Jumaat, 18 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Petronas saman Perwaja Steel

Posted: 18 Jan 2013 01:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memfailkan saman terhadap Perwaja Steel Sdn Bhd kerana kegagalan syarikat pengeluar keluli itu menjelaskan bayaran bagi gas yang dibekalkan ke lojinya di  di Kemaman, Terengganu.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) pada 14 Jan, oleh Tetuan Kadir, Andri & Partners.

Dalam pernyataan tuntutannya, Petronas menuntut RM146.139 juta sehingga 31 Dis 2012, faedah berjumlah RM10.313 juta sehingga 10 Jan tahun ini selain faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. — Bernama

Langkah kurangkan tar dan nikotin dalam rokok dilaksana pertengahan tahun — Liow

Posted: 18 Jan 2013 01:01 AM PST

Langkah kurangkan tar dan nikotin dalam rokok dilaksana pertengahan tahun — Liow

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu langkah mengurangkan kandungan tar dan nikotin dalam rokok akan dilaksanakan mulai pertengahan tahun ini. — Gambar AFP

SEREMBAN, 18 Jan — Langkah mengurangkan kandungan tar dan nikotin dalam rokok akan dilaksanakan mulai pertengahan tahun ini bagi mengatasi penyakit berpunca daripada bahan tembakau, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara ini telah dibincang bersama syarikat pengeluar tembakau dan ia dijangka dilaksanakan Jun ini selepas pengumuman dibuat pada Mei.

"Ia akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh yang kita akan tetapkan nanti. Cadangan ini turut dibuat bagi menyasar usaha kerajaan mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pogram Magnum Cares 2013 di Pusat Hemodialisis Mawar di sini hari ini.

Menerusi program itu, 31 rumah kebajikan kanak-kanak dan orang-orang tua termasuk pusat hemodialisis menerima sumbangan berjumlah RM76,000 daripada Magnum Cares.

Liow berkata kementeriannya juga meminta syarikat tembakau mendaftar setiap jenama rokok keluaran mereka bagi memenuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, seperti menyatakan kandungan tar dan nikotin dalam rokok mereka.

"Langkah pengurangan dibuat secara berperingkat sebagai contoh, daripada 20mg tar kepada 15mg seterusnya 10mg dan pengurangan kandungan ini kita akan umumkan Mei nanti," katanya.

Mengenai rawatan hemodialisis, beliau berkata dari tempoh 2001 hingga 2012, kerajaan memperuntukkan RM216.5 juta dalam bentuk subsidi rawatan hemodialisis kepada badan bukan kerajaan.

"Untuk tahun 2012 sahaja, kerajaan membelanjakan RM21 juta untuk 3,209 pesakit di 114 pusat dialisis, sementara 57 badan bukan kerajaan telah mendapat bantuan tersebut," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved