Selasa, 1 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Majlis Peguam didesak untuk cari peguam misteri di belakang SD kedua Bala

Posted: 01 Jan 2013 02:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Majlis Peguam hari ini dikritik kerana melengah-lengahkan waktu untuk mendedahkan identiti peguam di belakang kontroversi akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (gambar) mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu pada tahun 2006, walaupun sudah banyak petunjuk diberikan.

Peguam Americk Singh Sidhu yang mewakili bekas penyiasat persendirian itu memberitahu The Malaysian Insider Majlis Peguam harus mempercepatkan siasatan kes berprofil tinggi itu yang sebelum ini dikaitkan dengan pegawai tertinggi kerajaan, muncul semula menjelang pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Saya mencadangkan Majlis Peguam keberatan untuk menyiasat kes ini," katanya apabila dihubungi hari ini.

Majlis Peguam sebuah badan mengatur tugas profesional hampir 14,000 pengamal undang-undang negara berkata mereka sedang menyiasat kemungkinan berlakunya salahlaku dalam merangka akuan bersumpah (SD) kedua Balasubramaniam yang bercanggah dengan akuan bersumpah pertama dibuat sehari sebelum itu, tentang kematian penterjemah kerajaan untuk rundingan membeli dua kapal selam Perancis beberapa tahun lalu.

"Mereka boleh serahkan perkara tersebut kepada badan disiplin untuk tindakan," kata Americk sambil menambah Majlis Peguam dalam bidang kuasanya boleh menubuhkan panel inkuiri.

Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh.

Dalam surat terbuka awal hari ini, Americk berkata peranan Arunampalam sebagai peguam yang merangka SD kedua Balasubramaniam telah disanggah oleh Deepak Jaikishan yang juga terlibat di sekeliling kejadian berkaitan kedua-dua akuan bersumpah Balasubramaniam.

Beliau mengatakan kesemua petunjuk sudah diserahkan kepada Majlis Peguam untuk bertindak dan menasihatkan badan tersebut untuk menyiasat peguam yang sebelum ini bekerja dengan ahli politik dinyatakan dalam akuan bersumpah Balasubramaniam dan untuk menyiasat mereka dalam inkuiri.

MENYUSUL LAGI

Perhimpunan anti-Lynas gagal tarik penyertaan ramai

Posted: 01 Jan 2013 01:34 AM PST

KUANTAN, 1 Jan — Himpunan Anti-Lynas yang diadakan di kawasan Perindustrian Gebeng di sini gagal menarik penyertaan ramai apabila hanya 500 peserta hadir, malam tadi.

Tapak projek dan pejabat Lynas. — Gambar fail

Perhimpunan itu dilakukan sempena menyambut tahun baharu 2013 dan berlangsung secara aman.

Tinjauan Bernama mendapati, kebanyakan peserta membawa bersama payung akibat hujan renyai-renyai sejak petang semalam.

Mereka kemudiannya mula melaungkan slogan anti-Lynas dan menyalakan lilin serta membawa sepanduk ketika acara mengira detik 12 malam dimulakan.

Antara yang dilihat hadir pada perhimpunan itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, dan aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Para peserta kemudian bersurai dengan dikawal anggota polis. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved