Sabtu, 29 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Soi Lek kecewa dengan blogger Umno, dakwa tidak beretika

Posted: 29 Dec 2012 08:06 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika. 

Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA. 

"Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan. 

"Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan," jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut. 

"Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu," tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini. 

Soi Lek (gambar) bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini. 

"Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA. 

"Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno," katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno. 

"Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA," tegasnya. 

Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau. 

Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen. 

"Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata Syed Akbar dalam blognya.

Saya tidak perlu jawab Tee Keat, kata Soi Lek

Posted: 29 Dec 2012 07:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau tidak perlu menjawab kenyataan mantan presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang menyarankan agar beliau berjumpa pakar psikatris berhubung kenyataannya yang dikeluarkan blogger pro Umno baru-baru ini. 

"Saya tidak perlu jawab Ong Tee Keat," tegasnya kepada pemberita malam tadi. 

Dr Chua (gambar) yang ditemui ketika majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak menegaskan beliau hanya membuang masa jika melayan kenyataan daripada Tee Keat tersebut. 

"Saya tidak akan jelaskan kepada dia, kenapa saya perlu (beri penjelasan)? Saya tidak mahu rugikan masa saya. 

"Siapa makan cili, dia yang rasa pedasnya," tambahnya. 

Tee Keat telah menepis kenyataan Soi Lek di laman sosial Facebook miliknya semalam, dan berkata beliau bersimpati dengan Presiden MCA tersebut serta mencadangkan agar beliau berjumpa pakar sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan. 

Kenyataan itu dikeluarkannya membalas kenyataan Dr Chua terhadap Ong, yang dilihat jelas menyelar presiden MCA itu, yang merupakan pakar sakit jiwa selama tiga tahun sebelum menyertai politik. 

"Saya kasihankan beliau. Ini hanya kitaran hentaman OTK, ini hanyalah pengulangan kitaran simptom sama ketika musim perayaan, lebih-lebih lagi sebelum GE13. Dia perlu jumpa psikiatris ("I really pity him. This is just a fresh round of OTK-bashing, a cyclical recurrence of d same symptom during festive season, more so b4 GE13. He needs help from a psychiatrist perhaps,") kata Ong di laman Facebooknya. 

Namun, walaupun "bersimpati" dengan Dr Chua, Ong turut mendakwa seterunya itu dilihat cubaan untuk memastikan beliau tidak dapat menyertai pilihan raya ke-13. 

Bercakap kepada The Malaysian Insider hari ini, Ong mengesahkan beliau merujuk kepada Dr Chua dalam laman Facebooknya itu. 

Ditanya perasaannya terhadap kenyataan Dr Chua terhadapnya, bekas presiden MCA itu berkata ia telah berulang sejak tahun lalu, terutamanya ketika musim perayaan. 

"Ia berlaku tahun lepas ketika Tahun Baru Cina, dan sekali lagi pada tahun ini, ketika sambutan yang sama. 

"Tapi kali ini ia berlaku lebih awal daripada jangkaan dan satu sebabnya saya rasa ia kerana 13GE," katanya. 

"Saya faham apa beliau nak ... beliau mahu memastikan saya tidak ada sebeb untuk bertanding," kkata Ong. 

Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau. 

Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen. 

"Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata Syed Akbar dalam blognya. 

Ong hari ini menjelaskan kenyataan Dr Chua yang secara terburu-buru itu, pada masa bila beliau tidak mengganggu presiden MCA itu. 

Beliau menegaskan Dr Chua sengaja mencari gaduh dengannya apabila menyuarakan pendapatnya melalui blogger pro Umno. 

"Saya bekerja dengan senyap. Ini bukanlah isu," kata Ong. 

Beliau menambah tidak akan terperangkap dengan perkara itu, malah tergelak apabila membaca kenyataan di blog tersebut. 

"Beliau boleh kata beliau mahu. Saya akan teruskan kerja ... saya tidak akan terganggu," katanya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved