Khamis, 10 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tune Hotels perluas portfolio, buka hotel pertama di Scotland

Posted: 10 Jan 2013 02:52 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Hotels memperluaskan portfolio UKnya dengan pembukaan hotel pertamanya di Scotland, Tune Hotel Haymarket di Edinburgh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Hotels Group,  Mark Lankester, berkata pengenalan jenama Tune Hotel kepada Scotland merupakan satu langkah perniagaan yang penting bagi syarikat itu.

Beliau berkata permintaan bagi hotel kos rendah yang menawarkan kemudahan asas berkualiti dan keselesaan bermalam menjadi penting kerana pelancong dipengaruhi oleh harga tetapi tidak bersedia melanggan hotel kurang berkualiti.

"Edinburgh adalah hab perdagangan dan pelancongan yang amat penting dan kami amat teruja untuk menyertai dan menyumbang kepada kejayaannya yang berterusan.

"Tune Hotel Haymarket menambah portfolio UK Tune Hotels menjadi lima, dan banyak lagi dalam perancangan," katanya.

Sementara itu, Menteri Tenaga, Perusahaan dan Pelancongan Scotland, Fergus Ewing, berkata Tune Hotels menawarkan satu produk baharu yang menyeronokkan dan sesuatu yang berbeza sedikit daripada apa yang sudah ada di bandar ini. — Bernama

Musa ingatkan penjawat awam, jangan terpengaruh slogan pembangkang ‘tukar kerajaan’

Posted: 10 Jan 2013 02:27 AM PST

Musa ingatkan penjawat awam, jangan terpengaruh slogan pembangkang 'tukar kerajaan'

Tahun lepas, Putera William dan isteri Kate melawat Lembah Danum untuk melihat keindahan kawasan hutan hujan tropika utama di Sabah. — Gambar Reuters

KOTA KINABALU, 10 Jan — Ketua Menteri Datuk Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah, terutama penjawat awam supaya tidak terpengaruh dengan slogan 'tukar kerajaan' yang dimainkan pembangkang bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis dakwaan pembangkang bahawa kerajaan sedia ada "tidak membawa apa-apa pembangunan" kepada rakyat di negeri ini, Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata bahawa hanya orang buta dan tuli sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran.

"Kalau mahu tukar (kerajaan) mudah sahaja...tapi adakah itu membawa kebaikan atau kemudaratan kepada rakyat dan negeri ini?

"Di mana-mana sahaja kita boleh melihat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN. Saya yakin rakyat Sabah atau penjawat awam matang dan tahu menilai prestasi kerajaan BN yang banyak membawa pembangunan dan menolong rakyat dalam semua aspek tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan," katanya.

Beliau berucap pada majlis perhimpunan perdana Ketua Menteri bersama penjawat awam negeri di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas, dekat sini hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, timbalan-timbalan ketua menteri, menteri-menteri, pembantu-pembantu menteri dan ketua-ketua jabatan.

Musa turut menggariskan kejayaan dan pencapaian kerajaan BN yang membawa perubahan besar dan menyeluruh dalam landskap pembangunan di negeri ini.

Katanya ini termasuk kejayaan kerajaan negeri mengurus kewangan dengan baik seperti yang terkandung dalam Laporan Perbendaharaan Negara selain Berjaya mendapat anugerah 'Clean Bill' selama beberapa tahun berturut-turut.

"Ini bermakna Sabah adalah antara negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang terbaik di negara ini," katanya.

Beliau berkata dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kerajaan negeri mampu membelanjakan berbilion ringgit bagi pelbagai projek pembangunan di negeri ini,dan tahun ini sahaja, kerajaan negeri menyediakan bajet tahunan melebihi RM4 bilion.

"Kita beri bonus dan kenaikan gaji kepada penjawat awam kerana kerjaan ada cukup kewangan untuk bayar gaji dan bonus kepada kakitangan awam. Bayangkan, kerajaan negeri Sabah membelanjakan sekitar RM700 juta setahun untuk bayar gaji kakitangan awam negeri.

"Kita ada bajet besar dan peruntukan pun besar untuk pembangunan di negeri ini termasuk pembangunan infrastruktur seperti membina jalan raya dan membaiki kerosakan jalan akibat tanah runtuh," katanya.

Musa berkata walaupun beliau gembira dan berpuas hati dengan pencapaian negeri ini setakat ini namun rakyat Sabah terutama penjawat awam perlu bekerja keras bagi mencapai lebih banyak kejayaan.

"Kita punyai perancangan, dibantu dengan kerajaan pusat, dalam menjayakan Rancangan Malaysia kesembilan dan ke-10. Pencapaian ini bukan diberi kredit kepada seorang sahaja tetapi semua pemimpin kerajaan termasuk penjawat awam yang bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan untuk laksanakan dasar-dasar program yang dirancang oleh kerajaan negeri dan dibantu oleh kerajaan Persekutuan.

"Memang saya akui kita ada kelemahan dan masih ada yang belum dicapai tetapi yang penting dengan adanya kerjasama antara pemimpin dan kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan, kita akan mencapai kejayaan yang membanggakan," katanya.

Selain itu, Musa berkata kestabilan politik dan iklim pelaburan yang kondusif turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri termasuk sector pelancongan dan pendidikan.

"Dengan promosi agresif mengikut acuan kita sendiri, kita berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Begitu juga dengan pelaburan, banyak pelabur dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat dan Brunei yang berminat melabur di negeri ini.

"Dari segi pendidikan, kini kita ada Universiti Malaysia Sabah, Kolej Yayasan Sabah (yang bakal dinaik taraf kepada kolej universiti) dan Kolej Kadazandusun Murut (Kolej KDM) yang akan dibina di Tambunan," katanya. 

Ketua Menteri turut menolak dakwaan pembangkang yang kononnya Sabah adalah negeri termiskin di negara ini, sebaliknya meminta Universiti Malaysia Sabah dan cawangan kampus UiTM membuat kajian lanjut berhubung perkara itu.

Musa juga mempertahankan dasar tanah kerajaan negeri yang memperkenalkan hak milik berkelompok kepada penduduk kampung yang layak demi masa depan mereka yang lebih terjamin.

"Tiada ada perbezaan hak milik tanah biasa dan berkelompok...cuma tanah di bawah hak milik berkelompok tidak boleh dijual. Berdasarkan kajian sebelum ini, terdapat kes di mana penduduk kampung yang memilik geran tanah menjual tanah mereka kepada syarikat gergasi dan akhirnya mereka mengeluh tiada tanah...ini yang kita mahu elakkan," katanya.

Beliau berkata dasar perhutanan dan pemeliharaan alam sekitar negeri ini dikagumi oleh negara luar yang menyaksikan pasangan diraja Britain melawat hutan simpan di Lembah Danum baru-baru ini.

Katanya di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memperkenalkan pelbagai program transformasi, Malaysia berada di landasan betul untuk menjadi sebuah negara maju dan pembaharuan itu wajar disokong oleh semua lapisan masyarakat.

"Di bawah program transformasi Perdana Menteri, tiada pihak atau kaum yang terpinggir...semua rakyat mendapat manfaat dan pembelaan yang sewajarnya," katanya.

Oleh itu, beliau berharap penjawat awam dapat membantu memberi atau menyebarkan persepsi positif terutama kesungguhan kerajaan dalam membangunkan negeri ini, sekali gus memastikan kelangsungan program pembangunan untuk kemudahan rakyat. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved