Rabu, 16 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


RCI diberitahu 100,000 kad pengenalan diberikan kepada pendatang pada 1993

Posted: 16 Jan 2013 02:42 AM PST

Seorang kanak-kanak membawa bot berhampiran penempatan pendatang di Sabah. — Gambar fail.

KOTA KINABALU, 16 Jan — Kira-kira 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang Sabah pada tahun 1993, kata bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram hari ini.

Penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil berkata hari ini beliau menerima RM80,000 daripada Pengarah JPN Sabah pada ketika itu Ramli Kamarudin untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah.

"Ketua jabatan saya kata terdapat surat dari ketua menteri (Sabah), Tan Sri Harris Salleh. Ketua jabatan saya mengarahkan saya untuk memberi kad pengenalan kepada orang yang memohon di kaunter," Kee Dzulkifly memberitahu RCI di sini hari ini.

Kee Dzulkifly berkata, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1999.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan "Projek IC" semalam.

MENYUSUL LAGI

Penggantungan pakar ekonomi bermotifkan politik, kata pemimpin PAS

Posted: 16 Jan 2013 02:19 AM PST

Gambar fail Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

KUALA LUMPUR, 16 Jan — PAS mengkritik Bank Islam menggantung ketua penganalisis ekonomi, mendakwa tindakan kontroversi tersebut bermotifkan politik.

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa pihak bank menerima arahan untuk menghukum Azrul Azwar Ahmad Tajudin atas ramalannya tentang keputusan pilihan raya umum ke-13.

Azrul Azwar minggu lalu dilaporkan oleh The Straits Times di Singapura dengan menjangkakan kemenangan tipis Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013.

"Bayangkan jika beliau meramalkan kemenangan lebih banyak kerusi untuk Barisan Nasional, saya pasti keadaan pasti akan berbeza," kata Mahfuz dalam sidang media ibu pejabat parti tersebut hari ini.

Ahli parlimen Pokok Sena itu berkata pemegang saham terbesar Bank Islam adalah Lembaga Tabung Haji, dimana tabung tersebut, yang menguruskan penghantaran umat Islam menunaikan haji di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahfuz berkata ini adalah faktor kuat untuk mengukuhkan dakwaan bahawa campurtangan politik berlaku dalam isu penggantungan Azrul.

"Ini adalah keputusan yang memalukan, dan saya benar-benar kecewa. Azrul tidak melakukan sebarang kesalahan. Sebagai ketua penganalisis ekonomi, beliau cuma memberi ramalan selepas pilihan raya," kata pemimpin PAS itu.

Bank Islam dalam kenyataannya semalam ia adalah polisi untuk menggantung mana-mana staf yang terlibat dalam aktiviti politik atau memberi komen tentang politik sehingga siasatan mengenai perkara tersebut diselesaikan.

"Berdasarkan polisi Bank Islam Malaysia Berhad, sebarang staf tidak kira jawatan, termasuk dalam peringkat pengurusan, jika pihak Bank mendapati seseorang terlibat dalam melanggar polisi dalaman Bank, akan digantung dengan bayaran penuh gaji, bagi menjalankan siasatan," kata bank tersebut dalam kenyataan satu perenggan.

Apabila dihubungi pegawai bank tersebut, beliau mengatakan ini adalah "polisi dalaman" bank menghalang pekerjanya dari menyertai aktiviti politik.

"Kita adalah entiti komersil, kita tidak dibenarkan [untuk menyertai] dalam apa jua aktiviti politik."

Mahfuz menolak sebab tersebut dan mengatakan tidak masuk akal, dan berkata Azrul hanya membentangkan pengiraan selepas pilihan raya sebagai kapasitinya selaku penganalisis bank.

"Ia dilakukan untuk tujuan pasaran, pelabur dan pemegang saham. Saya tak nampak apa salahnya di situ," katanya sambil menambah penggantungan tersebut membuktikan kerajaan BN tidak boleh menerima pegawainya dengan pandangan menentang kepentingan kerajaan.

Selepas laporan berita tersebut disiarkan dalam The Straits Times dan The Malaysian Insider minggu lalu, Bank Islam menjarakkan pendirian bank dari Azrul Azwar.

Dalam kenyataan pada 11 Januari, pengarah urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat mengatakan beliau kesal dengan laporan berita tentang sebuah forum di Singapura yang mengaitkan bank tersebut dengan pandangan dan ramalan Azrul Azwar.

Dalam laporan The Straits Times, Azrul Azwar menjangkakan senario BN memenangi hanya antara 97 hingga 107 kerusi parlimen, tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Keputusan tersebut juga bermakna PR mempunyai kerajaan yang tidak kuat, jauh dari majoriti yang sering diterima oleh pihak lawannya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved