Rabu, 2 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


SUARAM kecam OCPD Dang Wangi ekoran satu lagi kes mati dalam tahanan

Posted: 02 Jan 2013 01:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Badan bukan kerajaan SUARAM dalam satu kenyataan hari ini mengecam Ketua Balai Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi Zainuddin Ahmad ekoran tiga kematian dalam tahanan daripada September hingga Disember tahun lepas.

Kematian terbaru K. Nagarajan, 32 pada 21 Disember 2012 merupakan yang ketiga di balai tersebut, sebelum ini dua lagi mangsa Chandran Perumalu, 47 dan Wong Tip Ping, 51 turut mengalami nasib serupa di balai sama.

"Balai polis Dang Wangi belum pun kering lagi darah ditangan tetapi sudah menambah satu lagi kematian dalam rekod, Nagarajanadalah mangsa yang terkini," kata jawatankuasa SUARAM, R Thevarajan hari ini.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), Nagarajan didakwa mati setelah terjatuh di dalam lokap ketika ditahan di balai polis Dang Wangi.

Kumpulan tersebut juga menggesa satu inkuiri bebas dijalankan bagi menyiasat kematian mangsa terbaru tersebut.

"SUARAM sangat marah dan terkilan dengan kematian dalam tahanan yang masih berterusan. Sebagai menuntut keadilan, kami menggesa satu inkuiri bebas diadakan untuk meniyiasat.

Disamping itu, SUARAM juga mengecam Zainuddin sebagai seorang OCPD yang tidak bertanggungjawab memandangkan kematian kali ini adalah yang ketiga sejak beliau menggantikan Mohamad Zulkarnain Abd Rahman pada Ogos tahun lepas.

"Bagaimana beliau boleh membenarkan satu lagi kematian suspek semasa di bawah pengawasannya," soal Thevarajan kepada Zainuddin.

Menurut SUARAM, di bawah Undang-Undang Lokap 1958, seseorang pegawai polis yang bertugas perlu memastikan kesihatan tahanan dalam keadaan baik dan lokap yang didiaminya selesa, selain bertanggungjawab memastikan kesihatan tahanan dan lokap semasa waktu ditahan berada pada tahap baik.

Sekiranya Zainuddin gagal dan tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya serta mengurangkan kadar kematian dalam tahanan, SUARAM menggesa beliau untuk meletak jawatan.

Kumpulan tersebut juga menggesa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang sudah lama mereka cadangkan kerana selagi inkuiri tersebut tidak diwajibkan, semua aduan daripada orang awam dan kumpulan bukan kerajaan tidak akan diendahkan.

Statistik PDRM menunjukkan daripada tahun 2000 hingga 2011, sebanak 147 orang telah mati di dalam tahanan.

Kematian dalam tahanan A Kugan di balai polis USJ pada 2009 dan Teoh Beng Hock semasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai 2009 antara kes mendapat perhatian utama rakyat Malaysia hingga kerajaan dikritik dengan hebat ekoran kematian tersebut.

Banglo Jamaludin Jarjis akan diroboh — Ikram

Posted: 02 Jan 2013 01:28 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Banglo milik Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang terletak di kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini akan dirobohkan 80 peratus.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) Mohd Taufik Haron berkata keputusan itu susulan kemunculan tanda-tanda pergerakan tanah di kawasan berhampiran.

Langkah itu juga bagi memberi laluan kepada pembinaan zon penampan untuk mengukuhkan cerun bukit, katanya ketika ditemui pemberita di kawasan tanah runtuh tersebut, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10 malam pada Jumaat lepas itu, benteng konkrit yang dibina di lereng bukit setinggi 60 meter tersebut runtuh dan menjejaskan sebuah banglo serta mengancam keselamatan beberapa kediaman termasuk milik orang kenamaan.

Mengulas kerja merobohkan banglo yang rosak dalam kejadian itu, Mohd Taufik berkata setakat ini proses berkenaan sudah siap 80 peratus.

"Namun kita tidak menetapkan tarikh atau garis masa bila sebenarnya kerja- kerja merobohkan banglo itu siap sepenuhnya. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti cuaca dam pergerakan tanah demi keselamatan pekerja," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved