon wanita dalam pilihan raya membuktikan mereka hanya berebut mahu menjadi "calon", kata Naib  Presiden PKR Fuziah Salleh kepada The Malaysian Insider.

Fuziah berkata ini adalah perbezaan ketara berbanding wanita Pakatan Rakyat (PR) yang berjuang demi martabat dan penghargaan untuk golongan tersebut.

"Kita lihat dalam perhimpunan agung Umno lalu delegasi wanitanya meminta Najib untuk beri mereka kuota calon dalam pilihan  raya.

"Berbeza sama sekali dengan wanita dalam PR yang tidak pernah meminta untuk menjadi calon," kata ahli parlimen Kuantan itu apabila dihubungi semalam.

Perkara tersebut membuktikan Wanita Umno sama dengan pemimpin lain dalam parti itu yang hanya mementingkan kuasa dan tidak mendengar suara rakyat.

"Hal tersebut mencerminkan sikap sebenar mereka mementingkan kuasa.

"Ia berbeza dengan kaum wanita di dalam PR yang mahu kerajaan mengiktiraf peranan dan memartabatkan golongan wanita  khususnya," tambah beliau lagi.

Sementara itu, pemimpin PKR itu juga membidas Wanita Umno sebagai tidak mempunyai hala tuju malahan ketuanya sendiri Datuk  Seri Shahrizat Abdul Jalil juga bukan seorang yang mempunyai kredibiliti.

"Mereka ini ada hala tuju ke? Sejak dari dulu lagi saya rasa mereka tiada hala tuju," kritik Fuziah.

Berbeza dengan Wanita Umno, PR telah melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) September lalu yang menggariskan tujuh tuju - tumpu wanita sebagai usaha memperkasa dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial golongan itu di negara ini.

Dalam perhimpunan agung Umno minggu lalu, Shahrizat semasa berucap beberapa kali menggesa Najib supaya tidak  mengenepikan golongan wanita dalam pilihan raya kelak.

"Asas pertimbangan saya mudah, iaitu Wanita Umno sememangnya mempunyai ramai calon winnable atau pun boleh menang," kata beliau semasa ucapan penggulunggan tempoh hari.

"Jangan lupa wanita juga mampu berpolitik, bukan hanya sebagai jentera di belakang tabir semata-mata."

Malahan, Shahrizat walaupun dikaitkan dengan kes Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) semasa perhimpunan minggu lepas menyatakan  hasratnya untuk bertanding sebagai ketua wanita sepenggal lagi jika diberi peluang.

"Saya tidak dapat lihat kenapa saya tidak perlu tawarkan diri untuk penggal depan ... Insya'Allah, kamu faham maksud saya?"  kata beliau lagi.

Selain beliau, seorang lagi delegasi wanita Kelantan, Rita Sarbanon turut menyentuh mengenai isu calon apabilan mencadangkan  agar presiden Umno, Najib memperuntukkan kuota calon 30 peratus kepada golongan wanita untuk bertanding dalam pilihan raya  nanti.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved