Selasa, 22 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pemilihan MIC peringkat cawangan, bahagian dan pusat ditangguhkan selepas PRU-13

Posted: 22 Jan 2013 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Jawatankuasa Kerja Pusat MIC memutuskan kesemua pemilihan parti peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat ditangguhkan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Setiausaha Agung MIC Datuk S. Murugesan dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan dibuat pada mesyuarat yang bersidang 17 Jan lepas itu turut mengambil ketetapan borang 'B' juga akan diedarkan kepada semua cawangan selepas PRU-13.

Beliau menyeru kepimpinan MIC seluruh negara memberikan tumpuan terhadap persediaan PRU-13 dengan menubuhkan Bilik Gerakan, menggerakkan aktiviti pilihan raya serta berjumpa terus dan mendampingi pengundi di tempat masing-masing. — Bernama

Azrul dakwa Bank Islam guna taktik kotor buat laporan polis

Posted: 22 Jan 2013 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Azrul Azwar Ahmad Tajudin membidas tindakan Bank Islam membuat laporan polis kedua hari ini dan menuduhnya sebagai taktik kotor untuk menggugut dan menekan dirinya memandangkan kesemua tuduhan oleh syarikat perbankan tersebut bukanlah satu kesalahan jenayah.

Bank Islam hari ini dalam satu kenyataan mengesahkan laporan polis kedua telah dibuat keatas Ketua Ekonomi mereka tersebut kerana menemui satu lagi bukti baru Azrul melanggar polisi dalaman syarikat perbankan tersebut.

"Ekoran laporan polis hari ini, saya ingin menegaskan bahawa dakwaan yang terkandung dalam laporan polis kedua yang dilakukan oleh majikan tidak dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah," kata Azrul Azwar (gambar) dalam satu kenyataan.

"Cara mengendalikan kes ini adalah satu taktik kotor untuk menggugut dan menindas ke atas saya."

Azrul Azwar juga memberitahu tidak faham mengapa pihak Bank Islam perlu membuat laporan polis terhadap dirinya memandangkan beliau pada ketika ini masih dalam siasatan dalaman.

"Ia hanya urusan sivil yang mana ketika ini dalam siasatan dalaman antara saya dan majikan.

"Saya tidak dapat lihat perkara ini sekarang sudah menjadi satu kes polis pula," terang Azrul Azwar dalam satu kenyataan hari ini.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved