Rabu, 23 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bersederhana dalam menghadapi ugutan bakar injil, gesa kumpulan Kristian

Posted: 23 Jan 2013 03:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Rakyat Malaysia harus mengamalkan kesederhanaan seperti yang dianjurkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam menghadapi ugutan kumpulan berhaluan kanan Melayu yang mahu membakar kitab Injil penganut Kristian, menurut badan yang menwakili gereja evangelikal seluruh negara.

Rakyat Malaysia harus bersederhana dalam menghadapi ugutan kumpulan berhaluan kanan Melayu yang mahu membakar kitab Injil penganut Kristian. — Gambar fail

Pengerusi Pengikut Kristian Evangelikal Kebangsaan (NECF), Reverend Dr Eu Hong Seng mengatakan "cadangan tidak patut" dari pemimpin Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar kitab Injil yang mengandungi perkataan "Allah", tetapi mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tidak melampau dalam memberi respon kepada ugutan tersebut.

"Cadangan tidak patut untuk membakar Injil dalam Bahasa Malaysia yang mengandungi perkataan 'Allah' ini adalah peringatan serius untuk seluruh rakyat Malaysia untuk tidak melampau dalam respon kita, lain kali jika terdengar orang kurang waras di Barat membakar kitab suci orang lain, kita juga mempunyai golongan kurang waras seperti mereka."

NECF adalah sebahagian dari Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang memayungi 90 peratus dari 2.7 juta penganut Kristian di Malaysia.

Eu mengingatkan pelampau agama tidak hanya berada di barat tetapi terdapat juga di negara ini, walaupun gereja bimbang dengan ugutan tersebut, tetapi tidak sekali-kali gentar dengan ugutan tersebut.

"Kami adalah rakyat yang cintakan keamanan, dan terus berdoa untuk kemakmuran negara ini," katanya dalam kenyataan tiga perenggan.

"Perdana menteri mengilhamkan pergerakan global ke arah kesederhanaan dan kita perlu menyokongnya, inilah masanya kita perlu amalkan dalam negara kita sendiri selepas kita melaungkan kepada dunia," katanya lagi.

Najib mencadangkan satu pergerakan global untuk kesederhanaan bagi menentang kebangkitan pelampau agama di seluruh dunia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) tiga tahun lalu, yang disokong oleh beberapa negara termasuk Britain, tetapi idea itu dilihat perlahan bergerak di negara sendiri.

Perselisihan di antara majoriti Melayu-Islam yang membentuk 60 peratus dari 28 juta rakyat Malaysia dan minoriti Kristian berlaku pada awal 2010 apabila Mahkamah Tinggi membenarkan Gereja Katolik mempunyai hak untuk memanggil tuhan mereka sebagai "Allah", menyebabkan serangan ke atas rumah ibadat termasuk gereja, masjid dan gurdwara.

Perselisihan masih lagi hangat dalam percanggahan pendapat mengenai perkataan Arab itu untuk Tuhan, yang umat Islam mengatakan ia ekslusif untuk umat Islam.

MIC cadang tubuh jawatankuasa tindakan dan pemantauan khas atasi masalah dokumentasi kaum India

Posted: 23 Jan 2013 01:23 AM PST

MIC cadang tubuh jawatankuasa tindakan dan pemantauan khas atasi masalah dokumentasi kaum India

PUTRAJAYA, 23 Jan — Pergerakan Pemuda MIC mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Tindakan dan Pemantauan Khas bagi mengatasi isu kewarganegaraan dan dokumentasi yang dihadapi kaum India.

Setiausaha pergerakan itu C.Sivarraajh berkata penubuhan jawatankuasa itu dicadangkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dianggotai agensi kerajaan, wakil parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang mempunyai kepakaran dalam menangani isu tersebut.

"Pemuda MIC menganggarkan 20,000 orang India masih berhadapan masalah dokumentasi iaitu 5,000 orang dikenal pasti pemegang kad pengenalan merah dan bakinya seperti tiada sijil kelahiran atau kad pengenalan.

"Jadi penubuhan jawatankuasa itu membolehkan kita bekerja sebagai satu pasukan, mencari jalan penyelesaian terbaik. Pemuda MIC sedia berganding bahu mencari penyelesaian bagi isu tersebut," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di sini hari ini.

Setiausaha Politik kepada Hishammuddin, Datuk Markiman Kobiran menerima memorandum tersebut bagi pihak menteri. 

Pergerakan itu juga mengesyorkan pemegang kad pengenalan merah atau taraf penduduk tetap yang menetap lebih 20 tahun di negara ini agar diberikan Mykad secara automatik.

Selain itu mereka turut mencadangkan pemohon kad pengenalan dan sijil kelahiran yang mempunyai masalah berkaitan ibu atau bapa atau kedua-duanya, diberi pengampunan dan status kewarganegaraan dengan segera.

"Kepada pemohon taraf kewarganegaraan yang mempunyai masalah dokumentasi mahupun masalah lain, pemeriksaan perubatan DNA boleh dilakukan dan dokumen suntikan BCG juga boleh diambil kira sebagai bukti.

"Kaedah ini dapat mempercepat proses pengenalan identiti pemohon sama ada dilahirkan di Malaysia serta identiti ibu bapanya," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved