Ahad, 16 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Syrian rebels claim seized army infantry college in Aleppo

Posted: 16 Dec 2012 08:29 AM PST

Demonstrators in Binsh, near Idlib, protest against President Assad December 14, 2012. The banner in the centre reads: "Our leader forever Prophet Muhammad". — Reuters pic

BEIRUT, Dec 16 — Rebels said they seized a Syrian army infantry college near the northern city of Aleppo after five days of fighting with forces loyal to President Bashar al-Assad.

A commander from the Islamist Tawheed Brigade said his men helped take the building yesterday.

"At least 100 soldiers have been taken prisoners and 150 decided to join us. The soldiers were all hungry because of the siege," he added. — Reuters

DAP tidak mewakili ‘middle Malaysia’, kata Najib

Posted: 16 Dec 2012 08:23 AM PST

SANDAKAN, 16 Dis — DAP tidak mewakili "middle Malaysia" atau semangat perpaduan semua kaum di Malaysia apabila semua pemimpin Melayu DAP tidak memperoleh cukup undi untuk duduk dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada kongres parti pembangkang itu semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara seperti itu tidak akan berlaku dalam Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan pendekatan adil kepada semua kaum di Malaysia dan mempunyai hala tuju jelas untuk negara.

"Kita juga menyaksikan DAP bukan sahaja didominasi oleh satu kaum, iaitu Cina, tetapi juga oleh dinasti keluarga di mana Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi manakala anaknya Lim Guan Eng di tempat kedua," katanya.

Beliau (gambar) berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Ke-23 Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.

Najib menyeru rakyat agar terus menyokong BN yang mengamalkan perpaduan di bawah konsep 1Malaysia dan ini juga dibuktikan dalam barisan Kabinetnya.

"Malaysia berada dalam perkongsian baik dikenali sebagai Barisan Nasional. Percayalah, kami (Malaysia di bawah kerajaan BN) akan berusaha keras, ekonomi kita akan meningkat dan pelabur akan lebih yakin," katanya.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan BN akan terus menyalurkan bantuan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan perniagaan untuk membolehkan negara terus makmur.

Sementara itu, Najib berkata BN amat serius dan jujur dalam menunaikan janjinya kepada rakyat tidak sepertimana sesetengah pemimpin seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya semasa Anwar sekejap menjadi pemangku perdana menteri pada 1997, bekas timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu mempunyai banyak peluang untuk membuktikan kewibawaannya, tetapi telah mengambil jalan mudah dengan membiarkan Tabung Matawang Antarabangsa mengawal Malaysia semasa krisis ekonomi pada tahun itu.

"Beliau (Anwar) tidak melindungi kedaulatan negara... Beliau tidak pernah bertanya pada dirinya sendiri kenapa beliau tidak layak menjadi perdana menteri," katanya.

Najib juga meminta rakyat untuk tidak mempertaruhkan masa depan Malaysia di bawah pakatan pembangkang.

Beliau berkata pakatan parti-parti pembangkang tidak mempunyai ideologi bersama dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas mengenai masa depan negara.

"Malahan pemimpin mereka Anwar (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang saling bersaing untuk menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.

"Kita (negara) tidak boleh mempunyai (ditadbir) satu pakatan yang asasnya pincang," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved